Ini merupakan entry yang terakhir tentang cerita yang tak der sangkut paut ngan duit lama..Minggu depan insyaalah,tuan punya blog akan masukkan entry yang gempak lagi sensasi....hehehehehe...tunggu jer lah...
Gambar kat atas tu adalah majlils penyampaian bot peronda laju milik jabatan taman laut kedah kepada UniMAP dan juga jabatan pendidikan kedah. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah jabatan taman laut Malaysia, Dr Sukarno Wagiman.Bot peronda laju ini dilupus oleh pihak jabatan laut dgn memberi kepada jabatan kerajaan yang berminat. Majlis ini dibuat pada bulan januari thn lepas.
Biasalah,tuan punya blog nie keje biasa2 jer..so bos bagi arahan suruh pi tgk bot..mula2 hairan gak la..nak buat apa ngan bot..bos bg surat dari jabatan laut..so ajak la beberapa juruteknik utuk ikut serta ke pengkalan hadapan Ampang Jajar,Alor Setar. Tuan punya blog nie,memang tak reti langsung pasai bot tu..tu yg kena ajak juruteknik ikut sama..Bila dah sampai kat sana tu,ingatkan bot tu kecik jer..coz bila tgk gambar yang bos kasi dalam surat tu..mcm kecik jer bot tu..sekali tgk,mak aihh...besar juga la..siap ada tempat rehat lagi kat bahagian depan..mcm kabin la juga..so borak2 la ngan staf jabatan laut kat sana..rupanya bot ini digunakan untuk mengawasi pulau Payar..so dah lama gak la bot ini digunakan,dan mengalami keretakan dibahagian luar badan bot tu..dah byk kali diperbaiki..macam mana leh retak?? rupanya bot ini peronda laju..enjin paling kurang diorang taruk 200hp atau 250hp,dua unit lak tu..memang laju giler la..kalau nak pi Pulau Langkawi hanya setengah jam dari tempat diorang tu. Bot tu laju dibeli dari luar negara,jenama Boston Whaler Challenger 27....27 tu,panjang bot tu 27 kaki la..bot tu memenuhi standard US Coast Guard.Bot tu special skit,coz kalau bot lain..bila dilanda ombak,bot akan beralun alun..tapi bot ini tidak,ianya boleh membelah ombak..tu yg hebat tu..kalau laut tengah beralun kuat pun,memang takde masalah nak redah..
Ini gambar bos tuan blog ngan ketua pengarah jabatan laut..
Bot kat belakang tu lah yang diberi oleh pihak jabatan taman laut..sekarang ini bot tu dah pun siap diperbaiki dan ada troli lagi..senang skit nak bawa ke sana dan ke mari..tapi masa nak baiki bot ini,memang agak lama gak la..bukan senang nak perbaiki bot rupanya..kos lak memang tinggi..baru la tuan punya blog tau..selama nie,memang takde ilmu langsung tentang bot nie..so bila dah diarahkan..so kena la ambik tahu gak..best gak,dapat ilmu baru tentang bot nie.cuma gambar terbaru bot tu,tak sempat ambik lagi..cuma sekarang tinggal nak taruk enjin bot jer..kos lak mahal la..hampir RM160K....tapi budget dah pun diberi,so kena buat sebutharga la pulak..keje tuan punya blog la...nak kena study dulu la.term-term yang diguna pakai untuk bot ini...lepas nie,leh la lunch kat Langkawi..lepas tu balik ke ofis semula..hujung minggu dah rancang nak gie memancing...dah ada bot...rugi kalau tak guna....hehehehehehe..
Jumaat, 17 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan