Selasa, 24 Disember 2013

Jalan-jalan Di Universiti Walailak @ Nakhon Si Tammarat, Thailand Part I

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Yang pasti,entry kali ini bukan tentang numismatik.Saya nak berkonsi lawatan saya bersama rakan sekerja ke Universiti Walailak di Nakhon Si Tammarat,Thailand. Perjalanan ke sana dengan menggunakan van Toyota Commuter mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja dari Bukit Kayu Hitam,Kedah.Van Commuter ini merupakan pengangkutan yang paling popular sebagai kenderaan penumpang kerana ianya boleh memuatkan 11 orang penumpang termasuk pemandu.Saya pergi ke sana selama 3 hari 2 malam,bermula pada 19 hingga 21 Disember. Pada 22 Disember lak,berlaku letupan bom kat Danok dalam wilayah Sadao.Nasib baik balik awal ke Malaysia,jika tidak tentu dah hadapi masalah kat Thailand.Danok ini letakkan hanya bersebelah dengan pintu sempadan Malaysia-Thailand. Memang ramai rakyat Malaysia yang dok pi Danok kerana disanalah "syurga dunia"..faham..faham je lah..hehehehehe
Saya pergi Nakhon kerana tugasan rasmi iaitu untuk mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin antara dua universiti.At least dapat gak relax dari kesibukan kerja kat makmal.Sebelum ini saya pernah dengan kat laman sosial bahawa kat Thailand,ada lebuhraya tanpa tol yang jaraknya beribu kilometer..wow!!memang dasyat..tapi setelah menempuh perjalanan yang lebih dari 200 km tu melalui lebuhraya itu..maka fahamlah saya dapat simpulkan bahawa highway kat Thailand tu bukan seperti Highway kat Malaysia.Memang kat sana di panggil Highway gak tapi dalam konteks berbeza..yang saya maksudkan ialah highway dari Sadao ke Nakhon.Dan merupakan Highway yang sama untuk ke Krabi.Cuma Krabi kat sebelah Barat manakala Nakhon di sebelah Timur. Highway yang dimaksudkan itu merupakan jalan dua lorong satu hala...seperti highway kat malaysia gak,tapi ada trafficlight,simpang tiga dan empat.Dan di kiri dan kanan jalan ada kediaman,kedai-kedai,kilang-kilang dan sebagainya..dalam bahasa paling mudah,macam laluan persekutuan dari Kangar ke Alor Setar melalui Jitra.Itulah highwaynya,tapi adakah highway tidak bertol itu yang di maksudkan kat laman sosial itu? yang itu saya kurang pasti..tapi kat jalan seperti itu memang di panggil HIGHWAY kat Thailand. Kat highway itu tu ada kawasan seperti R&R,cuma agak kecil. Jika tgk pada rekabentuknya.Di setiap stesen minyak yang tertentu memang terdapat seven eleven,toilet dan kedai makan.Tapi kecik je lah.macam mini R&R jer.. kita lupakan tentang highway itu.Kalau anda nak tahu lebih lanjut,kena la pi sendiri.Tapi hati hati dengan bom yer...hehehehehe
 Kami sampai kat Nakhon tu dalam pukul 3 lebih waktu Thailand atau pukul 4 waktu Malaysia. Dalam pukul 6 Malaysia,wakil dari Universiti Walailak menjemput kami makan malam kat sebuah restoren halal kat Nakhon.Cuma kena jalan kaki dalam 600 meter dari Hotel.Gambar kat atas tu,roti canai yang mabeles..memang rangup betui..kat Malaysia pun takde roti canai serangup tu.Memang sedap betui..
 Yang kat atas tu,merupakan manggis liar.Cuma ada kat wilayah Nakhon jer..memang dijual siap dikupas macam tu.Nampak macam manggis muda jer..so try la makan gak.Rangup sekali dan rasanya memang sedap betui...nampaknya makanan kat Thailand nie memang sedap sedap belaka.
 Ayam panggang yang mabeles gak nie..abis gak la dua ekor malam tu...hehehehe..isinya memang lembut sekali.Kat Malaysia memang tak jumpa ayam panggang macam nie..
 Selepas makan petang,kami dijemput untuk makan malam lak..makan lagi.Petang tadi dah makan banyak gak,tapi dah dijemput makan lagi..so makan jer lah..Makan kat sebuah restoren halal yang ekslusif gak..harga pun boleh tahan gak la..
 Makan kat tingkat atas kedai tu,hiasan dalaman memang menarik.
 Yang nie kat tingkat bawah,hiasan yang menarik dengan pencahayaan yang sempurna.Memang terpesona tengok hiasan kat situ.


