Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya.Kali ini entri agak berbeza skit,tak nak citer pasai duit tapi nak cerita tentang cerita penerokaan gua la pulak.Sekali sekali kena gak beralih angin..
Pada 11 Mei yang lalu,saya telah membawa para pelajar seramai 65 orang untuk melakukan penerokaan Gua Wang Burma. Gua Wang Burma ini letaknya kat Taman Negeri Perlis.Lebih kurang 2 km dari Wang Kelian,yang menjadi tumpuan para pelancong dari luar negeri Perlis.Terutamanya pada hari Ahad,kerana pada hari tu anda semua dapat melepasi sempadan Malaysia-Thailand tanpa memerlukan apa apa dokumen!! Pada hari ahad,ramai peniaga dari Thailand akan menjual barangan jualan mereka kat Wang Kelian.Tapi waktu nak seberang sempadan tu,anda kena berjalan kaki la..hehehehehehe..
Ini kat depan pejabat perhutanan kat Taman Negeri Perlis.Sebelum masuk ke dalam gua,so biasalah students pompuan..ambik gambar dulu..
Sedikit briefing sebelum masuk gua.Bukan apa,bila masuk gua nie..kena la jaga adab dan tatasusila..kalau tak nanti,ada lak yg ikut balik hostel...huhuhuhuhu
Taklimat oleh jurupandu arah dari staf jabatan hutan perlis.Biasalah bila masuk gua kena la ada jurupandu.Lagipun kawasan hutan simpan ini dikawal selia oleh jabatan hutan perlis.Jadi kalau nak masuk,kena la dapat kebenaran dari pengarah terlebih dahulu.
khuysuk mendengar taklimat sampai menggigit jari la...hehehehehehe
Yang nie gambar selepas keluar gua..gambar dalam gua,malas nak ambik..Gua Wang Burma ini ada dua bahagian.Gua kering dan basah.So mula-mula tu teroka yang kering terlebih dahulu,lepas tu bawa la masuk gua yang basah.Gua basah lak,paras air bergantung pada hujan.Kalau hujan lebat,paras air memang dalam la.
Lunch time...setelah lebih 3 jam meneroka Gua,so masa makan la..perut dah pun berbunyi bunyi..dah la tak breakfast pagi tu..so makan ketika lapar memang sedap betui....makan dulu,lepas tu baru mandi..walaupun badan kotor ngan tanah..lapar punya pasai,makan la dulu...kikikiki
Post menarik dari sorang pelajar sebelum masuk gua..jangan tenung lama lama,nanti berkenan lak....kekekekekeke
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan