Khamis, 27 Ogos 2009

Lottery Lembaga Kebajikan Masyarakat
















Mungkin ada orang yang akan bertanya,naper la aku upload gambar loteri nie kan..saya bukan apa,apa saya yang berkenaan dengan duit,saya berminat. Tambahan pula pada zaman 70an dulu,loteri nie boleh dikatakan "halal"....ye lah,dikeluarkan oleh lembaga perkhidmatan masyarakat dan kebajikan pula..seingat saya lepas..dalam tahun 80an,loteri ini ditamatkan..ye lah,kan judi tu haram disisi agama.Tapi best gak kan tgk hadiah yang ditawarkan..sebuah kereta Fiat, yang rasanya kalau waktu nie..mungkin harga kereta tu bawah RM500...Mungkin ada diantara sahabat semua yang tak penah tgk loteri nie..ye lah,waktu loteri ini dikeluarkan.saya pun belum lahir lagi...hehehehe..so selamat tgk loteri..Tapi ingat tau,Berjudi Tu Haram Di Sisi Agama Islam..jgn lupa pesan ustaz nazri...hehehehe

Selasa, 25 Ogos 2009

Sungei Ujong 2 Cents


Setem Sungei Ujong ini dikeluarkan pada tahun 1891-1894, watermark Crown CA. Bayangkan setem tahun 1891 pun ader watermark,hebat gak kan teknologi zaman dulu tu.Setem yang saya ader nie masih lagi dok dalam sheet,walaupun tak lengkap..dan seratus tahun lebih..setem nie,saya beli kat oversea..harga dah lupa la...memang menarik gak kumpul setem nie,harga tak la mahal sangat..tapi keluaran setem terlalu banyak la..sukar nak kumpul ikut tahun..huhuhuhu

RM2 RN

Notes RM2 nie..semuanya kualiti UNC..mak aku yang simpan notes nie..tapi mak aku bg kat aku coz dia tahu aku nie suka simpan duit..untung-untung..kalau nak beli RN dah berapa banyak aku kena bayar..so dah kira jimat la nie....hehehehe

Isnin, 24 Ogos 2009

RM2 Bercantum



Wang kertas bercantum ini saya beli dari sorang seller dari Johor. Kualitinya UNC tapi ader kesan kuning skit kat notes yg pertama tu.

$1 Dollar Malaya & British Borneo

Notes yang dikenali sebagai notes kapal layar nie dicetak oleh Thomas De La Rue dan Waterlow & Sons Ltd. Dicetak pada tahun 1959. Notes nie bukan dalam kategori rare..agak mudah nak dapat notes nie...

Rabu, 19 Ogos 2009

$50 Siri Ke 2


Notes $50 siri ke 2 nie,kualitinya dalam gF jer..sayang sekali no akan jadi cantik kalau no 7 tu bertukar jadi no 8....harga beli dulu,dah tak ingat la.

$50 Siri Ke 3

Notes $50 siri ke 3 nie kualiti dalam VF,kertasnya dok keras lagi..kalau tak salah,dulu saya beli dengan harga RM170 je..tapi la nie,mana leh dapat harga tu.

Selasa, 18 Ogos 2009

$100 Siri Ke 2


Notes $100 siri ke dua nie,baru jer saya beli dari sorang seller kat Penang. Kualitinya dalam F atau gVG jer. Jadi la nie cari cuma perlu cari yg 1st series jer lagi...dok intai intai,kot leh dapat ngan harga yang murah hehehe...

Isnin, 17 Ogos 2009

Straits Settlements $1 Dollar 1925 -1930 Complete Issues








Notes straits settlements $1 dollar nie bertarikh 1925, 1927, 1929 dan 1930. Siri lengkap untuk tahun keluaran. Tahun 1930 tu,tak le rare sangat..biasa jer. Tapi untuk tahun 1925,1927 dan 1929 tu mmg dalam kategori rare. Sukar nak dapatkan notes nie..ada sebahagian notes nie,saya beli kat oversea. Cuma kualiti notes nie,agak rendah skit..kalau kualiti elok,tak mampu lak nak membelinya..apa yang menarik ttg notes nie ialah..gambar rumah kampung dan pokok kelapa kat tepi laut yang cantik..mmg pandai pereka dahulu corakkan notes nie.. ader 3 currency commissioner yang sain notes nie...A.M Pountney (1925), L.M Lean (1927) dan Luis Shelly (1929 & 1930).

Straits Settlements 5 Dollar 1941


Notes straits $5 dollar nie dikeluarkan pada tahun 1941, Kualiti notes nie dalam VF. Notes nie bukan dalam kategori rare..buat masa ini,ia masih lagi mudah untuk diperolehi.

