Isnin, 28 Februari 2011

RM1 Prefix CR Ali Abul Hassan



Selama ini saya dok terfikir,perlukan saya membeli notes CR nie.Sebelum nie ada seller yang offer kualiti EF harga cuma RM600..tapi saya malas nak beli waktu tu. Tapi kini,harga notes tu makin naik mendadak. akhirnya saya terpaksa beli gak la..saya beli dua sekeping sekali gus..Harga special gak la,beli kat member baik.Kualiti notes kat atas tu,para pembaca boleh menilai sendiri.
Cuma apa yang menarik ialah kenapa notes CR ali abul hassan nie atau sesetengah orang panggil aishah (coz bentuk tandatangan tu mcm nama aishah jer). Mengikut apa yang telah diceritakan oleh sifu saya kepada saya.Wang ini memang dicetak oleh BNM tapi ianya tidak diedarkan coz pada waktu tu,gebenor bank negara telah dilantik baru. Gabenor Zeti Aziz. Jadi wang tersebut memang tidak diedarkan.Namun kesilapan berlaku kat BNM Penang,dimana ia terlepas ke edaran umum. Berapa banyak yang terlepas tu,tak pasti la pulak.Memang tiada sebarang maklumat. Sebab itu lah wang CR ini banyak ditemui disebelah Penang dan Kedah. Itu lah,citernya...jika maklumat yang sampaikan ini salah. Saya minta maaflah,saya cuma menyampaikan apa yang telah diceritakan pada saya jer. Jika para pembaca nak tahu cerita yang sahih,kena la tanya kat BNM.Mungkin pihak BNM dalam membantu dalam hal ini.
Kadang kadang tu terfikir gak la,nak beli notes yang nilai mukanya harga RM1 dengan harga beratus ratus ringgit. Macam tak berbaloi jer rasanya. Tapi jika kumpul notes malaysia,takde prefix CR nie.Tak lengkap lak koleksi yang ada. Jika saya kena la belil gak notes prefix CR nie.

Khamis, 24 Februari 2011

Straits Settlements $1 Dolar 1915



Wang Negeri Selat ini merupakan  satu koleksi yang saya perolehi hampir 2 bulan yang lepas. Jadi bertambahlah koleksi wang $1 dolar Straits saya nie. Kalau boleh tu,saya nak lengkapkan semua koleksi wang $1 dolar. Buat masa sekarang,saya perlu lagi mencari notes straits $1 dolar tahun 1909,1911,1914 dan 1921. Yang tahun 1921 tu,sering gak jumpa.Cuma masih lagi mencari harga yang berpatutan. Harga notes nie memang agak mahal.Jika harga RM500 tu,kita cuma leh dapat yang kualiti Good atau Very Good jer. Untuk mencari tahun 09,11 dan 14 memang teramat sukar. Kerana saya sendiri pun belum pernah jumpa seller yang menjual notes nie. Rasanya jika nak lengkapkan koleksi nie,mungkin akan mengambil masa beberapa tahun. Tapi jika ada para pembaca mempunyai wang tersebut,harap boleh hubungi saya. saya memang berminat membeli notes tersebut jika kena pada harganya.

Sabtu, 19 Februari 2011

$5 Freak Siri Ke 7


Wang $5 yang anda lihat ini boleh dikategorikan sebagai freak. Jika dulu saya penah masukkan entri RM5 Zeti yang freak. Ada sahabat yang bagi tau,bahawa wang polimer atau plastik nie,corak atau tulisan yang dicetak pada wang tersebut boleh dihilangkan dengan menggunakan chemical tertentu. Sahabat saya dah pun buat eksperimen tersebut dan dia memang berjaya menghilang cetakan pada wang polimer tersebut.
Tapi wang kali ini diperbuat dari kertas,saya pun tak pasti.Macam mana cetakan ini boleh hilang. Ada dengan menggunakan bahan kimia juga atau ianya berlaku ketika proses percetakan. Mungkin ada sahabat kolektor boleh memberikan penjelasan terhadap hal ini. Wang ini saya perolehi dari sorang sahabat dari Terengganu. Saya memang suka kumpul wang yang berkeadaan macam ini,kerana ianya unik dan sukar nak diperolehi. Harga saya beli tu agak mahal la juga,tapi saya dah pun lupa berapa harga saya beli. Maaflah,saya nie pelupa skit.

