Isnin, 28 Mac 2011

$1 1st Series Error Cutting II


Wang kertas ini merupakan yang kedua milik saya. Sebelum ini dah pun masukkan pos yang sama. Cuma kualiti notes kali ini agak baik berbanding yang lalu. Leh kasi aEF. Harga saya beli,jika tak salah seratus lebih jer. Dah lupa harga sebenar.Bila tengok pada notes tersebut,kita boleh nampak yang cetakannya tidak berada pada tengah tengah kertas tersebut.Saya memang suka duit lama yang mempunyai error macam nie,kerana ianya unik dan agak sukar nak jumpa. Jika ada pun,kadang kala.Harga yang diletakkan oleh seller tak masuk diakal. Mungkin kerana takde lagi katalog yang memperincikan harga wang kertas yang mengalami sebarang kecacatan atau freak. Oleh yang demikian,pada seller bebas meletakkan harga masing masing.Saya berharap satu hari nanti,akan ada buku yang mengkatalogkan wang yang sedemikian supaya ianya boleh menjadi rujukan kepada para kolektor semua. Harap harap ianya leh jadi kenyataan.

Isnin, 21 Mac 2011

$10 Siri Ke 3 Printing Error



Di sebabkan kesibukan yang teramat sangat,tak sempat nak update blog ini minggu lepas.So minggu nie kena la update dua kali. Notes yang tertera kat atas ini merupakan wang $10 siri ke 3 yang ditandatangai oleh gabenor Ismail Md Ali. Apa yang menarik tentang wang ini ialah,terdapat kesalah pada cetakan atau "folds". Rasanya semasa wang ini sedang dalam proses cetakan,kertasnya terlipat dan berlaku kecacatan pada cetakan wang tersebut.Kualiti wang ini masih lagi cantik leh,kasi aEF agaknya. Harga yang saya dapat pun tak berapa mahal sangat,masih lagi mampu dibeli. Lagipun ini merupakan koleksi saya yang pertama untuk folds error ni. Sebelum nie,saya cuma kumpul yang printed shift down jer. So bertambah lah koleksi notes freak saya nie.

Khamis, 10 Mac 2011

Sarawak $1 Dolar 1929

Notes sarawak $1 dolar tahun 1929 nie merupakan notes saya yang kedua. Notes ini dibeli dari luar negara,lupa la pulak beli kat mana.Beli pun atas bantuan Fadzly. So bila dah dapat yang nie,yang lama tu.Saya dah let go pada Fadzly. Lagipun yang dulu tu kualiti agak teruk dari yang ini.Notes yang baru saya perolehi ini,kualiti dalam Very Good jer.Jika nak beli kualiti yang tinggi-tinggi,memang tak mampu la.Harga mahal sangat,kalau tak percaya leh tengok kat ebay malaysia atau ebay us. Harga mencecah ribuan ringgit. Itupun jika ada seller yang jual. Notes nie memang agak sukar nak jumpa. Rasanya dah semakin pupus. Notes sarawak ini memang menarik coz ianya bernilai tinggi dan unik.
Related Posts with Thumbnails