Ahad, 3 November 2013

Penang Island Rubber Coupon 10 Katis



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Entry kali ini tentang kupon getah Penang. Sebelum ini,lebih kurang beberapa tahun yang lalu.Memang agak sukar untuk para kolektor untuk mendapatkan kupon getah dari Pulau Pinang.waktu tu memang ramai la kolektor yang memburu kupon dari Penang ini,termasuklah saya. Tapi dalam tahun ini,kupon ini semakin mudah pula untuk diperolehi,cuma harganya agak tinggi juga..cuma kadang kala,ada nasib baik..leh la dapat dengan harga yng murah.
Kupon Penang 10 kati ini,dikatakan agak sukar diperolehi.Jika merujuk pada no sirinya..ada tiga kosong,ini bermakna siri 10 kati ini amat kurang keluarannya.Saya ada juga perhatikan koleksi sahabat yang lain,memang ada banyak kosong gak la.Jadi boleh disimpulkan bahawa kupon 10 kati ini memang agak kurang bilangannya.Kupon yang ada dalam koleksi saya ini,kualitinya dalam EF.
Tadi kat dalam FB,ada seorang sahabat saya yang juga peminat tegar kupon ada menyuarakan rasa kurang puas hati beliau terdapat satu kelab numismatik.Tapi apa yang dinyatakan oleh beliau memang ada asasnya dan saya memang sokong 100%. Sepatutnya kelab yang besar-besar ini patut memupuk budaya ilmu numismatik kepada semua masyarakat khususnya para kolektor kolektor ini. Katalog yang ada kat Malaysia ini agak kurang tepat pada segi harganya terutamanya harga kupon-kupon getah.Jika anda tak percaya,boleh bandingkan harga auction kat Singapura. Saya memang banyak kali gak bids kupon kat auction Singapura.Harga tutup bids memang lebih tinggi dari harga yang tercatat kat mana mana katalog yang ada kat pasaran Malaysia.Tapi mungkin ada yang kata,harga kat katalog cuma harga anggaran jer.Tak semestinya tepat..Jika itu penyataan anda,memang la saya faham..tapi jika harga kat buku cuma RM100 tapi kat pasaran RM500...jauh sangat tu bezanya..huhuhuhu..

4 ulasan:

  1. MNS perlu kena ada perubahan dan melihatkan ianya adalah badan yang mewakili komuniti Numismatik keseluruhannya bukan hanya satu badan untuk kepentingan individu dalam kepimpinannya sahaja., Dan kita ahli MNS kena berani buat perubahan dengan melancarkan kempen untuk pembaharuan dalam MNS . Langkah pertama ahli boleh melancarkan kempen menukar Ahli jawatankuasa yang ada dengan yang baru dan pengurusan baru melalui mesyuarat Agong MNS .


    BalasPadam
  2. memang benar kata Dato tu..MNS perlu ada pembaharuan!! tapi berapa ramaikan kolektor kat luar sana yang berani untuk melakukan pembaharuan itu???

    BalasPadam
  3. Saya sokong 100%. MNS perlukan pembaharuan. Jika 'ajk' nya asyik tidur lena & tidak buat apa2 yg bermakna untuk persatuan. Haruslah mereka2 ini step-down. Gentlemen la sikit. Beri LALUAN kepada muka2 baru yg lebih berkarisma.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails