![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-qNJadizG5C2Rvx7llKCppQ7BthW9XCc27ynx_mQ0WUehZcgRruPhUgmiQH58kBE3Z8yJeO01TH1p7zb6XzE1rWsmsnjv8_u-MO6kZ2g_CYYi75k6QWCXXN44A3J6JBDd8TzUD_tej04/s400/P9130598.JPG)
Apa apa pun,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat yang sehobi dan juga semua pembaca blog saya nie. Maaflah jika agak terlewat nak ucap sebab agak sibuk dengan urusan harian. Dan saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap tingkah laku sepanjang menulis blog nie.
Hari ini agak lewat gak saya update blog saya nie..selalunya saya akan update pada setiap hari Isnin sebelum pukul 12.00 tghhari.Tapi hari ini,ada hal yang tak dapat dielakkan.Jadi terpaksa lah update tengah malam nie..lagi setengah jam,dah nak masuk hari selasa.
Wang yang saya update kali ini,rasanya tak ramai yang memilikinya. Saya pun bertahun juga mencari wang ini.Akhirnya dah rezeki saya,dapat juga wang dari seorang seller dari Sabah. Harga pun boleh tahan gak la,RM450.Kualiti wang nie boleh saya katakan Fine. Jika ikut katalog Steven Tan,harga untuk Fine adalah RM800 (edisi 18). Cuba para pembaca yang mempunyai edisi pertama Katalog Steven Tan belek harga untuk tahun yang sama..rasanya kat katalog yang Edisi Pertama tu,rasanya harga lebih kurang dalam RM300 kot...memang menghairankan..harga untuk wang British North Borneo nie..memang tak banyak berubah dari tahun ke tahun..dan dalam katalog,kualiti yang diberikan adalah bermula dengan Very Good.Cuba anda perhatikan ada setengah wang yang kualitinya dimulakan dengan VF atau EF!!.
Adakah anda semua perasan tentang hal ini?? Cuma wang yang begitu
RARE sahaja yang bermula kualitinya dengan
Very GOOD!! Tapi ini hanyalah permerhatian saya sahaja..jika tersilap,harap dimaafkan. Yang sebenarnya wang British North Borneo ini..memang agak sukar untuk diperolehi,jika ada lubang atau koyakan,itu tak jadi masalah. Wang ini
DICOP dengan tarikh
9 December 1925. Jika para pembaca lihat pada katalog Steven Tan, tahun
1921 dan 1925 adalah "with printed date & signature". Tapi wang saya ada pada saya nie..DICOP tarikhnya..dengan kata lain,ianya tidak disenaraikan dalam katalog Steven Tan. Yang sebenarnya ianya di keluarkan pada tahun 1920,tapi pada tahun 1925 baru lah wang ini dikeluarkan dari simpanan dan di cop tarikh 1925. Pada bahagian belakang wang ini,tiada apa apa cetakan..hanya kosong.