Rabu, 27 April 2011

$50 Replacements Z/1 Siri Pertama


Disebabkan saya amat menggemari wang gantian atau replacements notes. Maka kali ini,saya masukkan entry duit $50 Z/1 siri pertama. Duit ini agak sukar gak la kalau nak jumpa dilistkan kat ebay atau mudah. Tapi mungkin anda leh beli kat kedai duit lama. Jika anda bernasib baik,harga leh dapat bawah harga RM1000. Siri pertama ini,senang jer nak kenal. Anda leh kesan dengan lihat perkataan "PULOH"..jika siri lain,ejaannnya "PULUH".Notes yang saya perolehi ini,harganya dibawah RM1K la.Dah lama beli,dapat dari johor atas ihsan Fadzly. Minta tolong dia belikan..hehehehe..thanks,sahabatku! Jika mengikut perkiraan saya,sekarang saya hanya perlu mencari Sapuloh Z/1 dan $5 Z/1 siri ke 2 jer lagi..untuk melengkapkan koleksi yang ada. Mungkin ambik masa bertahun gak kot,nak dapatkan lagi 2 keping tu..almaklumlah,budget ciput jer kali nie.

Khamis, 21 April 2011

Rubber Coupon 25 Katis


Kupon getah atau rubber coupon kali ini memang menarik sekali.Ianya digunakan untuk British Malaya. kupon ini tiada tarikh,tapi jika anda semua melihat pada tandangan yang ada pada kupon ini, Ianya ditandatangan oleh Luis Sheely. Individu yang sama,menandatangai duit straits settlements pada tahun 1930an. Kupon ini boleh dikategorikan sebagai rare. Memang sukar nak jumpa kupon jenis ini sekarang nie. Harga jika nak beli memang tak boleh tengok kat katalog la.Kat katalog,harga cuma puluhan ringgit sahaja. Tapi harga itu memang tak tepat pun. Harga sebenar lebih mahal dari itu. Itulah realitinya. Harga yang saya beli untuk kupon getah ini,jika tak salah. Hampir RM300 juga la. Memang mahal..jika nak murah,kena la pandai cari kat kampung mana mana,itu pun jika anda bernasib baik!!

Isnin, 11 April 2011

Replacements Siri Ke 2, Z1-Z4 Complete Series


Notes yang anda lihat empat keping ini memerlukan masa bertahun-tahun untuk dilengkapkan sirinya. Yang paling sukar ialah Z4.Harga memang mahal,ribuan ringgit gak nak beli sekeping. Bila dah lengkap,memang puas hati la. Wang ini bermula dengan prefix Z,ianya bermaksud wang gantian. Wang gantian ialah wang yang dicetak untuk menggantikan wang yang rosak ketika proses percetakan. Tak ramai yang meminati wang gantian ini. Tapi wang gantian ini memang istimewa kerana bilangan cetakan yang agak terhad dan sukar diperolehi. Jika tengok harga kat katalog,harga wang gantian ini lebih mahal berbanding perfix biasa.Saya ini memang peminat wang gantian,cuma ada beberapa keping lagi yang belum lengkap. Terutamanya Sa-puloh Z1,memang sukar nak dapat. Harga pun,boleh tahan.Sebagai peminat tegar wang gantian,saya akan berusaha untuk mengumpul bagi lengkap siri wang gantian ini.Namun saya lebih berminat pada siri 1 hingga ke 3 jer.Jika ada peminat wang gantian diluar sana,leh la berkongsi dengan saya.

Jumaat, 8 April 2011

RM1 Replacements ZAB

Kepada penggemar wang gantian atau replacements,wang ZAA dan ZAB ini perlu dikumpul kerana ianya agak unik sikit,coz ada tiga abjad. Ada yang mengatakan bahawa harga akan meningkat,tapi saya pun tak pasti la. Notes ini saya dapat dari Din Rambong, harga pun murah..harga member-member. Kat mana Din dapat sebanyak ini pun saya tak pasti,tapi mesti Din ada lubang baik.Bukan senang kalau nak dapat duit replacements berbundle bundle ini..heheheheeh

Isnin, 4 April 2011

Sarawak Ten Katis Rubber Coupon 1942


Sarawak rubber coupon tahun 1942 nie merupakan antara koleksi kupon getah yang saya ada dalam simpanan.Masih ada lagi sekeping yang lagi menarik,nanti saya akan masukkan dalam posting. Kupon nie ada dua keping dan running number.Cuma kualitinya agak kurang sikit,leh kasi dalam aVF jer kot. Jika tengok harga kat katalog Steven Tan,harga kupon getah nie tak la mahal sangat pun.Jika kualiti UNC,leh dapat harga bawah RM100..tapi dalam pasaran tahun nie,mana la leh dapat harga yang macam tu.Cuba la tengok kat seller yang jual kupon getah ni,dan bandingkan dengan harga kat katalog.Memang harga katalog akan lebih rendah.Dulu saya pernah tanya sorang seller yang jual kupon getah nie, kupon getah tu bertarikh tahun 1930an.Jika tengok harga kat katalog,harga cuma bawah RM200 sahaja.Memang murah kan.Tapi si seller tu jual RM600 - RM800 rasanya.So saya kasi komen la,naper jual mahal dari harga katalog!! Para pembaca nak tahu apa kata seller tu pada saya???
Katanya " Nko kasi duit RM200 tu pada Steven Tan,suruh dia belikan kupon yang macam tu dengan harga tersebut"...hahahahahaha....so faham faham sendiri lah yer,maksud seller tu. Moralnya,harga kat katalog tu hanya rujukan semata mata..bukannya harga mati...harga ditentukan oleh pasaran dan kesukaran nak dapat notes tersebut.Jangan terlalu bergantung pada harga dalam katalog.
Related Posts with Thumbnails