$10 First Series

Notes $10 1st series nie dikeluarkan pada tahun 1967. Kualiti notes nie dalam VF jer..Dikeluarkan dalam ejaan lama. Pada zaman tu,tentu banyak barang yang boleh dibeli dengan wang $10 berbanding dengan zaman sekarang kan!!

Straits Settlements 1941 1 Cents - 1 Dollar


Notes Straits nie dikeluarkan pada tahun 1941..walaupun nilai kecik,tapi dikeluarkan dalam bentuk wang kertas..tak macam zaman kita nie,guna coin..mudah dibawa dan tak memberatkan poket..hehehehehe..

RM 1 Replacements ZD

Notes gantian ini siri ZD,terus terang saya bagai tau...yang saya pun tak pasti apa keistimewaan notes ZD nie yang menyebabkan harganya mahal sangat. Semuanya RN tapi yg siri no 47 tu,hilang kat mana tah..cari dah tak jumpa..hehehehehe..kualiti semuanya UNC.

RM50 Replacement ZD RN

Wang gantian ZD RM50 ini,saya dapat waktu keluarkan duit kat ATM. Dapat banyak keping,tapi sebahagian dah jual kat member baik sebagai tanda persahabatan. Kualiti semuanya UNC.

Rabu, 12 Ogos 2009

$10 Dollars Malaya British Borneo

Notes $10 dollars nie kualiti dalam VF. Notes nie dok keras lagi.Notes nie dicetak oleh waterlow & Sons Ltd gak. Notes nie tak la rare sangat..tapi kalau harga UNC,saya pun tak mampu nak beli,mahal bebenor...huhuhuhu..

$5 Dollar Malaya British Borneo


Notes $5 Dollars nie kualiti dalam F jer. Di cetak oleh Waterlow & Son Ltd. Selalunya notes yang dicetak oleh Waterlow ini,harganya agak tinggi sikit coz bilangan cetakan yang sedikit berbanding dengan TDRL.

$1 Dollar Malaya British Borneo


Notes $1 Dollar Malaya British Borneo ini dalam kategori biasa jer..mudah nak dapat notes nie. Kualiti notes nie dalam F jer.

Selasa, 11 Ogos 2009

Straits Settlements 10 Dollar 1941

Notes Straits 10 dollar yang saya ader nie,kualiti agak rendah.Ader kesan koyak. Kalau ader budget lebih baru la nak beli yang cantik skit. Notes nie bukan dalam kategori rare. Tak susah nak dapat notes nie.

Japanese Occupation $100 Dollars


Notes jepun ader gambar pokok getah nie,terus terang saya pun tak tau apa citer disebalik notes nie. Kualiti notes nie UNC.

$100 Siri Ke 3


Notes $100 siri ke 3 nie,kualiti dalam F jer..siri ke2 dan pertama saya takde lagi. Tengah dok intai2 kot2 ader yang murah..tapi kalau takde yang pertama tu,kiranya tak lengkap la koleksi duit malaysia,so kena cari gak la walaupun harga mahal.

Isnin, 10 Ogos 2009

Straits Settlements 10 Cents 1919


Notes Straits 10 cents 1919 nie,ader org panggil dragon note,coz kat belakang ader gambar naga. Anda leh rujuk kat dalam katalog. Notes yang saya ader nie,kualiti mmg rendah coz ader koyak yang agak besar.tapi dapat beli murah jer,cuma RM30..so sebat je lah.hehehehe..notes ni rare kalau yang sain tu Acting Treasurer. Mmg dok cari gak yang sain tu Ag. Treasurer,namun tak jumpa lagi..kalau nak beli kena pi marvin auction kat singapore..harga mungkin tak mampu nak beli gak..nak kena lawan bids ngan buyer yang banyak sen....huhuhuhuhu

RM 50 Freak



Notes RM50 nie error skit jer..nama Aziz tu tarpadam skit jer..tapi tetap ader bekas sain tu,maybe waktu cetak tu..muncung dakwat tersumbat kot..hehehehehe..notes nie saya terjumpa secara tak sengaja ketika keluarkan duit kat ATM. Kualiti pun dalam aUNC.

Malaysia $50 1st Series

Notes $50 1st series yang saya ader nie,kualitinya dalam F jer..ni jer yang termampu dibeli..dulu beli kat sorang chinese seller dari singapore.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Straits Settlements 5 Dollar 1935

Notes straits $5 dolar nie tak la rare sangat,tapi harga sekeping melebihi RM500 la..bergantung pada kualiti. yang nie,kualiti dalam VG jer..notes nie saya ader 2 keping..sekeping lagi kualiti agak rendah skit.

Straits Settlements 10 Dollar 1935


Notes nie tak la rare sangat...tapi kalau nak beli tu harga agak mahal la juga..notes nie,saya beli murah jer coz koyak kat hujungnya..janji dapat murah....hehehehehe

Straits Settlements 10 Dolar 1940


Notes Straits Settlements 10 Dolar 1940 nie memang dalam kategori Rare. Sukar gak nak dapat notes nie, kalau ader harga mmg mahal. kaler notes nie purple. Kualiti notes saya nie dalam F jer.