Isnin, 7 Februari 2011

Duit Oh Duit

Entri kali nie,agak berbeza sikit..bukan apa,nak berkongsi pengalaman sendiri berkenaan kisah duit. Siapa yang tak nak duit?? Semua orang nak kan duit,orang gila pun nak duit gak kan...saya masih lagi teringat kata kata sorang ustaz,kalau kita tanya orang yang nak mati,sama ada dia nak duit atau tak?? tentu dia akan angguk kepala nakkan duit..hehehehehe..agak sinis gak la pernyataan itu. Tapi memang dah lumrah manusia,duit itu seolah olah adalah segalanya. Jika ada duit,dunia ini ana yang punya. Kalau takde duit,kita akan di pandang hina,kalau ada duit,orang akan pandang mulia. Memang tak dinafikan duit pada ketika ini adalah segala galanya,pada sesetengah orang. Disebabkan duit jugalah,kita sanggup menipu,tikam belakang sahabat,merompak,meragut dan bermacam macam lagi. Disebabkan duit juga lah,adik beradik atau sedara mara leh bergaduh dan bercerai berai kerana duit. Tengok sajalah waktu pembahagian harta pusaka..tak perlu lah saya bercerita panjang.Tentu para pembaca pun ada pengalaman tentang hal yang sedemikian. Arwah datuk saya pernah berkata "adik beradik ni,tubuh badan jer..duit kupang bukan". Fikir..fikirkan lah sendiri.
Ini pengalaman saya sendiri la,saya ini memang jenis yang suka percaya pada orang. Ye lah,bila kita dah lantik seseorang untuk urus kan kes..so kita harap dia akan lakukan yang terbaik la. Tapi tak sangka lak,dia boleh khianat amanah yang diberikan. Seorang peguam Islam,boleh berlaku khianati amanah yang telah di amanahkan padanya. Sukar gak saya nak percaya,tapi apa kan daya.Ianya berlaku pada diri sendiri. Setelah belasan ribu ringgit di bayar padanya,dia berlaku khianat. Apa nak buat,mungkin dah takdir saya. Salah diri sendiri sama agaknya,,terlalu percayakan dia. So bila saya buat semakan di Mahkamah,rupanya kes itu dah digugurkan..memang terkejut giler..last sekali saya kena selesaikan kes kat luar mahkamah..so leburlah RM140,000...banyak tu,leh buat modal untuk kawin yang kedua,ketiga dan keempat...huhuhuhuhuhu..Memang kena rugi la sikit coz nak bangunankan tanah tu.Dah hampir 5 tahun projek tertangguh. Tapi bila fikir semula la kan..kadang kala kita ini hanya fikirkan masyuk jer..tak fikir adakah kita layak untuk makan duit itu ke tidak. Alkisahnya,arwah ayah saya ada tanah..tapi tanah tu ada orang yang mendiaminya. Dah la duduk free,sekupang pun tak bayar sewa tanah.Tanah memang luas,hampir 1.4 hektar. Kawasan memang strategik la,di kawasan pinggir bandar. Orang tu duduk free selama hampir 20 tahun,bila kita nak minta dia berpindah.Nak minta pampasan sampai RM300k....fuh,manyak giler punya orang.Orang macam nie pun leh ada kat dunia nie....hahahahahahaha..
Tapi setelah aku fikir semula,nasib baik ada mak yang memahami..so aku pun ikut nasihat mak la..so nak bagi settle gak la.So kena la bayar duit kat si polan tu.Namun aku nak tengok gak la,tahap mana dia akan senang hidup kat dunia nie coz dia ambik sesuatu yang bukan hak dia. Memang bongkak betui si polan tu, sewa tanah tu pun dia tak minta halal..dan memang aku takkan halalkan dunia akhirat...hahahahaha..aku pun bukannya baik sangat..muhahahahaahaha. Nko ambiklah duit tu,jangan lupa akan pembalasan Allah..kadang kat dunia nie,Dia dah kasi pembalasan.
Pasal lawyer yang khianat tu,baru baru nie aku dapat tau yang lesennya guamannya telah ditarik oleh majlis perguam. Semua keraninya dan pun lari keje kat tempat lain. Itulah balasan,jika kita anianya orang lain. Mungkin bukan aku sorang jer yang terkena ngan dia,mungkin ada lagi kot..aku pun tak pasti.Malas nak fikir la..nasib nko la lawyer yang khianat!!

Cuma sedikit nasihat pada sahabat sahabat dan para pembaca. Semua orang nakkan duit,tapi pastikan cara kita dapat tu cara yang halal..coz kita akan mati.So takutlah pada pembalasan Allah kat akhirat nanti. Saya percaya,anda semua pernah tengok apa balasan jika kita mendapat harta atau duit dengan cara yang tak halal..Kat dunia nie,Allah dan tunjukkan pembalasan.Fikir..fikirkan lah yer..
Maaflah,kali nie saje jer nak luahkan perasaan yang terbuku kat hati ni..kalau disimpan lama lama..nanti bernanah kat dalam hati,.Wassalam.
Related Posts with Thumbnails