Assalamualaikum dan salam sejahtera kepad semua pembaca setia blog saya.Entry kali ini saya menyajikan anda dengan sekeping notes yang memang jadi idaman saya sejak dahulu lagi.Memang dah lama saya medambakan notes ini.Dah lama mencari,cuma agak terkilan kerana bila bertemu dengannya harga terlalu keras..Jadi hanya mampu dengar dari jauh sahaja..
Notes $100 dollars British Malaya ini saya perolehi dengan pertolongan sahabat baik saya dari Johor.Harga yang dapat pun agak berbaloi,berapakan harganya? Rasanya tak perlulah saya ceritakan kat sini.Kualitinya pula agak memuaskan hati,dah dapat PMG pun..kualitinya Very Fine dengan markah cuma 20 dari 70 markah penuh.Kira ok la tu.Notes $100 dollars nie saiznya memang besar,lebih kurang separuh saiz kertas A4.Memang besarkan..sebab tu lah,notes $50 dollars dan $100 dollars nie lazimnya kita jumpa ada kesan lipatan yang memang boleh dikenalpasti dengan mata kasar.Duit British Malaya nie,kadang kala para kolektor akan sebut BOCOC..iaitu singkatan kepada Board Of Commissioners Of Currency..Notes ini dikeluarkan pada 1 Januari 1942.Terfikirkah anda,apakan yang boleh dibeli pada tahun 1942 dengan nilai $100 dollars???....fikir..fikirkan lah....
Memaparkan catatan dengan label Malaya British Borneo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaya British Borneo. Papar semua catatan
Selasa, 17 Disember 2013
Selasa, 26 Mac 2013
Duit Malaya & British Borneo $100 Dollars 1953
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Terima kasih kerana sokongan anda semua dan kesudian anda untuk membaca blog saya yang tak seberapa ini.Lagipun saya ini tak pandai sangat nak susun kata kata atau bait bait indah kat blog saya nie..semuanya straight to the point!! Biasalah tu,"engineers memang tak romantik"..itulah kata kata yang pernah diucapkan oleh seorang pensyarah saya sewaktu belajar kat UTM Skudai dulu..dan saya akui yang saya ini memang tak romantik..hehehehehehe..
So rasanya tak perlulah saya melalut lagi..Entry kali ini merupakan entry yang agak menarik kerana keistimewaan duit atau notes yang saya upload kat atas tu. $100 Dollar Malaya And British Borneo ini merupakan salah satu notes yang berada dalam wish list saya yang teratas. Memang sukar nak dapatkan notes ini kerana harganya yang agak mahal dan jumlah keping yang dikeluarkan pada masa tersebut. Memang dah lama saya idamkan duit ini..sebelum ini hanya mampu tengok je lah kat laman ebay atau kat FB.Memang tak mampu nak beli..harganya memang keras!!..notes yang saya ada ini,boleh dikatakan gFine jer.Sayang skit kerana ada kesan contengan pen.Jika tak salah saya la,notes ini memang terhad.Kebanyakkan notes ini bermula dengan prefix A/1.Hanya kolektor jer yang tahu betapa bernilainya notes ini.Yang sebenarnya ada kisah disebalik notes $100 dollars nie..disebabkan keinginan yang mendalam untuk memiliki notes nie,saya pernah ditipu oleh seorang kolektor dari xxxxx. Tapi sebagai seorang kolektor yang membeli notes secara tanpa bersua muka.Inilah cabaran dan risiko yang perlu saya hadapi. Berapa banyak yang saya rugi tu,biarlah menjadi rahsia.Seller ini saya kenal dari mudah.my sebelum saya ditipu.Saya telah pun berurus niaga dengannya sebanyak dua kali..memang takde apa apa masalah pun. Saya pun puas hati.Tapi bila tiba ke urusniaga yang ke tiga,di situlah masalahnya terjadi.Pembayaran dah dibuat.Tapi barang tak diterima..bila saya minta treking no pos laju..dia cakap yang dia pos guna pos biasa jer..Hairan bin ajaib gak..naper dia guna pos biasa jer..sebelum ini memang guna pos laju..tetiba jer pos guna pos biasa jer..so alasannya,pejabat pos kehabisan borang pos laju!!..memang tak boleh terima langsung alasan tu..menang tak munasabah..kalau kehabisan borang pos laju,guna la pos daftar..takkan borang abis gak kot..dan dipendekkan cerita,memang saya tak notes itu..dan si seller tu tak nak bertanggungjawab kerana katanya dia dah pos notes tersebut.Malas lah nak berbalah ngan seller tu...harap nanti dia kena langgar ngan lori trelerlah..kekekekekekeke..
Tapi itulah asam garam seorang kolektor...memang kena berhati hati..tapi kadang kadang tu,terkena gak..nasib badan,nak buat macam mana..huhuhuhuhu...
Selasa, 12 Mac 2013
Duit Malaya $50 Dollars 1942
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Kali ini saya nak bercerita tentang duit Malaya $50 Dolar lak.Duit ini dah lama menjadi idaman saya,cuma baru baru nie jer ada rezeki lebih skit.Jadi boleh la beli notes ini sekeping sebagai sebahagian koleksi yang disayangi. Untuk mereka yang tidak pernah melihat duit ini,duit ini tersangatlah besar.Ukurannya lebih kurang setengah dari kertas A4.,besarkan..hehehehe..Oleh sebab duit ini terlalu besar,maka kita sering kali jumpa duit ini mempunyai kesan lipatan.Termasuklah duit yang menjadi koleksi saya ini.Para pembaca boleh melihat dengan jelas kesan lipatan yang ada pada notes tersebut.Duit ini masih lagi first prefix, A/1. Jadi memang berbaloi la nak beli.Berapa harganya notes ini?? biarlah ianya menjadi rahsia..Kualiti notes ini saya boleh kasi Fine jer..Cuma terfikir gak la,dengan nilai duit yang sebegini tinggi pada tahun itu..agak agaknya apakah benda yang boleh dibeli yer..teringin gak nak tahu..hehehehehehe..entah-entah dah cukup untuk buat modal perkahwinan..hehehehehehe..sekarang ini,saya masih lagi memburu kembar notes nie lak..iaitu Malaya $100 dollars..entahlah bila boleh beli agaknya..harga pun dah makin mahal,harap harap tu.dapat la beli dengan harga yang murah.
Selasa, 5 Februari 2013
Malaya and British Borneo $10 Dollar Big B aka Duit Kerbau
Assalamualaikum semua.Dikesempatan yang agak singkat ini saya cuba juga untuk update blog saya ini.Kalau boleh tu,setiap minggu saya akan update blog ini,harap harap berhasillah. Duit Malaya and British Borneo ini lazimnya para kolektor gelar duit ini duit kerbau.Kenapa duit kerbau,tentu para pembaca dah boleh agakkan.Rasanya tak perlulah saya bercerita pangjang lagi.Duit kerbau ini ada 3 variety iaitu A kecil, A besar dan B besar. Yang paling sukar nak dapat ialah B besar seperti kat dalam gambar tu.Duit ini saya perolehi dari sahabat baik saya dari Johor. Harganya boleh tahan juga la..dah barang baik.Kenapa sukar nak dapat?? Prefix B besar ini cuma bermula dari B/1 hingga B/6 jer. Sebab tu lah harga agak mahal jika nak dibandingkan dengan A kecik dan A besar.
Rasanya hanya setakat itu jer info yang saya boleh berikan pada para pembaca.Saya ini masih lagi kurang ilmu tentang dunia numismatik ini.Banyak lagi yang saya kena belajar.Salah satu hobi saya ialah beli buku katalog auction dan buku tentang wang lama ini.Kalau nak jadi seorang kolektor yang berilmu,bukan setakat hanya beli buku katalog harga yang ada kat pasaran jer. Banyak lagi yang nak kena beli.Paling mudah ialah berguru dengan mereka yang lebih arif.Saya ini,jika ada yang bertanya tentang duit syiling,memang saya tak tahu.Ilmu saya terlalu kurang,banyak lagi yang perlu saya belajar.Saya ini seorang pengumpul tegar,tapi bukan otai tentang duit lama ini.Saya selalu juga rujuk kepada mereka yang pakar jika saya tak tahu tentang sesuatu.Tak perlulah kita malu mengakuinya jika kita tak tahu..jangan nanti jadi bodoh sombong..tak elok tu..hehehehehehehe..
Selasa, 5 Oktober 2010
Malaya & British Borneo $10 "Kerbau Bajak"
Entry kali ini adalah sama dengan yang beberapa bulan yang lalu. Duit kerbau bajak ini,yang sebenarnya saya beli tanpa melihat wang tersebut terlebih dahulu. Percaya kepada penjual,katanya duit itu koyak jer.Ingatkan koyak sedikit jer. Tapi bila duit tersebut sampai kat tangan.Terkejut beruk la juga!! Dalam hatiku berkata "teruknya koyak duit nie...nasib baik beli harga murah jer" nak buat macam mana,salah sendiri gak. Bila duit lama tak tengok terlebih dahulu.Nasib badan la. Rasanya kalau duit yang koyak macam nie,kategorinya dah kira Poor la. Jika tengok pada kesan koyak tu,macam notes tu dikoyakkan dengan secara sengaja. Duit itu masih lagi cantik,cuma kesan koyak tu terlalu mencacatkan duit lama tersebut. Mungkin anak kecil si penjual tu kot yang koyakkan duit ini secara tak sengaja..budak budak la katakan...huhuhuhuhu
Isnin, 23 Ogos 2010
Malaya & British Borneo $10 Big A, Duit Kerbau Bajak 1961.
Wang yang anda lihat ini merupakan wang yang dikeluarkan pada tahun 1961.Sebelum ini saya telah pun post tentang wang ini sebanyak dua kali.Namun pada kali nie,ianya agak berbeza sedikit kerana pada kali nie prefix notes ini ialah BIG A. Bilangan notes Malaya dan British Borneo yang mempunyai prefix Big A adalah amat sedikit cetakannya. Jadi ianya dikatakan dalan kategori Rare. Harga sekeping pun agak mahal,yang paling murah pernah saya jumpa ialah RM700 sekeping untuk kualiti Fine atau gFine. Tapi notes yang anda lihat ini ada kesan koyak pada sebelah bawahnya,jadi saya dapat dengan harga yang murah,cuma RM280 jer..murah bukan..untung..untung..sebelum nie,saya pernah beli yang small "a" dengan harga RM200..jadi anda fikir fikirkan lah,betapa murahnya notes nie..memang sukar nak dapat dengan harga sedemikian rupa..inilah dikatakan rezeki. Buat masa nie,saya nak cari yang BIG B la pulak..tapi harga masih lagi ribu ribuan..mana la tau,kot2 ada rezeki jumpa yang ratus-ratus je.
Isnin, 24 Ogos 2009
$1 Dollar Malaya & British Borneo
Rabu, 12 Ogos 2009
$10 Dollars Malaya British Borneo
$5 Dollar Malaya British Borneo
$1 Dollar Malaya British Borneo
Jumaat, 31 Julai 2009
$10 Dolar 1961
Sorang seller bagi tau yang orang cina suka notes nie,coz digunakan dalam upacara keagamaan.
Khamis, 30 Julai 2009
$50 Dolar Malaya British Borneo 1953
Langgan:
Catatan (Atom)























