Khamis, 22 Oktober 2009

British Trade Dollars 1899 ( Fake Coin)



Coin British Trade Dollar nie,kalau sekali pandang memang macam asli. Tapi yang sebenarnya ia adalah TIRUAN. Memang sukar nak kenal coin yang tiruan coz buatan cukup cantik..Maybe coin nie buatan Tiongkok kot, yang macam Prof007 dok bagi tau tu. Cara nak kenal coin tiruan adalah berdasarkan diameter coin,tebal coin dan berat coin serta ukiran corak pada coin tu. kalau nak tahu banyak kena la berguru ngan mereka yang ader banyak ilmu dalam coin nie..mcm Prof007.

East India Company One Keping


Coin nie juga merupakan dalam kategori Singapore Merchant Token,bertarikh 1804. Siri East India Company dan bernilai satu keping. Keadaan coin nie pun agak kurang baik,dah haus.Ye lah dah berusia ratusan tahun. Coin nie tak la rare sangat dan harganya tak la mahal sangat.

Island Of Sumatera One Keping



Coin ini dalam kategori Singapore Merchant Token,ianya bertarikh 1804 dari siri Island Of Sumatera. Keadaan coin nie agak terhakis.Nilai coin ini satu keping. Coin nie tak la rare sangat walaupun dah berusia ratusan tahun,dan harga coin ini pun tak la mahal sangat.

Khamis, 15 Oktober 2009

The XV Sea Games 1989


Coin peringatan nie dikeluarkan pada tahun 1989 sempena sukan SEA di Kuala Lumpur. Mintage sebanyak 500,000 keping jer. Kualiti UNC.

Pitis Kelantan




Duit syiling pitis nie digunakan di negeri Kelantan pada zaman Cik Siti Wan Kembang..kalau tak salah aku la...yang sebenarnya aku pun tak banyak info sangat tentang coin nie..yang tahu ia diperbuat dari timah. Tapi awas,ader gak coin nie yang palsu. So berhati hati kalau nak beli coin nie. Coin nie, saya beli dari sifu saya, memang ori la.

Rabu, 14 Oktober 2009

British North Borneo One Cent



Coin BNB nie dikeluarkan pada tahun 1891 sebanyak 3,000,000 keping. Harga coin nie pun tak ler mahal sangat, dalam Rm20 jer sekeping dan mudah didapati.

King Edward VII 1 Cent



Coin nie boleh dikatakan dalam kualiti F jer..ia dikeluarkan pada tahun 1907 ( 5,015,044 keping), jadi coin nie bukan dalam kategori rare.
Related Posts with Thumbnails