Jumaat, 4 Oktober 2013

MNS Auction kat Muzium Negara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Seperti yang telah saya janjikan,kali ini saya akan bercerita tentang auction malaysia numismatic society MNS yang berlangsung kat muzium negara.Semenjak menjadi kolektor sejak beberapa tahun yang lalu,saya memang tak pernah langsung hadir ke auction ini.Jadi ini merupakan kali pertama saya menghadirkan diri. Hanya beberapa oarng sahaja sahabat saya yang tahu bahawa saya akan hadirkan diri,sajer nak buat suprise skit.Lagipun tak ramai kolektor yang pernah bersua muka dengan saya.Oleh kerana masa saya agak terhad kerana kerja dan keluarga,saya memang jarang nak pergu hunting kat mana mana..Seperti yang dijangka,ramai gak sahabat saya yang terkejut bila nampak saya kat Muzium Negara.



 Auction ini berlangsung kat jabatan muzuim.Individu berambut panjang dan membawa beg biru tu,adalah diantara sahabat saya yang terawal saya kenal semenjak menjadi kolektor.Beliau dikenali sebagai david atau profxxx.Beliau antara kolektor yang terhebat yang pernah saya kenal.Walaupun beliau berbangsa Cina,namun beliau amat fasih berbahasa melayu..





 Pada mula saya nak gak masuk bid kat auction tu,tapi akhirnya saya rasa malas gak.So apa lagi,lepak lepak bersama sama member kat cafe la...memang ramai kolektor yang saya temui kali ini.Memang tak rugi datang ke auction.Memang puas hati.Cuma semasa kat auction ini,ada beberapa seller yang buka meja jualan.Saya memang terkejut bila tengok harga notes lama yang mereka jual.Harganya memang agak mahal dari sangkaan saya..geling kepala la juga bila tengok....seram gak nak beli...tapi alang alang dah sampai situ,takkan nak balik dengan tangan kosong lak..so cekau gak la sekeping notes malaysia spesimen..harga?? biarlah rahsia.....kikikikiki..


 Otai-otai tengah dok berbincang kat kafe.Yang berkaca mata hitam tu dikenali dengan nickname Uptown Banknotes.Yang baju putih tu,Haffis Malik.


setelah puas borak2 ngan member kat sana.saya menuju ke Sasana Kijang lak..lagipun dah lama saya teringin nak ke sana.Entry tentang Sasana Kijang akan saya masukkan kemudian..tungguuuuu....
Lepas ke sasana kijang,saya ke Amcorp Mall. Cuma apa yang saya nak ceritakan ialah kat sana saya telah bertemu dengan tuan empunya yang memang bid coin 50 sen 1969 SE yang berharga RM2800. Waktu tu sidia tengah tunjukkan coin itu pada Boson Goh,seorang seller dari Melaka. Coin tu saya tengok kat depan mata,cuma saya tak pegang jer dan saya juga sempat tengok resit kemenangan bid kat auction MNS tu....memang harga RM2800..confirm!! Kemenangan seller yang ini menjadi buah mulut pada kolektor lain.Beberapa hari lepas,memang ianya hangat dibincangkan kat FB..bermacam macam pandangan dan pendapat diutarakan...saya,macam biasa la..jadi silent reader jer..cuma pada saya,jika saya nak sesuatu item itu...walaupun harganya lebih mahal dari biasa.Memang saya sanggup!!...janji puas hati..tapi jangan la sampai ada orang kata kita nie bodoh lak....hihihihihi..maksud saya tu,harga mahal pun berpada pada la...so sehingga kita ketemu lagi..wassalammmm

2 ulasan:

  1. Salam 1Numismatik
    Tuan Blog & rakan rakan semua..

    Tuan Blog terima kasih kerana muat turun gambar gambar di auction MNS ini, kerana dapat juga saya mengenali beberap individu individu yg hebat dalam keluarga kolektor & numismatic.
    Prof XXX rugged juga orangnya yaa..

    @$me68PG.

    BalasPadam
  2. salam buat tuan Sme68PG..Prof XXX mmg rugged org...super otai dalam numismatik nie...ramai gak kolektor waktu tu,cuma saya tak berapa nak kenal mereka itu.Maklumlah itu pertama kali saya turun auction MNS.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails