Isnin, 4 Januari 2010

Straits Settlements $1 Dolar 1906



Wang kertas ini merupakan wang kertas yang sangat jarang dan amat sukar untuk diperolehi. Oleh yang demikian ia diketegorikan sebagai VERY VERY RARE. Ia merupakan wang kertas $1 dolar yang pertama di keluarkan di Negeri-negeri Selat. Anda semua leh rujuk katalog yang ader, wang kertas dari Straits Settlements akan bermula ngan wang ini. Menerusi pembacaan saya dari buku Paper Currency Of Malaysia, keluaran Bank Negara. Notes ini mula dikeluarkan kerana pihak Inggeris pada ketika itu,risau akan kekurangan coin $1 dolar berikutan peningkatan harga perak di pasaran. Maka dengan itu,mereka telah mencetak wang kertas $1 dolar yang pertama untuk Negeri2 Selat.
Wang ini dicetak pada tarikh 1 September 1906, cetakkan oleh Thomas De La Rue. Cetakan warna hitan di atas kertas white cream. Notes ini tidak ada figure "1" pada kedua dua belah hadapannya. Anda semua boleh refer kat kataloh K.N Boon. Ianya ditandatangai oleh 3 orang iaitu E.L. Trochman, J.O. Anthonioz & G.J. Saunders.Cuba sahabat bayangkan,pada waktu nie..duit RM100 pun,cuma sorang jer gabenor yang sain. Tapi pada waktu dulu,ader 3 orang yang akan tandatangan pada notes tersebut. Ini menunjukkan bahawa betapa bernilainya wang pada ketika itu.
Mungkin ada diantara pembaca kurang puas hati kerana wang kertas ini dan pun koyak2 dan berlubang.Tapi wang ini berusia 103 tahun,so macam ini lah keadaan wang kertas yang telah diedarkan. Mana nak cari kalau nak kualiti UNC. Notes nie saya boleh katakan dalam kualiti VG.
Ada seorang blogger mengatakan notes nie "Crying Banknotes". kat dalam blog dia ader notes $1 dolar tahun 1909. Tu pun notesnya berlubang lubang gak. Harga notes nie,agak mahal juga.tapi berbaloi la coz ia merupakan notes yang amat sukar di perolehi. Dah 3 tahun saya kat dalam dunia numis nie,nielah kali pertama saya jumpa notes nie.
Notes nie saya perolehi dengan bantuan sifu Fazil. Kalau tanpa dia,tentu saya tak dapat nak beli notes nie.Jutaan terima kasih kat dia. Notes nie kami beli dari oversea. Fazil pun tak penah tengok duit nie secara berdepan..so kalau sifu dah kata mcm tu,memang sah la yg notes nie mmg betul very very rare..hehehehehehe...

11 ulasan:

  1. kalau ada duit ni kat tangan, boleh jadi kaya kot? hehe...

    BalasPadam
  2. kalau time tu (1906) kalau ader notes nie..mmg kaya la...dulu semua benda murah gilerrr..

    BalasPadam
  3. Bayangkan aje la tahun 1906...sapa la orang-orang tempatan Malaysia (Tanah Melayu/Malaya)yg mampu guna duit ni. Satu sen pun dah cukup bernilai...inikan $1 dollar !

    BalasPadam
  4. mesti la org kaya....yg keje ngan inggeris..lawyer,majestrit,doktor....

    BalasPadam
  5. Apa ini Note Strait settlement yang pertama? 1906.... macam pernah nampakkk! ^__^ ...apa2 pun...ini kali pertama dkk ..tatapi dengan jelas .. mmmmmm... agak2 nya ..berapa cetakan yang dibuat pada tahun 1906? yaaa ...

    BalasPadam
  6. kalau aku dibagi pilihan..santarina atau Note ni...aku pilih note ni,hehehehehe

    BalasPadam
  7. notes straits pertama untuk $1 dolar cetakan atas kertas..
    kalau tak salah la...cetakan..beberapa juta keping gak la...

    guyz..nko pilih notes nie dari santarina..hehehehehe..

    BalasPadam
  8. bertuah tuan memiliki banknote ni.... kalo di pasaran berapa agaknye harga dia (itupun kalo ada la)

    BalasPadam
  9. tima kasih sediprodo...mmg sukar nak dapat notes nie..kalau tak salah,dulu ader jual kat auction di singapore..tapi yang tahun 1909 la..harga pun beberapa belas ribu gak la..

    BalasPadam
  10. note yang lama sebegini saya tak de...kalau adapun yang last straits settlements issue !!

    BalasPadam
  11. mizan ismail..
    straits settlements yg last issue tu thn berapa? berapa dolar?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails