Rabu, 24 November 2010

$20 Wang Gantian UZ



Entri kali ini berkenaan wang gantian atau replacement lagi. Dah lama saya mencari wang gantian $20 nie,memang agak sukar nak dapat. Jika ada pun,harga yang ditawarkan terlalu mahal. Terima kasih pada Putri coz tolong saya dapatkan wang ini. Akhirnya tercapai juga hasrat saya. Harga wang ini pun tak le begitu mahal sangat. Kualiti duit ini dalam gFine (pada pandangan saya),tapi mungkin juga leh capai VF. lagipun hal ini agak subjektif,jadi sukar nak kasi jawapan yang tepat. Tapi apa apa pun,jika ada peluang untuk memperolehi wang $20 UZ nie,jangan lepaskan peluang la.Beli jer..

Khamis, 18 November 2010

Sarawak 10 cents 1940


Entry kali ini macam ulangan la sikit.Lagipun sebelum ini,saya dah pernah masukkan entry tentang wang sarawak 10 sen tahun 1940. Wang ini dinamakan emergency issues. Ada tiga prefix iaitu A, B dan C. Saya dah pun ada ketiga-tiga prefix tersebut. Wang yang ada kat atas ini,saya dapat dari seorang seller dari sarawak. Tapi dah menjadi satu kebiasaan saya untuk membeli wang lama tanpa melihat terlebih dahulu wang tersebut. Bukan sekali dua,tapi dah berpuluh puluh kali. Bila seller bagi tau wang tahun berapa dan kualiti wang tersebut macam mana. saya terus jer bersetuju nak beli wang tersebut. So kadang kala,bila dah dapat wang tersebut kat tangan..termenung la juga..ye lah,tidak seperti jangkaan saya. Namun saya ini,jenis yang tak berapa kisah sangat hehehehehe..wang yang kat atas nie,tak pasti nak letak kualiti apa mungkin Good atau Poor!! tapi harga beli pun agak ok la juga..dalam RM60 jer. Sebab tu la dapat kualiti yang macam nie.

Selasa, 9 November 2010

Rubber Coupon Sarawak 5 Katis


Apa yang anda lihat ini ialah kupon getah yang dikeluarkan di Sarawak. Nilai mukanya 5 kati. Kupon ini saya perolehi dari Sarawak. Cuma sayang sedikit kerana keadaan kupon yang agak rosak di bahagian tepi. Ianya rosak disebabkan penyimpanan kupon ini,letak salotape kat bahagian tepinya. Jadi apa yang anda lihat kat sekeliling itu adalah bekas gam salotape. Apa kegunaan kupon ini pun,saya tak pasti la.Mungkin kena tanya mereka yang lebih arif. Apa apa pun,kupon ini memang menarik untuk dikumpul sebagai koleksi.

Isnin, 1 November 2010

$100 Siri Ke 5, Wang Gantian ZZ


Wang ini merupakan wang gantian atau replacements note. Wang ini saya dapat dari seorang seller dari sabah. Harga yang dia jual,memang agak murah. Jadi apa lagi,saya pun cepat cepat la beli wang nie. Kualiti wang ini saya boleh katakan dalam Fine jer. Cuma takde sebarang koyakan atau lubang. Wang ini jarang boleh jumpa kat mudah. Kalau kualiti tinggi,tentulah harganya pun tak mampu nak beli. Saya nie,peminat wang gantian,jadi bila ada peluang beli wang dengan harga yang rendah.Tentulah saya takkan lepaskan peluang tersebut.
Related Posts with Thumbnails