Ahad, 30 Disember 2012

Straits Settlements $10 Dollars 1916





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Nazri Duit Antik & Syiling Lama. Entry ini merupakan entry yang terakhir dan penutup untuk tahun 2012. Oleh yang demikian,entry kali ini merupakan koleksi saya yang terbaik dalam kategori duit Straits Settlements atau Negeri Selat. Notes yang dipaparkan kali ini merupakan notes Negeri-Negeri Selat yang bernilai $10 Dollars dan bertarikh 10 July 1916.Lagi 4 tahun,genaplah 100 tahun usia notes ini.Jadi jika keadaan notes ini terkoyak macam ini pun,ianya perkara biasalah kerana usianya dah pun lanjut...hehehehehe
Saiz duit ini amat besar sekali,panjangnya 199mm manakala lebarnya 121mm..Ada 3 org gabenor yang tandatangan pada notes nie.Rasanyalah dengan duit sebanyak ini pada tahun 1916,apa yang boleh dibeli yer?? mungkin hanya pembesar-pembesar dan golongan bangsawan jer yang mampu memiliki notes ini.Rakyat biasa tentu tak mampu kan.Harga saya dapat notes ini tak la terlalu mahal,lagipun keadaan notes ini dah pun terkoyak..jadi dapat dengan harga murah la..rezeki diakhir tahun..
Akhir kata,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog saya ini. Insyaallah kita akan berjumpa semula pada tahun 2013, dan awal tahun depan saya akan masukkan entry yang menarik lagi. Wassalam..

Ahad, 23 Disember 2012

Kupon Singer 1941





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini entry yang saya nak ceritakan kali ini agak unik sekali. Kupon Singer bertarikh 1941..ada sesiapa yang pernah lihat tak kupon ini?? Kupon ini dikeluarkan sebagai resit pembayaran bulanan untuk pembelian mesin jahit.Tercatat nama kat kupon itu Che Kechik bt ..... kupon ini dikeluarkan di Penang, kat Kramat Road..tak pasti sama ada jalan itu masih ada atau tidak.Tapi cubakan harga mesin jahit pada ketika itu,mesti mahalkan..bayaran bulanan sahaja dah $5.Masih lagi kuingat kata kata arwah nenek aku dulu.Dulu dengan syiling 1 sen dan boleh beli macam macam..inikan pula $5.Mesti cuma mereka yang kaya dan berharta sahaja yang dapat membeli mesin jahit. Kupon ini dikeluarkan sebelum kedatangan askar Jepun ke Tanah Melayu.Boleh dikatakan kupon ini jarang diperolehi pada masa ini,kalau jual kat syarikat Singer,tentu diaorang akan beli nie....hehehehehe...

Ahad, 16 Disember 2012

Straits Settlements $1 Dolar 1906 Variety 2



Notes straits settlements atau negeri selat merupakan notes yang menjadi kegemaran saya.Ini kerana notes nie lazimnya mempunya cetakan atau engrave yang memaparkan cara hidup atau binatang yang ada kat tanah melayu. Tapi yang paling menariknya,ada tulisan Jawi pada notes tersebut. Cuma hampir satu tahun saya tak update tentang notes straits nie,bukan apa.Modal takde nak beli notes yang semakin rare nie.Kali ini saya telah pun berjaya memperoleh beberapa keping notes straits yang agak menarik dan saya akan masukkan satu persatu kat blog saya nie.
Jika dirujuk apa katalog KN Boon, notes straits $1 dolar yang dikeluarkan pada tahun 1906 ini mempunyai 3 variety. Saya sudah pun mempunyai variety 1 dalam koleksi.Jadi yang ini,merupakan variety yang kedua. Apa yang membezakan notes ini dengan variety pertama ialah kewujudan tanda nombor "1" pada bahagian kiri dan kanan notes ini.Warna notes ini cream.Cuma sekarang nie kena usaha lebih skit untuk cari variety yang ke 3.Entahlah berapa tahun lagi baru akan dapat agaknya. Sebagai kolektor,kita tidak boleh terlalu gopoh mencari notes atau coin yang rare.Kadang-kadang tu,memang kena sabar.Bak kata kata seorang kolektor super otai kepada saya "perjalanan kumpul duit lama ini memang jauh macam lari marathon,so nko kena berjongging la.kalau awal awal lagi nko dah pecut,tentu nko takkan sampai kat penamat la".
Memang ada benar kata kata beliau nie.Bila saya borak-borak ngan kolektor otai otai yang lain.Memang masa yang lama diperlukan untuk kumpul koleksi ini.Disamping kita dok kumpul notes atau coin ini,ilmu tentang numis pun kena la blajar juga.Baru la nanti tak kena tipu ngan seller.So ilmu kat dada kena penuh la.Saya sendiri pun masik lagi dok blajar ilmu numis nie.Masih ada banyak lagi yang belum saya tahu..

Khamis, 13 Disember 2012

Kupon Getah B.L&P 25 Katis



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali nie nak cerita tentang kupon getah lagi. Saya memang suka sangat dengan kupon getah nie. Sekali pandang,kupon getah ini macam takde apa apa keistimewaan pun.Tapi bila tengok tulisan yang tercatat kat atau tu "B.L & P"..singkatan negeri mana tu?? itulah yang akan membuatkan para pembaca tertanya-tanya. Kalau rujuk pada buku tulisan Saran Singh,beliau sendiri pun tak pasti tentang singkatan BL&P tu...menarik bukan!! Ada yang mengatakan ia merupakan singkatan dari Borneo Labuan & Plantation ataupun Boustead Land & Plantation. Namun sampai sekarang ini,takde bukti sahih akan makna singkatan tersebut. Sebelum ini,hampir kesemua kupon getah merujuk pada nama negeri. Jadi ada kupon ini juga merujuk pada nama negeri atau pada nama ladang tertentu..Persoalan itu masih lagi belum dapat dijawab hingga kini. Kupon ini saya perolehi dari kenalan dari Brunei. Yang pasti,kupon ini digunakan di kawasan Borneo.Cuma tak pasti kat area mana.Mungkinkah persoalan ini akan terjawab sedikit masa lagi. Kupon getah ini juga boleh dikatakan agak sukar nak  dapat.Jarang boleh jumpa kat mudah atau ebay malaysia.Namun harganya tak la mahal sangat.

Ahad, 2 Disember 2012

25 Cents 1918 Straits Settlements



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya nie. Rasanya dah lama saya tak masukkan entry tentang duit negeri selat atau straits settlements. Duit yang saya paparkan ini merupakan salah satu notes yang menjadi pilihan utama pada saya untuk memilikinya. Tapi duit yang saya paparkan kali nie agak teruk sikit keadaannya.Duit ini dah pun koyak-koyak disana sini,ada kesan lipat.Namun inilah keadaan duit yang mampu dimiliki oleh saya.Nak beli yang cantik cantik tu,memang saya tak mampu.Jadi kena la beli yang koyak2 macam nie,baru la leh dapat murah skit.Pada saya,janji ada walaupun koyak rabak dari tiada langsung dalam koleksi.Berapa harga yang saya dapat duit nie,tak perlulah saya bagi tau..biarlah rahsia. Baru baru nie,saya ada jumpa kat satu entry kat FB yang menyatakan duit ini ada dua variety..tapi saya pun tak pasti akan hal ini..katanya duit ini ada dua warna,satu warna kuning yang satu lagi warna oren.Namun saya tak sempat nak bertanya pada otai-otai akan kesahihan maklumat ini.Pada saya dapat memiliki sekeping pun dah puas hati,janji dapat dengan harga yang berpatutan.
Related Posts with Thumbnails