Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie..Maaflah kerana dah lebih sebulan saya tak update blog ni.Ada sedikit masalah,sekarang semua masalah dah pun selesai.Jadi insyaallah saya akan update blog ini setiap minggu. Kali ini saya nak mula dengan citer uji pandu bot laju.Sebelum ini saya pernah citer tentang bot laju ini,bot ini diperolehi secara percuma dari Jabatan Taman Laut Negeri Kedah.Selepas dibaikpulih beberapa bulan,maka ianya telah pun bersedia untuk diuji pandu. Yang sebenarnya ini merupakan uji pandu yang kali ke 2. Uji dari Sungai Udang,Yan Kedah ke Penang. Uji pandu yang pertama dari Jeti Kuala Kedah ke Langkawi. Jadi untuk testing kali ke 2 ini,saya ajak member sepejabat.Lagipun tak syok kalau test bot ini sorang sorang.
Inilah rakan sepejabat yang sama sama naik bot laju dengan saya.Sama macam saya gak,kami semua takde pengalaman naik bot laju ini..memang syok giler..Walaupun bila bot ini kena ombak ianya akan melompat lompat.Waktu test bot ini,kami ditemani oleh seorang jurumudi dan juruenjin. Jurumudi kena ada lesen,walaupun kat laut ini takde JPJ..hehehehehehe
Waktu ni,bot berhenti jap waktu pertengahan jalan ke Penang..rehat jap sambil makan makanan ringan yang di bawa..
Kapal besar ini baru jer bertolak dari Penang.Kapai ini berlabuh kat jeti Star Cruise.
Pemandang Batu Ferenggi dari laut.
Inilah nadi utama bot laju ini,dua enjin Suzuki berkuasa kuda 150 setiap satu..kalau kiraan cc,lebih kurang 2900cc setiap satu. Memang guna minyak petrol yang agak banyak..tangki bot ini pun boleh memuatkan 600 liter petrol.Kelajuan maksimum yang boleh di capai ialah 40 knots pada 6000 rpm..laju tu!!
Yang ni,kat Sungai Udang..kat sini adalah jeti nelayan dok punggah hasil laut mereka.
Ambik gambar pose menarik skit...tapi nasib baik la cuaca kali ini agak redup.Kalau tak,tentu kena sunburn nanti..
Gambar chalet kat Pantai Merdeka,kami tak singgah pun coz kami nak pi ke Tanjung Dawai.Jarak antara Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai tak jauh pun..rasanya kurang dari 500 meter.Cuma kalau nak pergi seberang sana kena naik bot la.
Rehat sebentar kat Jeti Tanjung Dawai sambil menikmati Laici Kang.Memang sedap....lain kali kena mai lagi kat gerai ini.
Ini lah gerai kat Tanjung Dawai tu.Anda boleh membeli hasil laut seperti beraneka jenis ikan masin,udang kering,sotong kering,belacan dan sebagainya..harga pun murah..
Ini jeti untuk bot berlabuh.
Rabu, 4 September 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan