Khamis, 6 Jun 2013

Kenduri Kampung @ Kubang Gajah,Arau,Perlis.

 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya.Kali ini saya nak ubah sikit tajuk entry saya,kali ini tak nak citer tentang duit lama.Tapi nak bercerita tentang kenduri kawin yang dilakukan secara gotong royong atau kenduri kampung.Pada 26 Mei yang lalu,mak saudara saya mengadakan kenduri perkahwinan anaknya di rumah pusaka arwah datuk dan nenek saya di Kampung Kubang Gajah.Kampung ini terletak dalam Parlimen Arau.Yang seronoknya kenduri ini dilakukan secara gotong royong dengan bantuan sanak saudara dan juga penduduk kampung Kubang Gajah.Lazimnya kenduri zaman sekarang nie,dilakukan secara katering ataupun buat kat hotel jer...Tapi jika dilakukan secara gotong royong,suasananya lebih meriah dan dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung dan juga sanak saudara..cuma,terlalu penat kerana bermacam macam keja nak kena buat..tapi berbaloi kerana kepuasan yang diperolehi.
 Yang ini,tempat masak..masak kat bawah setor atau bangsal yang agak besar.


 Yang ini acara memotong daging lembu,selepas subuh dah pun bermula...so para bapa pun beramai ramai memotong daging.Saya pun join gak...lagipun waktu korban yang lalu dan beli pisau special khas untuk potong daging dan melapah..so bila lagi nak tunjuk kehebatan.....kikikikikiki...

 Kaum ibu dok basuh daging yang telah di potong..jenuh gak la nak basuh..lebih dari sekor lembu yang ditumbangkan....

 sambil buat keja tu,leh la makan apa yang ada..lazimnya kalau buat kenduri secara gotong royong nie.memang kena ada makan la...baru syok berkerja...hehehehehehe

 Yang nie,pucuk paku untuk dibuat kerabu...pucuk paku ini di datangkan khas dari Sik,Kedah..kerabu pucuk paku memang terbaik...sold out dalam masa sejam lebih jer...saya sendiri pun tak sempat nak makan..memang kempunan betui la...huhuhuhu
 Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Dato Seri Shahidan Kassim.Ahli Parlimen Arau merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dato Seri datang pada awal pagi,waktu nie semua orang tengah dok sibuk memasak.Pagi tu,yang buat keje disajikan dengan pulut kukus,makan dengan ikan kering dan kelapa parut@nyok..Jadi makan itulah yang disajikan pada Dato Seri.Makan atas meja takde alas pun....kikikiki...biasalah,dah stail kampung..so memang macam tu la..Lepas makan Dato Seri beramah mesra ngan semua penduduk kampung yang tengah dok buat keje tu..

 Yang nie mak saudara saya,dok masak ayam..saya pun dok tolong gak...sambil tolong sambil makan ayam..kikikikiki

 Jika nak tau,inilah kaedah memasak nasi kat kenduri kampung.Kaedah ini dinamakan "Lengat" atau bahasa bukunya kaedah stim..kaedah ini kena pakai talam...so sekali lengat nasi,boleh 10 talam....satu talam lak boleh makan berapa orang yer????ermmmmmm..tapi memang banyak la....hehehehehe


 yang ini tempat basuh pinggan dan cawan....yang terlibat keje membasuh ini,golongan muda mudi..lupa lak nak ambik gambar mereka waktu tengah buat keje...memang meriah...puluhan anak muda yang menbantu..tapi kena bagi pengeras skit la...tak lain tak bukan,kena kasi rokok la...saya sponsor rokok Dunhill 2 kartun untuk diaorang..memang buat keje sambil abis la..janji kasi rokok..dok berasap jer,macam naga...kikikikiki

 Nak minum air apa?? laici ada! teh bunga ada! jus cinta pun ada! cincau ada! atau nak minum air sirap dan sirap bandung?? semuanya ada disini..pilih la mana yang berkenan dihati...tapi air jus cinta homemade diaorang nie memang sedap....


 tetamu yang hadir memang ramai..tapi yang penting lauk pauk untuk dihidangkan pada tetamu memang cukup.kalau lauk kurang,geng kat tempat masak akan masak lauk yang baru..memang takde masalah..tetamu yang hadir pun ramai dan ramai....




 tetamu yang hadir terutamanya kanak kanak,boleh makan ice cream free..macam macam ais ada..minta jer kat uncle tu..Uncle baju kuning tu selalu datang jual ais krim kat rumah saya..so saya minta dia datang jual kat kenduri tu..tapi sayalah yang beli semua ais krim tu...untuk kasi kat kanak kanak yang hadir...tapi orang dewasa pun join gak...syok betui tengok gelagat kanak kanak bila boleh makan ice cream free..satu tong ice cream tu cuma bertahan dalam satu jam jer...cepatnya habis..so saya minta uncle tu pegi refill semula...dekat RM1k gak la abis untuk ice cream tu...hehehehehehe..


Yang nie lak geng keta Cherry yang pi menyambut pengantin perempuan.Jika tak salah ada 20 buah rasanya.So pengantin perempuan di arak dengan konvoi keta Cherry....Pendek kata kenduri kali ini memang meriah,walaupun badan penat....abis jer kenduri pada petang tu,saya terus pi pusat massage...badan dah sakit sakit..malam lepas Isyak,terus tidok...letih giler....dah kehabisan tenaga pada siang harinya...Ingatkan pengantin baru jer yang tidok awal,saya pun tidok awal gak....kikikikikiki
Related Posts with Thumbnails