Selasa, 5 Februari 2013

Malaya and British Borneo $10 Dollar Big B aka Duit Kerbau





Assalamualaikum semua.Dikesempatan yang agak singkat ini saya cuba juga untuk update blog saya ini.Kalau boleh tu,setiap minggu saya akan update blog ini,harap harap berhasillah. Duit Malaya and British Borneo ini lazimnya para kolektor gelar duit ini duit kerbau.Kenapa duit kerbau,tentu para pembaca dah boleh agakkan.Rasanya tak perlulah saya bercerita pangjang lagi.Duit kerbau ini ada 3 variety iaitu A kecil, A besar dan B besar. Yang paling sukar nak dapat ialah B besar seperti kat dalam gambar tu.Duit ini saya perolehi dari sahabat baik saya dari Johor. Harganya boleh tahan juga la..dah barang baik.Kenapa sukar nak dapat?? Prefix B besar ini cuma bermula dari B/1 hingga B/6 jer. Sebab tu lah harga agak mahal jika nak dibandingkan dengan A kecik dan A besar.
Rasanya hanya setakat itu jer info yang saya boleh berikan pada para pembaca.Saya ini masih lagi kurang ilmu tentang dunia numismatik ini.Banyak lagi yang saya kena belajar.Salah satu hobi saya ialah beli buku katalog auction dan buku tentang wang lama ini.Kalau nak jadi seorang kolektor yang berilmu,bukan setakat hanya beli buku katalog harga yang ada kat pasaran jer. Banyak lagi yang nak kena beli.Paling mudah ialah berguru dengan mereka yang lebih arif.Saya ini,jika ada yang bertanya tentang duit syiling,memang saya tak tahu.Ilmu saya terlalu kurang,banyak lagi yang perlu saya belajar.Saya ini seorang pengumpul tegar,tapi bukan otai tentang duit lama ini.Saya selalu juga rujuk kepada mereka yang pakar jika saya tak tahu tentang sesuatu.Tak perlulah kita malu mengakuinya jika kita tak tahu..jangan nanti jadi bodoh sombong..tak elok tu..hehehehehehehe..

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails