Duit RM50 nie nak kata ader error pun tak pasti la..tapi kalau anda tengok pada no sirinya. Ada beberapa nombor dan huruf tidak kelihatan. Saya pun tak pasti samada ia hilang semasa cetakan atau pun disengajakan oleh pihak tertentu. Yang saya tau,jika terdapat duit di dalam poket seluar semasa kita membasuh baju menggunakan mesin. Mmg ader cetakan yang akan hilang,tapi ianya pada keseluruhan duit tersebut. Ader satu artikel dalam blog,yang membicarakan tentang masalah ini. Saya lupa lak,maybe Lunaticg kot..citer ttg sorang mamat yang tertinggal duit didalam kocek. Dan didapati wang RM50 rekaan terbaru,luntur sama sekali.Tapi wang RM50 rekaan lama ,masih lagi elok.
Wang ini saya dapat ketika keluarkan duit dari ATM. So bila dah jumpa tu,simpan je lah. Jika ianya berlaku semasa cetakan wang tersebut. Leh dikatakan yang wang ini sukar diremui lah..coz beberapa no sirinya tiada..kalau ader pembaca yang ada idea ttg duit nie,leh la kongsi ngan saya.