Isnin, 13 Ogos 2012

Governor Leigh 1800-1803 Penang







Assalamualaikum pada semua pembaca blog saya nie.Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Puasa pun cuma tinggal lagi 5 hari jer lagi..lepas tu,kita semua akan menyambut hari lebaran.Entry kali ini merupakan entry tentang koleksi terbaik saya sebelum saya bercuti seketika sempena Hari Raya.Oleh yang demikian saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas segala dan silap saya ketika menulis sebarang artikel kat blog saya nie.Mungkin ada pembaca yang terasa atau tidak berpuas hati.Dan maaflah jika komen-komen anda semua tu saya tak balas..mohon maaflah yer.Namun komen anda semua tu,saya baca.Cuma tak sempat nak balas jer.

Oklah,kita berbalik pada entry kali ini.Penang token 1cent (pice) Governor Leigh.Berdiameter 45mm diperbuat daripada Timah. Terus terang saya cakap memang teramat sukar nak dapatkan coin ini.Jika tak percaya cuba tengok kat kataloh Steven Tan ada tertulis "Only few specimens know to exist" berapa yang masih ada tu tak pastilah.Kat mana saya dapat coin ini?? mesti ramai yang tertanya tanyakan..so saya citer la sikit. Coin ini asalnya berada kat United Kingdom. Ada 2 keping sebenarnya. Si penjual itu memberitahu bahawa kedua dua syiling tersebut kepunyaan mendiang bapanya.Tapi takde maklumat bahawa kat mana si bapa penjual tersebut memperolehi syiling ini.Memang terhenti setakat itu sahaja,sedih la juga kerana tak dapat diketahui akan asal usul syiling ini dari mana. Sekeping syiling ini ada dalam simpanan Presiden Kehormat Persatuan Masdinar,Kedah. Manakala sekeping lagi ada pada saya.Harga pembelian,biarlah dirahsiakan.

Jika tengok pada kualiti syiling ini memang masih lagi cantik,nak kata EF pun takde masalah. Namun saya dan Presiden Kehornat masih lagi meragui akan ketulenan syiling tersebut.Cantik sangat untuk coin yang berusia ratusan tahun. Tapi melalui bantuan rakan numis yang lain.Saya menjumpai beberapa lagi keping syiling Penang Token yang akan dilelong di satu auction besar di luar negara,yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan syiling yang saya ada ini.Jika nak kata syiling ini palsu,tentu kita semua boleh jumpa dengan senang kat mana mana laman lelong.Nak buat mould syiling ini,agak sukar.Last sekali,kami sepakat mengatakan yang coin ini ' Contemporary Forgery" iaitu palsu yang dibuat pada zaman 1800an. Namun ia cuma teori kami jer.

3 ulasan:

  1. Salah satu cara untuk tentu-ukur samada coin yang diperbuat daripada logam adalah tulen atau tidak adalah menggunakan kaedah "density measurement".

    saya akan cuba siapkan posting pasal kaedah ini sekali dgn calculator dan jadual perbandingan...

    asas: logam utk coin diketahui, maka density diukur utk dibandingkan. jika palsu (diperbuat daripada logam lain atau kadar berbeza), density akan terkeluar daripada jadual sebenar logam.


    Ed
    www.exonumi.com

    BalasPadam
  2. Hello,

    I have published the article along with the calculator which you can just put on the value...

    It may not be accurate, but in a way should be one of the "cancellation method" to prove if a coin should be in the range as it should be.

    Further reading at:
    Measuring Coin's Density Through Specific Gravity Test
    http://www.exonumi.com/?page=article&art=1

    Ed

    BalasPadam
  3. duit zaman gajah pun ade hush dasyat

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails