Selasa, 11 September 2012

Kupon Getah FMS 31 March 1942




Assalamualaikum semua.Rasanya dah hampir 1 bulan blog saya nie bersawang....maklumlah cuti raya,blog pun cuti gak la..kalau ikut tu,ada banyak entry yang nak diterbitkan tapi sekarang nie dah mula sibuk ngan tugas hakiki.Walaubagaimana pun blog tetap gak kena update.Baru la para pembaca tak bosan. Oklah,kali ini saya nak citer tentang kupon getah lagi..kupon getah ini keluaran Federated Malay States nilainya 1 pikul. Kalau nak diukur dari segi Rare nya tu..agak rare juga la...bukan kerana FMS tapi kerana tarikhnya jatuh pada tahun 1942. Kalau para pembaca nak cari kupon 1 pikul FMS thn 1941,memang ada banyak kat pasaran.Kat ebay malaysia pun ada,harganya pun murah.Kualiti UNC harga cuma RM65 sekeping. Tapi kalau kupon yang sama,tahun 1942..memang agak sukar nak cari. Kenapa sukar nak cari?? Ianya disebabkan pada tahun 1942 merupakan tahun Jepun menyerang Malaya..sebab tu la kupon tahun 1942 sukar diperolehi.
Related Posts with Thumbnails