 Yang nie kat luar restoren tu,namanya Restoren Bin Tang.Lepas makan,borak borak sambil ambil gambar sebelum bergerak pulang ke hotel.
 Ini lah hotel penginapan kami semua..harga biliknya yang murah,cuma RM60 jer semalam ataupun lebih kurang 600 bath.Kalau kat malaysia,mesti harga RM200 lebih nie..
 Kaedah pengankutan lori kat Thailand,ada tambahan ekor kat belakang lori tu..mesti leh jimatkan kos kan,kerana leh bawa lebih muatan.
 Cuma terkedu bila tengok cara pendawaian elektrik dan telefon kat Thailand.Anda leh tengok sendiri memang serabut giler....huhuhu..kat bahagian atas tu,wayar elektrik dan kat sebelah bawah ialah wayar telefon..memang berselirat...perghhhhhh
 Keje yang mudah,meter elektri letak kat tiang jer.Senang skit keje pembaca meter tu..kikikii...tak penah lak tgk cara nie kat Malaysia..
 Makan tengahhari dikala orang Islam kat Nakhon tengah bersolat jumaat.Nasib baik musafir,kalau tak naya..waktu makan tu,borak borak tentang kehidupan kat Thailand..harga kereta kat sana  memang murah betui.Harga Vios atau City lebih murah antara RM30,000 hingga RM40,000 dari Malaysia....bestnyeee... Tapi bila tanya berapakah gaji mereka yang bertaraf PhD tu?? terkejut beruk gak.... kami diberitahu bahawa gaji pensyarah yang mempunyai master hanya RM2500 manakala yang mempunyai PhD pula RM3500..kalau kat Malaysia,gajinya dua kali ganda..
 Cantikkan botol sabun ni...nak beli bawa balik rumah,tapi nanti berat beg la pulak..
 Kajian tentang anai-anai kat universiti walailak.Kalau kat Malaysia kita bela ikan dalam akaurium,kat sana mereka ternak anai-anai..kajian tentang anai-anai.Universiti Walailak ini,memang luas.Kami diberitahu bahawa keluasannya 10,000 relong atau seluas jarak 5 km panjang di darabkan dengan 5 km lebar..memang luaskan..

 Yang ini kat fakulti marin biologi,ada macam macam sampel yang diawet kat dalam botol tu.menarik gak tengok.
 Yang ini,tak tau apa kah benda nye..tapi ianya memang unik sekali..
 Disebabkan keluasan yang terlalu luas,so kena lawat kawasan dengan menaiki tram ni..rasanya macam kat dalam zoo la pulak...kikikiki



 Yang nie projek students kat dalam library..memang kreatif la orang siam nie..cantik dekorasi yang mereka buat ni.
 minum petang ketika sesi perbincangan dengan delegasi Universiti Walailak.Roti donut tu,kat malaysia mana ada semua nie..
 Yang nie,memang tak faham apakan maksudnya?? ada tergantung kat library tu..apa yang anda faham??

 Kopi ais terbaik kat nakhon,harga cuma 50 bath.Tapi rasanya lagi mabeles dari starbuck punya..memang sedap sekali...malam tu,saya minum sampai 3 gelas..ramai gak yang terkejut,sampai si tukang bancuh air tu kata kat saya.."tonight u cannot sleep aahhh". lepas tu dia offer nak bawa saya ke tempat massage lak..hihihi... ofer yang terbaik nie. Tapi saya pi sana atas urusan keje,so tak leh la nak buat mcm tu..nanti apa kata lak rakan sekerja.Kalau nak pi massage ker apa ker,kena pi lain kali..hehehehehe

 Pemandangan bandar Nakhon Si Tammarat dari bilik hotel saya kat tingkat 6. Kat hotel ini,ada gak "call girl". Tapi saya tak order la...hehehehe
Yang ini harga minyak kat Thailand,yang paling tinggi cuma RON95 jer....RON97 memang takde...harga RON95,anda tengoklah sendiri...40.34 Bath seliter..atau lebih kurang RM4.50 (kadar tukaran RM1.00 bersamaan 9.80 Bath).Memang mahal,patut la banyak minyak dari Malaysia diseludup ke Thailand,memang untunggg...so tunggu sambungan Part II lak yer..

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails