Khamis, 30 Disember 2010

$20 Aziz Taha


Wang yang ini merupakan wang yang pernah digunakan suatu ketika dulu kat negara kita, dengan nominasi $20. tapi dengar ura-uara bahawa BNM akan keluarkan semula wang $20 ini, harap harap tu betul lah berita tersebut. Wang yang ada kat atas tu,ikut prefix keluaran dari TA hingga TD,cuma kualiti kebanyakkan notes cuma F dan VF jer. Apa apa pun,wang ini memang menarik untuk disimpan,kerana warnanya yang unik. Harga kalau nak beli pun tak la mahal sangat,sekeping bawah RM50 jer.

Khamis, 23 Disember 2010

$50 Replacements Siri 6


Kali ini agak terlewat sikit nak masukkan entry terbaru.Sibuk dengan tugas dan sebagainya.Minggu nie pun jarang ada kat bilik..asyik out station jer memanjang. So kena curi la masa sikit,untuk masukkan citer yang terbaru. Wang gantian ini,tak la rare pun. Tapi kalau nak beli tu harga tetap beratus ratus la. Yang ini wang gantian siri ke 6.Yang ini saya beli dari Arek terengganu. Kualiti duit masih lagi cantik. Harga beli pun murah jer,tapi dah lupa la harga berapa hehehehehe

Isnin, 13 Disember 2010

Japanese Occupation $100 Propaganda Issue


Entry kali ini masih lagi tentang duit zaman penjajahan Jepun. Duit $100 dolars ini ada tertera cop VJ kat depannya. Duit ini boleh dikategorikan sebagai Rare. Cuma kualiti duit nie agak rendah skit,dah ada kesan koyakan pada bahagian atas dan juga kotoran pada bahagian tepi. Walaupun dah koyak-koyak duit ini tetap bernilai. Tapi jika nak beli duit jenis ini kena berhati hati sedikit kerana ada yang palsu. Duit yang original,tapi cetakan VJ tu yang mencurigakan. Lazimnya yang palsu ini kualiti notesnya UNC atau EF..memang cantik,tapi palsu..walaupun ianya palsu..tetap ada harga gak..

Khamis, 9 Disember 2010

Malaya Japanese Propaganda Issues ' Freak'



Duit jepun propaganda yang anda lihat ini,ada sama seperti yang pernah saya terbitkan dahulu. Namun yang berbezanya ialah,sepatutnya pada muka hadapan duit nie sepatutnya terdapat cetakan kalendar!! namun mungkin waktu British tengah cop dulu,mereka terlupa nak buat cetekan pada bahagian hadapan kot..tapi kualiti notes nie bukan unc la.saya leh kasi Fine jer coz ada kesan terkoyak pada bahagian bawah tepi. Mungkin akan ada perdebatan tengah keaslian duit ini. Duit ini saya beli dari sorang seller yang dah lama jadi kolektor. Kalau nak beli yang palsu pun dia ada jual juga..complete set lagi.Kualiti Unc. Mengikut penelitian si seller tu,notes yang dia jual pada saya ini adalah asli. Duit ini dia dapat dari sorang kolektor berbangsa Cina..yang umurnya lebih dari 60 tahun. Jadi seller itu memberikan jaminan bahawa wang dan cetekan tersebut adalah asli.
Tapi bermacam macam versi yang saya dapat tentang duit ini. Jadi terpulanglah pada pembaca untuk menilai macam mana. Jika wang ini nak jual kat ebay malaysia,harganya memang beratus ratus la.

Khamis, 2 Disember 2010

RM2 Replacement ZB Rare



Wang gantian merupakan salah satu kesukaan saya. Wang gantian ini harga lebih mahal dari wang yang biasa dan sukar nak cari. Terutamanya wang gantian RM2 ZB nie..harga memang mahal. Paling murah boleh dapat harga dalam RM300..kalau anda boleh dapat murah dari harga tu,dah kira rezeki la. Para kolektor tentu tahu nilai wang gantian ZB nie. Sukar nak jumpa,tapi boleh lagi beli kat ebay malaysia. Yang saya punya nie,kualiti dalam aVF.Harga saya beli...berapa yer..dah lupa la pulak...hehehehehe..tapi hampir RM400 kot. Maaflah saya nie pelupa orangnya.Wang ini dah lama saya cari,dan akhirnya bulan lepas baru leh beli.
Related Posts with Thumbnails