Khamis, 19 September 2013

Syonan Shoken, Loteri Zaman Penjajahan Jepun



 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Ucapan jutaan terima kasih,kerana anda semua sudi untuk mengikuti serta membaca nukilan kat blog saya yang tak seberapa ini. Entry kali ini,saya hidangkan pada anda semua sekeping tiket loteri yang di keluarkan oleh Japanese Military Goverment Office. Ianya merupakan keluaran yang pertama,dimana setiap tiket bernilai $1 dan cabutan tiket ini diadakan pada 10 Ogos 1942 di Syonan Gekijo (Victoria Theatre). Keputusan akan diumumkan kat surat khabar serta di Syonan Branch of the Yokohama Specie Bank Ltd. Ini lah saja maklumat yang saya perolehi dari buku karangan Mr Wong Hon Sum " The Japanese Occupation of Malaya(Singapore) and Its Currency".

Pihak jepun memang banyak mengeluarkan siri-siri loteri ini.Dalam koleksi peribadi saya,terdapat beberapa jenis atau variety loteri ini. Dan saya akan paparkan untuk tatapan anda semua.Pada saya loteri jepun ini memang unik dan agak sukar diperolehi pada masa kini. Harganya pun makin meningkat,setelah mendapat bidaan yang agak tinggi di auction MNS pada bulan Jun yang lalu.Berkemungkinan,selepas ini anda akan mendapati...loteri-loteri ini akan mudah di dapati.Biasalah,bila harga naik,ada sesetengah kolektor akan menjual koleksi peribadi mereka.Jika ditanya berapakah harga sekeping loteri ini kat pasaran sekarang?? agak sukar nak jawab...yelah,ini hanyalah sekeping loteri terpakai...jadi berapakah harga yang sanggup anda keluarkan untuk  membeli sekeping loteri ini????mungkin hanya RM10 sekeping!! Namun ianya merupakan satu dokumen sejarah yang patut disimpan untuk tatapan generasi akan datang..Mungkin ianya patut berada di Muzium kerana ramai diantara kita tidak pernah melihatnya..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails