Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Kali ini entry takde kena mengena dengan numismatik.Cuma nak berkongsi tentang family day yang di adakan pada 7 dan 8 Disember yang lalu kat Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Pantai Merdeka nie dekat dengan area Kota Kuala Muda,ramai gak sahabat sahabat numis yang dok pi MD kat sana..banyak gak jumpa coin coin yang menarik kat sana.Family Day ini dianjurkan keluarga sebelah isteri saya.Setiap bulan kami kumpul duit dan ada jawatankuasa kecik dalam family.Bila duit dah banyak tu,leh la buat Hari Keluarga.Ini merupakan kali ke tiga kami semua buat family day kat luar dari Perlis.Belanja agak banyak juga,maklumlah kena tempah billik penginapan yang agak banyak juga.Memang seronok bila dapat berkumpul bersama sama dan melakukan pelbagai aktiviti bersama sama.Pantai Merdeka,rasanya lebih dari 15 tahun saya tidak menjejakkan kaki kat sana.Kali terakhir pergi ke sana,saya masih lagi sorang pelajar sekolah menengah.Cuma dah tak ingat waktu tu tingkatan berapa,terlalu lama sangat.Sekarang ini banyak dah berubah,cuma jalan ke sana masih lagi macam dulu..laluan jalan rayanya agak sempit skit.
Ini waktu minum petang,isi perut dulu sebelum ada acara sukaneka.Cuaca waktu tu agak mendung skit la..kadang kala,hujan rintik rintik..
Sebenaranya pantai merdeka ini hanya bertentang dengan Tanjung Dawai.Saya dah banyak kali dok lepak kat Tanjung Dawai.Boleh tengok entry saya yang lalu.Ada la citer skit tentang Tanjung Dawai,kalau nak pi ke Tanjung Dawai dari Pantai Merdeka,anda boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan.Rasanya tambang cuma RM2 untuk satu perjalanan rasanya.
Kena buat barisan dulu sebelum main sukaneka.Kanak kanak tiga orang yang berbaju hijau tu adalah anak aku..
Acara bowling buah kelapa,memang syok abis...bukan senang nak jatuhkan botol botol air tu dengan menggunakan buah kelapa..balingan yang saya buat,memang tersasar jauh..masuk longkang daaa....hehehehehe
Yang ini acara baling belon yang diisi dengan air.Memang mencabar,asyik jatuh pecah jer belon tu..memang enjoy.Semua sukaneka ini dikelolakan oleh pihak resort sendiri,cuma kena bayar la skit.
Acara jalan berpasangan.Bukan senang nak jalan menggunakan 3 kaki,kena tau rentak dulu,,so sebelum lawan,kena la praktis terlebih dahulu..
Acara yang paling meriah,memindahkan gelang getah menggunakan straw.Nampak mudah,tapi bila buat sendiri agak sukar gak la..
Anak aku yang kecik sekali tengah praktis memasukkan air dalam botol dengan menggunakan span.
Ini adalah acara kemuncak,acara tarik tali.Dah lama tak main tarik tali ini.Semput la juga,jarang bersenam..huhuhuhu
Malam lak,ada BBQ kat tepi pantai..memang syok bila kena angin laut...memang sempoi..
Acara terakhir sebelum check out,bagi anak anak mandi kolam dulu..dekat 2 jam gak la berendam kat kolam mandi.
Ini rumah yang aku sewa,ada 2 bilik dan satu ruang tamu.Memang selesa,cuma harga agak mahal skit RM320 satu malam.Ini harga waktu peak season la.Tapi pada waktu ini,resort ini memang full house.Memang ramai yang menginap kat sini.Tapi bilik penginapan yang ada memang banyak.
Pemandangan pada sebelah hadapan resort yang saya sewa tu,mengadap laut.Suasana kat sini memang aman damai,tenang jer.
Itu nama nama bilik yang ada,yang saya sewa tu,Jasmine.So setiap nama tu mewakili bilik yang berbeza dan harga yang berbeza.
Tempat makan kat Merdeka Beach Resort..
waktu saya pi Pantai Merdeka ada pesta..so pengunjung memang ramai.Ada bermacam macam gerai jualan dan makanan.
Tempat ini memang menjadi tumpuan orang ramai.Siap ada yang buat khemah tu...ramai lak tu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan