Ahad, 21 Julai 2013

Syiling 50 Sen 1968 Milled Edge aka Without Security Edge






Assalamalaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Mohon maaf kerana lebih dari sebulan saya tak update blog saya nie.Item ada banyak untuk dikongsikan....tapi kamera saya lak rosak..so tak dapat la nak ambil gambar untuk nak update kat blog.Kalau guna kamera handphone tak cantik lak kualiti gambarnya..rasanya raya kali ini kena beli kamera yang baru la jawabnya...mungkin ada promosi kot..hehehehehehe...
Oklah,kita berbalik semula pada coin yang saya tunjukkan kat atas tu..coin ini memang istimewa kepada semua kolektor yang mengumpul syiling malaysia.Coin 50 sen ME atau milled edge.Ramai orang silap faham tentang hal ini.Lazimnya mereka menyangka bahawa coin 50 sen yang terbelah atau mempunyai longkang tu mahal harganya.Yang sebenarnya coin 50 sen samaada tahun 1967,1968 dan 1969 yang mempunyai longkang tu,murah harganya..sekarang nie mungkin dalam RM15 sekeping,harga lak bergantung pada kualiti.
Coin 50 sen ME yang seperti diatas ini memang menjadi idaman pada kolektor kerana kesukaran untuk mendapatkan coin ini.Saya pun ada sekeping jer coin ini,itupun setelah bertahun tahun mencari coin ini.Berapa harga coin ini? Rasanya tak perlulah saya nyatakan harga coin ini kat pasaran..kalau nak tahu juga,tanya lah pada para kolektor kat luar sana tu..
Sebelum ini saya pernah berborak dengan kolektor dari KL..dioarang kasi tau hati hati skit jika nak beli coin 50 yang ME ini.Kerana ada yang cuba untuk membuat coin 50 ME ini dengan menggunakan coin 50 SE (security edge).Diaorang cakap,mereka ini menggunakan timah untuk menutup longkang atau belahan pada coin SE.Bahaya gak nie,namun saya sendiri belum pernah lagi jumpa atau mendengar dari mulut kolektor sendiri bahawa mereka ditipu berkenaan coin 50 sen ME ini. Namun apa salahnya jika kita berhati hati dalam segala urusan jual beli coin dan banknotes ini..lagipun conman ada di mana mana sahaja...so berhati hatilah anda semasa berurusniaga wang lama ini....sekian..
Related Posts with Thumbnails