Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya.Malam ini saya gagahi juga untuk mengupdate entry baru kat blog saya,walaupun mata saya dah nak tertutup...agak keletihan hari ini,menyelesaikan tugas untuk audit dari DOSH dan juga pada masa yang sama kena gi training peralatan baru..
Oleh sebelum saya cerita lebih lanjut...mohon para pembaca semua dapat berdoa agar flight MH370 dapat ditemui dengan kadar segera.Sekarang ini,berbagai bagai spekulasi boleh kita dengar terutamannya kat laman sosial,whatsapp dan sebagainya....udah-udah la sebar khabar angin..lebih baik kita berdoa agar semuanya dapat diselesaikan dengan kadar segera..aminnn..
Kali ini,saya nak berkongsi tentang kupon getah straits settlements mainland 10 kati.Hari itu ada perbincangan tentang,negeri manakah straits settlements mainland tu...banyak gak hujah2 yang diutarakan..tapi buat masa ini,saya agak keletihan untuk nak taip itu semua..insyaallah,saya akan nukilkan pada entry yang akan datang.Apa yang menariknnya kupon ini? jawapannya hanya satu,kerana ianya kupon straits settlements mainland.Kupon ini sukar diperolehi,tambahan pula ianya masih lagi berkeadaan yang baik dan mempunyai no yang berturutan..itulah keistimewaan kupon ini..bagaimana pula tentang harganya?? harganya tak la mahal sangat..cuma boleh mencapai ratusan ringgit juga la..oklah,hanya setakat itu jer buat malam ini..mata dah pun makin tertutup...semoga kita bertemu kembali,wassalamm..
Memaparkan catatan dengan label Coupon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coupon. Papar semua catatan
Isnin, 10 Mac 2014
Ahad, 3 November 2013
Penang Island Rubber Coupon 10 Katis
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Entry kali ini tentang kupon getah Penang. Sebelum ini,lebih kurang beberapa tahun yang lalu.Memang agak sukar untuk para kolektor untuk mendapatkan kupon getah dari Pulau Pinang.waktu tu memang ramai la kolektor yang memburu kupon dari Penang ini,termasuklah saya. Tapi dalam tahun ini,kupon ini semakin mudah pula untuk diperolehi,cuma harganya agak tinggi juga..cuma kadang kala,ada nasib baik..leh la dapat dengan harga yng murah.
Kupon Penang 10 kati ini,dikatakan agak sukar diperolehi.Jika merujuk pada no sirinya..ada tiga kosong,ini bermakna siri 10 kati ini amat kurang keluarannya.Saya ada juga perhatikan koleksi sahabat yang lain,memang ada banyak kosong gak la.Jadi boleh disimpulkan bahawa kupon 10 kati ini memang agak kurang bilangannya.Kupon yang ada dalam koleksi saya ini,kualitinya dalam EF.
Tadi kat dalam FB,ada seorang sahabat saya yang juga peminat tegar kupon ada menyuarakan rasa kurang puas hati beliau terdapat satu kelab numismatik.Tapi apa yang dinyatakan oleh beliau memang ada asasnya dan saya memang sokong 100%. Sepatutnya kelab yang besar-besar ini patut memupuk budaya ilmu numismatik kepada semua masyarakat khususnya para kolektor kolektor ini. Katalog yang ada kat Malaysia ini agak kurang tepat pada segi harganya terutamanya harga kupon-kupon getah.Jika anda tak percaya,boleh bandingkan harga auction kat Singapura. Saya memang banyak kali gak bids kupon kat auction Singapura.Harga tutup bids memang lebih tinggi dari harga yang tercatat kat mana mana katalog yang ada kat pasaran Malaysia.Tapi mungkin ada yang kata,harga kat katalog cuma harga anggaran jer.Tak semestinya tepat..Jika itu penyataan anda,memang la saya faham..tapi jika harga kat buku cuma RM100 tapi kat pasaran RM500...jauh sangat tu bezanya..huhuhuhu..
Khamis, 18 April 2013
Kupon Singer Zaman Jepun
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini entry agak biasa jer. Hanya sekeping kupon bayaran Singer yang dikeluarkan sewaktu zaman Jepun kat Malaya.Sebelum ini,saya dah pun masukkan entry tentang kupon Singer,tapi yang dikeluarkan sebelum zaman Jepun.Dan kali ini kupon yang dikeluarkan pada zaman Jepun lak.Kuponnya agak ringkas.Cuma ada cop Jepun kat sebelah kiri kupon tersebut.Saya sendiri pun tak pasti apa maksud cop tersebut.Disebabkan ianya dikeluarkan pada zaman penjajahan Jepun maka tarikh kupon ini menggunakan tarikh Jepun.Kupon ini bertarikh 6.10.2602. Itulah kelainan yang ada pada kupon ini,tanpa cop Jepun dan Tarikh Jepun.Kupon ini tiada sebarang keistimewaan pun. Namun kupon ini agak sukar juga nak dijumpai pada ketika ini.Tambahan pula kupon ini sudah pun berusia lebih dari 70 tahun!
Selasa, 29 Januari 2013
Kupon Petrol 50 Unit Jan-March 1949
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie. Entry kali nie nak kongsi kisah kupon petrol 50 unit yang terakhir dalam koleksi saya. Kualiti tak berapa elok,ada koyak dan berlubang kat bahagian atas. Ianya digunakan dalam tempoh masa Januari hingga Mac 1949.Kupon ini dahulunya dimiliki oleh United Traction Co. Ltd, saya ada beberapa kali jumpa kupon ini kat ebay malaysia dan kat laman web yang lain..Semuanya dimiliki oleh syarikat yang sama..Cuma ada kualiti yang masih lagi elok dan cantik.Berkemungkinan ianya milik seorang kolektor yang sama atau datang dari sumber yang sama..Tapi itu hanya telahan saya jer.Oklah,hanya setakat itu sahaja coretan saya ini.Lagipun saya kurang sihat sikit.Maklumlah cuaca kat Perlis nie dah semakin panas,dah masuk musim Timur.Daun pokok pun dah mula berguguran.Sehingga kita berjumpa kembali.Wassalam..
Ahad, 23 Disember 2012
Kupon Singer 1941
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini entry yang saya nak ceritakan kali ini agak unik sekali. Kupon Singer bertarikh 1941..ada sesiapa yang pernah lihat tak kupon ini?? Kupon ini dikeluarkan sebagai resit pembayaran bulanan untuk pembelian mesin jahit.Tercatat nama kat kupon itu Che Kechik bt ..... kupon ini dikeluarkan di Penang, kat Kramat Road..tak pasti sama ada jalan itu masih ada atau tidak.Tapi cubakan harga mesin jahit pada ketika itu,mesti mahalkan..bayaran bulanan sahaja dah $5.Masih lagi kuingat kata kata arwah nenek aku dulu.Dulu dengan syiling 1 sen dan boleh beli macam macam..inikan pula $5.Mesti cuma mereka yang kaya dan berharta sahaja yang dapat membeli mesin jahit. Kupon ini dikeluarkan sebelum kedatangan askar Jepun ke Tanah Melayu.Boleh dikatakan kupon ini jarang diperolehi pada masa ini,kalau jual kat syarikat Singer,tentu diaorang akan beli nie....hehehehehe...
Isnin, 1 Oktober 2012
Kupon Petrol 50 Gelen Oct- Dec 1948
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Tuan punya blog mohon maaf kerana bulan lepas hanya sempat masukkan satu entry jer. Kalau ikutkan tu,setiap minggu akan ada satu entry baru.Tapi kadang-kadang tu,kita cuma merancang..Letih menganjurkan aktiviti sepanjang minggu lepas belum lagi hilang,lepas tu anak lak masuk wad disebabkan masalah kesihatan. Tapi aktiviti kena handle gak...huhuhuhuhu..Tapi sekarang semuanya dah selesai,syukur pada Allah.
Entry kali ini,cerita tentang kupon lagi.Tapi rasanya tak ramai yang pernah lihat kupon ini. Kupon ini dikeluarkan pada tahun 1948..sebelum ini saya penah menulis entry tentang kupon petrol.Cuma tahunnya yang berbeza jer. Kalau yang tahun 1948,saya cuma ada sekeping ini jer.Kemungkinan kupon ini merupakan kupon petrol terawal di Tanah Malayu rasanya.Saya pun tak pasti akan hal ini.Mungkin ada kolektor diluar sana yang lebih arif tentang hal ini.Kupon ini digunakan untuk membeli minyak atau pelincir sebanyak 50 gelen..kalau ditukar kepada liter rasanya lebih kurang 200 liter!!..banyak tu...kemungkinan ianya digunakan oleh bas atau kenderaan berat yang lain.
Khamis, 9 Ogos 2012
Kupon Minyak 50 unit Jan-March 1950
Assalamualaikum semua....cerita tentang kupon masih lagi belum berakhir.Rasanya masih ada banyak lagi koleksi kupon yang akan diceritakan selepas ini.Hari ini dah pun 20 Ramadhan..pejam celik..pejam celik..rupanya dan 2/3 Ramadhan telah pun berlalu.Cepat betui masa berlalu meninggalkan kita semua.Dan pun sampai malam 10 terakhir Ramadhan,jadi pada pembaca yang mempunyai peluang tu..banyak2 la beribadat.Semoga kita semua leh dapat malam 1000 bulan...aminnn...
Kupon yang para pembaca tengok ini lebih kurang sama jer dengan entry yang lepas,yang berbeza cuma tarikh pada kupon dan juga tahun jer.Warna memang sudah pasti berbeza la..saya memang suka tengok warna yang merah tu,cantik la pulak.Cuma keadaan kupon agak kurang la sikit kerana ada kesan koyakan pada sebelah atas dan bawah kupon.Tapi rasanya ianya boleh dikatakan agak ok la bagi kertas yang berusia 62 tahun!!
Selasa, 31 Julai 2012
Petrol Coupon 50 Units Oct-Dec 1949
Jika sebelum ini para pembaca dah pun disajikan dengan entry kupon petrol,maka kali ini cerita yang sama akan disajikan juga. Cuma apa yang membezakan ia cuma nilai kupon tersebut dan juga saiz kupon. Kali ini kupon petrol mempunya saiz yang agak besar. Rasanya sama besar dengan duit RM5 dan ianya agak panjang skit. Disebabkan saiznya yang agak besar berbanding kupon petrol sebelum ini.maka nilai kupon ini pun besar la juga..nilainya 50 unit. Sebelum ini,tuan punya blog pernah terjumpa kupon petrol bersaiz 1,2,3,4,5 dan 10 unit.Tarikh pada kupon ini bermula dari Oktober-December 1949.Kupon ini dikeluarkan setiap 3 bulan sekali.Lepas ini akan ada beberapa lagi keping dari variety yang sama akan menyusul. Harga,bila kita bercakap tentang harga nie...agak sukar juga la nak jelaskan..ye lah,kupon ini boleh dikatakan Unlisted kat mana mana katalog.Kat Sasana Kijang BNM pun takde kupon jenis ini rasanya..jika tak salah saya la..Sebelum ini kupon yang sama variety ini telah pun disenaraikan kat ebay malaysia.Harganya pula lebih dari RM1,000...memang mahal betui...tapi senang cakap la..kat mana nak cari kupon petrol yang macam nie sekarang..memang sukar nak jumpa la,sebab tu la harga pun agak mahal walaupun ianya hanya sekeping kupon..huhuhuhuhu
Jumaat, 15 Jun 2012
Petrol Coupon 3 Units
Bab kupon belum habis lagi nie..so sebelum nie saya dah pun kuarkan entry kupon petrol 3 unit,yang warna coklat. Yang nie pun 3 unit juga cuma warna biru..kenapa ianya berbeza..kena la tengok tarikh sah laku kupon tu. Yang berwarna coklat tu,tarikhnya oktober-disember 1949. Manakala kupon nie pulang tempoh sah lakunya bermula dari July-Sept 1949.So ini bermakna tempoh sah laku kupon petrol ini cuma 3 bulan jer.Maka boleh dikatakan la,tentu banyak kupon yang seperti ini dikeluarkan pada tahun 1949,namun pada ketika ini.Nak jumpa kupon yang mcm nie agak sukar.Harga pun mahal la juga. Sebelum nie tuan punya blog memang tak pernah tengok dan jumpa kupon petrol ini.Tapi semenjak kupon ini boleh dilihat di Sasana Kijang BNM,maka sejak tu baru la leh jumpa kupon ini kat pasaran.Mungkin sebelum ini,kupon ini tiada nilai atau takde sapa yang nak ambik peduli..entahlah,ini cuma telahan tuan punya blog jer.No plat kenderaan pun cantik W 64..kalau leh letak no plat mcm tu kat keta pada zaman sekarang nie..mesti bestkan..baru gempak....hehehehehehe
Kupon Petrol 4 Unit
Entry kali nie tentang kupon petrol lagi..memang tak abis lagi..kali ini nilainya 4 unit. Cuma yang menariknya kupon nie..kualitinya masih lagi Unc..masih lagi belum digunakan.Sebab takde lagi nama tuan punya kenderaan dan no kenderaan. Memang sukar gak nak jumpa kupon yang unc nie..cuma sayang skit..ada kesan kekuningan pada kupon tu,mesti tuan yang dulu tak simpan dengan elok.
Jumaat, 8 Jun 2012
Kupon Petrol 3 Unit
Kali nie saya akan sambung cerita ttg kupon petrol lagi..dan ada banyak lagi koleksi kupon petrol ini dalam simpanan saya.Maka dalam bulan Jun nie,rasanya kesemua akan berkisar tentang kupon petrol. kupon petrol ini untuk 3 unit. Tuan punya yang guna kupon petrol ini Haji Abdullah dengan no plat kenderaannya W 56. Rasanya tentu Hj Abdullah ini sorang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan pada ketika itu atau seorang yang hartawan. Lagipun pada zaman dahulu,hanya orang orang yang benar benar kaya sahaja yang mampu pergi menunaikan haji pada ketika itu.Itulah yang diceritakan oleh arwah nenek saya. Lagipun masa dulu,kena pi haji naik kapal.Perjalanan makan masa berbulan bulan..bukan macam sekarang nie..senang jer,naik kapal terbang.Kereta jenis apa yang digunakan oleh Haji Abdullah tu,tak pasti la pulak..tapi mesti kereta yang sangat hebat pada zaman dahulukan..ye lah,zaman sebelum merdeka.
Khamis, 31 Mei 2012
Kupon Petrol 5 Unit
Entry kali ini akan bercerita tentang kupon juga.Tapi kupon kali nie agak unit sikit la.kupon minyak. Kupon minyak ini digunakan untuk membeli minyak pada zaman 40an.Kupon ini boleh beli 5 units petrol..tapi tak pasti la 5 units tu berapa liter..maybe 5 liters kot..agak2 la..kalau salah info tu,maaflah..atau 5 gelen...ini hanya tekaan semata mata...kupon nie ada tarikh mati iaitu bermula bulan Julai hingga September 1949. saiz kupon nie,cuma besar skit jer dari setem.Kalau nak tengok saiz yg sebenarnya atau variety yang berbeza,kena la berkunjung ke Sasana Kijang..kat sana ada dipamerkan kupon petrol seperti ini.Harga beli kupon nie pun agak mahal la juga..tapi dah minat ngan kupon,so kena la beli gak walaupun mahal..Kalau tengok kat katalog Steven Tan atau KN Boon,memang takde pun kupon nie..tapi ianya item yang agak sukar nak dapat..so kalau dah jumpa tu,kena la simpan.
Jumaat, 5 Ogos 2011
FMS War Loan Bond Coupon $7.50
Entry kali nie tentang war loan bond lagi. Yang kali nie nilainya $7.50 lak.. ada lagi beberapa siri atau nilai yang belum lengkap lagi.Nak beli pun harga mahal dan agak sukar nak cari. Kat ebay ada seller yang jual,satu set lengkap dengan harga RM650..harga terlalu mahal la.rasa macam tak berbaloi jika nak beli. So tengok je lah..tapi ada juga kupon yang seperti ini yang mahal harganya. Cuma jarang jarang kita leh jumpa,contohnya yang macam Ahmad Fyrose punya kat dalam Facebooknya. Yang tu memang agak rare,harga sekeping pun dah cecah ratusan ringgit.
Langgan:
Catatan (Atom)


















































