Khamis, 21 November 2013

Seminar Sepetang Di Alam Numismatik anjuran MasDinar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ini saya ini berkongsi dengan anda semua tentang seminar yang telah diadakan di Alor Setar pada 9 November yang lalu.Seminar ini berlangsung di Hotel Seri Malaysia,Alor Setar. Seminar yang julung kali diadakan oleh pihak Masdinar ini dihadiri lebih dari 40 orang peserta.Masdinar merupakan satu persatuan yang berdaftar dengan ROS dan merupakan persatuan numismatik yang menjurus kepada wang Kesultanan Melayu.Saya merupakan salah seorang ahli berdaftar dengan Masdinar.

 Peserta yang hadir terdiri daripada para kolektor yang datang dari berbagai negeri.Seminar ini merupakan satu platform dimana para kolektor boleh berinteraksi dan berjual beli item numismatik.Pada seminar itu sebanyak 3 kertas kertas kerja telah dibentangkan. Kertas kerja pertama oleh Dr Ibrahim Bakar " Matawang Negeri-Negeri Melayu: Suatu Pengenalan". Kertas kerja kedua oleh Cikgu Nasron b Jamil "Koin: Suara Dari Masa Silam" dan kertas kerja yang ketiga oleh Dato' Haji Sharuddin Haji Yusof " Perkembangan dan Masa Depan Numismatik Malaysia".


 Yang berbaju coklat itu,Master Ishar dan yang berbaju putih itu Dato Sharuddin dari Pahang.Dato Sharuddin merupakan Presiden Kelab Numismatik Malaysia.



 Acara yang dinanti nantikan oleh peserta seminar iaitu acara lelongan.Jurulelong ialah tuan jurutera En Ahmad Nasyruddin.Berbagai bagai item dilelong dalam acara tersebut dan ada diantara item tu mendapat persaingan sengit diantara para kolektor.



                                 Yang berbaju ungu petak-petak itu ialah Tuan Haji Abd Rani.



 Yang menariknya seminar ini telah mendapat liputan dan disiarkan di akhbar Sinar keluaran utara.




                                            Kad keahlian saya sebagai ahli rasmi Masdinar.

Ahad, 17 November 2013

Blog Sifu Fazil ; Relichunter272.blogspot.com

                                                       http://relichunter272.blogspot.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Kali ini saya akan buat review skit tentang blog Sifu saya.Blog Relichunter272.blogspot.com
Kat blog ini anda boleh la membaca kisah kisah tentang item antik dan bernilai yang pernah ada kat negara kita.Bermacam macam item ada kat situ,so kalau nak tahu..kena la terjah blog sifu saya ini.Kenapa saya panggil Sifu pada Fazil? Rasanya kira-kira 5 atau 6 tahun yang lalu,saya mula berkecimpung dalam dunia numismatik ini.Pada waktu itu,FB takde lagi..jadi memang saya tak kenal ramai kolektor yang ada kat malaysia.Tambahan pula,saya ini dok kat Utara tanah air.Memang sukar nak dapatkan sebarang coin atau notes pada masa itu.Pada masa itu,saya hanya beli notes notes dan coin lama dari laman web lelong.com dan ebay.com.my jer. Pada masa itulah,saya kenal Sifu Fazil,waktu tu dia menetap kat Seremban. Dia merupakan sorang penjual kat dalam ebay malaysia menggunakan nick Andakian72. Setelah saya beli item dari beliau,maka terjalinlah ikatan persahabatan yang kekal sehingga ke hari ini.Namun yang peliknya,kami berdua memang tak pernah bersua muka,hanya berhubung ngan telefon dan juga alam maya..memang pelik kan. Pada awal perkenalan,saya memang takde ilmu dalam numismtik ini.Jadi saya selalu akan bertanya dan bertanya pada Sifu Fazil,dan beliau memang tak pernah jemu melayan kerenah newbie seperti saya ini.Banyak ilmu yang telah dicurahkan pada saya.Saya masih lagi ingat pesan beliau pada saya,kalau nak jadi kolektor kena la beli buku katalog dulu.Baru la leh tau harga notes kat pasaran.Dan dengan bantuan beliaulah saya boleh menjadi kolektor seperti sekarang ini.Tanpa pertolongan beliau,sapa lah saya ini..Terima kasih Sifu Fazil!!

Rabu, 6 November 2013

Loteri Zaman Jepun: Sesyu Saiken, Selangor Syu Seityo



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Kali ini saya nak bercerita tentang loteri jepun lak. Sesyu Saiken ini merupakan loteri yang pertama di keluarkan di negeri Selangor pada 11 Februari 1945 dengan harga setiap tiket $2.Cabutan tiket loteri yang pertama di adakan di Kosei Kaiken (Selangor Club) di Kuala Lumpur pada 15 March. Pada zaman jepun,memang banyak loteri yang dikeluarkan oleh pihak penjajah Jepun. Jika anda tengok pada setiap loteri kat atas itu,setiap satu berlainan warna dan ada no 1 hingga 5, yang mungkin mewakili Isu Pertama hingga Lima..tapi saya kurang pasti,kerana saya tak pandai nak baca tulisan yang ada pada loteri tu.Tapi berkemungkinan besar, no 1 hingga 5 itu merupakan siri siri yang dikeluarkan.
Jika ia merupakan siri keluaran loteri itu,kesemua lima keping loteri ini merupakan satu koleksi yang amat jarang untuk dijumpai.Tapi saya pun kurang pasti berapa jumlah keluaran untuk loteri Sesyu Saiken ini.Takde maklumat yang lengkap dijumpai kat mana mana buku rujukan.Lagipun kebanyakkan duit atau sebarang koleksi yang berkenaan jepun memang jarang disimpan oleh nenek moyang kita.Kerana apa?? tentu ada semua boleh agak,betapa kejamnya askar-askar Jepun pada zaman penjajahan dahulu.Tentu anda pernah dengar cerita tentang peristiwa berguni-guni wang jepun di bakar apabila jepun menyerah kalah.
Tapi itu dulu,sekarang ini..loteri atau notes dari zaman jepun memang jadi sebahagian koleksi yang dicari oleh para kolektor.Loteri ini saya perolehi dari negara China!!..saya perolehi banyak keping juga..dan sebahagiannya akan saya jualkan pada kolektor lain.

Ahad, 3 November 2013

Penang Island Rubber Coupon 10 Katis



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Entry kali ini tentang kupon getah Penang. Sebelum ini,lebih kurang beberapa tahun yang lalu.Memang agak sukar untuk para kolektor untuk mendapatkan kupon getah dari Pulau Pinang.waktu tu memang ramai la kolektor yang memburu kupon dari Penang ini,termasuklah saya. Tapi dalam tahun ini,kupon ini semakin mudah pula untuk diperolehi,cuma harganya agak tinggi juga..cuma kadang kala,ada nasib baik..leh la dapat dengan harga yng murah.
Kupon Penang 10 kati ini,dikatakan agak sukar diperolehi.Jika merujuk pada no sirinya..ada tiga kosong,ini bermakna siri 10 kati ini amat kurang keluarannya.Saya ada juga perhatikan koleksi sahabat yang lain,memang ada banyak kosong gak la.Jadi boleh disimpulkan bahawa kupon 10 kati ini memang agak kurang bilangannya.Kupon yang ada dalam koleksi saya ini,kualitinya dalam EF.
Tadi kat dalam FB,ada seorang sahabat saya yang juga peminat tegar kupon ada menyuarakan rasa kurang puas hati beliau terdapat satu kelab numismatik.Tapi apa yang dinyatakan oleh beliau memang ada asasnya dan saya memang sokong 100%. Sepatutnya kelab yang besar-besar ini patut memupuk budaya ilmu numismatik kepada semua masyarakat khususnya para kolektor kolektor ini. Katalog yang ada kat Malaysia ini agak kurang tepat pada segi harganya terutamanya harga kupon-kupon getah.Jika anda tak percaya,boleh bandingkan harga auction kat Singapura. Saya memang banyak kali gak bids kupon kat auction Singapura.Harga tutup bids memang lebih tinggi dari harga yang tercatat kat mana mana katalog yang ada kat pasaran Malaysia.Tapi mungkin ada yang kata,harga kat katalog cuma harga anggaran jer.Tak semestinya tepat..Jika itu penyataan anda,memang la saya faham..tapi jika harga kat buku cuma RM100 tapi kat pasaran RM500...jauh sangat tu bezanya..huhuhuhu..
Related Posts with Thumbnails