Khamis, 6 Ogos 2009

Japanese Occupation $100 Special Chop

Notes 100 Dolar Jepun nie..mmg takde dalam katalog pun. Sebenarnya saya pun tak pasti sama ada chop tu ori atau pun palsu. tapi notes tu mmg notes ori,cuma sangsi kat chop tu jer. So harap harap member yang seangkatan dapat membantu saya untuk mengenalpasti sama ada chop tu ori ker tidak?? Tapi dari penerangan dari seller yang jual notes nie,dia bg tau yg sorang tua yang jual notes nie padanya. Dia sendiri pun tak pasti akan ketulenan chop tu!!


Rabu, 5 Ogos 2009

Straits Settlements 25 cents 1940 Emergency Issues



Notes tahun 1940 nie merupakan emergency issues. Boleh dikategori dalam rare juga,terutama kalau kualiti VF ke atas. harga notes nie pun agak menarik gak,mahal !!Kenapa notes nie dikatakan keluaran kecemasan.Mengikut cerita sorang seller la..waktu dulu,semua wang kertas di cetak kat luar negara. Waktu kapal yang nak hantar notes tu ke malaya,tetiba jer kena bom ngan jepun..so karamlah kapal tu...so diaorang kena la cetak wang baru untuk gantikan wang yang dah tenggelam dalam laut tu. Itulah citer nye..kalau tak betul tu, minta maaflah. Cuma itulah yang telah diceritakan kat saya dulu.

Straits Settlements 1 Dolar 1924


Notes straits 1 dolar tahun 1924 nie lagi teruk koyak dan lubang..dah murah,so beli je lah. Nanti kalau ader budget lebih leh la beli yang elok skit.

Straits Settlements 1 Dolar 1916

Notes Straits Settlements 1 Dolar tahun 1916 ini,boleh di katakan dalam kategori rare la juga. Sukar nak dapat duit nie, duit yang saya ader ini pun kualiti agak rendah la..ader lubang lubang dan koyak. Cuma kualiti notes nie jer yang saya mampu beli..so kira ok la...hehehehehe..

Isnin, 3 Ogos 2009

Straits Settlements 10 Cents 1917 Emergency Issue Acting Treasure

Notes Staits Settlements 10 cents Acting Treasure nie memang dalam kategori Rare. Memang sukar nak dapat notes nie, kalau ader pun harga memang lebih dari RM500 la..Macam notes yang kat atas nie,harga boleh tahan gak la,walalaupun kualiti notes agak rendah. Tapi kertas notes nie masih lagi keras. Kenapa siri nie dipanggil emergency issues,pun aku tak pasti la..so kena tanya kat mereka yang lebih mengetahui la.

Straits Settlements 10 Cents 1918 Emergency Issues

Notes Straits Settlements Emergency Issues 10 cents nie bertarikh 1918. Ianya banyak tarikh dari tahun 1917 hingga 1920. Notes yang aku ader nie,kualiti agak rendah dalam Good jer..notes nie boleh dikatakan agak sukar gak nak dapat. Dulu diaorang print atas kertas card board. kalau nak tau lebih lanjut leh baca kat katalog steven tan la.

Sarawak 10 Cents 1940 Complete Prefix








Notes Sarawak 10 cents 1940, semua ader 3 prefix iaitu A, B dan C. Yang macam ader kat atas nie..notes nie mmg boleh di katakan agak rare juga. Terutama prefix C tu. Tapi kalau dalam katalog prefix A lebih mahal...namun dalam keadaan di pasaran yang sebenar, prefix C lebih mahal dan sukar nak dapat. Yelah,kadang kadang apa yang ditulis kat katalog tu,hanya lah rujukan dan panduan. So harga notes nie kena ikut pasaran semasa.

Sarawak $1 Dolar 1935

Notes Sarawak tahun 1935, kaler hijau...notes nie nak kata rare pun leh la juga..tapi rare lagi tahun 1940. Notes nie kalau tgk kat ebay malaysia,masih lagi ader seller yang list. Leh dapat dengan harga bawah RM500.

British North Borneo $1 dolar 1930


Notes $1 Dolar British North Borneo tahun 1930 nie,boleh di katakan dalam kategori rare. Sukar nak dapat notes mcm nie kat Malaysia. Notes nie sebenarnya saya beli dari oversea. Tapi kualitinya dalam Good jer..ader koyak2 kat hujung..yang penting ader sekeping walaupun notes nie tak berapa cantik..kalau yang cantik,leh mampu tgk je lah...huhuhuhuhu
Related Posts with Thumbnails