Jumaat, 31 Julai 2009

$1 3rd Series Special Number

Notes $1 3rd series nie menarik sebab nombor berganda. Yang sebenarnya notes nie saya beli 6 keping bermula dari 44 -99..tapi nombor 55-99 tu dah jual kat member baik sebagai tanda persahabatan. Kualiti notes nie UNC. Cuma notes yang macam nie sukar nak dapat.

$10 Dolar 1961

Notes $10 Dolar Malaya British Borneo nie,kadang kadang orang sebut notes kerbau bajak. Notes nie prifix A kecik. Kalau huruf B besar, memang dalam kategori rare la. Notes yang saya ader nie,koyak koyak jer. Mampu dibeli sebab murah,cuma RM80 jer. Beli kat Negeri Sembilan.
Sorang seller bagi tau yang orang cina suka notes nie,coz digunakan dalam upacara keagamaan.

Coagulant Units Coupon

Coagulant unit coupon,terus terang saya pun tak tau apa kegunaan kupon nie.Rasanya berkenaan dengan getah gak kot. Buku katalog Steven Tan pun takde banyak maklumat ttg kupon nie. Kualiti kupon nie,semuanya UNC. Kalau member lain ader maklumat leh la kongsi kongsi kan.

Rubber Coupon Katis



Yang nie merupakan kupon getah dalam berat kati.kalau tak salah 1 kati bersamaan dengan 600 gram. 10 katis tu kualiti UNC, mana yang 25 katis tu F jer, cuma running number.

Khamis, 30 Julai 2009

Rubber Coupon






Kupon getah merupakan satu sejarah la untuk negara kita. waktu zaman tu,getah merupakan komoditi penting,so kalau nak eksport pun kena ader permit la. Setiap negeri ader kupon masing-masing. Kualiti untuk 3 kupon nie UNC. Semuanya untuk 1 pikul atau lebih kurang dalam 60 Kg. Cuma setakat tu jer yang saya tahu tentang kupon getah nie..kalau nak tau lebih lanjut,kena la tanya mereka yang lebih arif.

$50 Dolar Malaya British Borneo 1953

Notes nie boleh dikatakan agak rare la juga,tapi masih lagi boleh didapati kat seller tertentu. Cuma harga jer mahal skit. Notes yang ader nie,kualiti dalam gF jer..ader kesan kotor pada notes. Notes nie,saya beli dari seller dari Sarawak. Tapi kalau nominasi $100 dolar,memang confirm Rare..harga sekeping pun beribu ribu. Saiz notes nie pun agak besar gak,lebih kurang sama saiz ngan duit $100 siri pertama- ketiga.

$1 3rd Series Running Number

Notes $1 3rd series nie ader lima keping,running number..cuma kualiti dalam F jer,ader kesan kotor pada notes.

$10 4th Series Replacement


Notes Replacement $10 siri ke 4 kualitinya UNC. Boleh dikatakan agar rare la juga,coz cuma ader siri X/1 jer....notes nie saya beli dari sorang seller kat KL. Sebenarnya mmg menarik kalau kita dapat kumpul wang gantian nie,coz harganye lebih mahal dari notes biasa dan sukar lak nak dapat.So pakat ramai ramai la kumpul wang gantian nie yer.Dulu ader seller tawarkan notes $50 x/1 kat saya..tapi waktu tu takde budget,so tak dapat nak beli la..bila dah ader budget,notes tu dah ader org lain yang ambik. Memang kecewa la...

Rabu, 29 Julai 2009

Sarawak $1 Dolar 1929

Notes sarawak nie,memang buruk dan berlubang lubang..kualiti dalam Poor. Namun saya ader sekeping nie jer,sukar gak nak cari yang elok..kalau ader pun,harga memang tak mampu nak beli la. Buruk pun buruk je lah,janji ader dari takde langsung. Notes nie dapat dari seller dari sarawak. Notes sarawak,memang menarik coz sukar nak dapat la..yang biasa ialah tahun 1935. tapi kalau tahun 1929 nie,agak rare la juga. Kalau ader nominasi yang lebih besar,lagi gempak la..

$10 2nd Series Replacement





Notes replacement $10 2nd series nie,saya boleh dapat 3 siri jer dari 4 siri..untuk Z/4 memang sukar nak dapat. kalau ader pun beribu ribu harganya. Jadi yang mampu dibeli cuma Z/1, Z/2 dan Z/3 jer. entah bila la nak dapat Z/4 untuk melengkapkan koleksi. Kualiti notes nie dalam F dan VF jer.

Selasa, 28 Julai 2009

RM 5 Freak


Notes RM5 nie takde tanda RM5 pada muka hadapan. Tandatangan zeti dan perkataan gabenur juga takde..tapi kalau kita lihat pada sudut yang berbeza,baru leh nampak..seperti yang terdapat pada gambar tu. Kualiti notes nie UNC. Tak pasti la mcm mana notes yang mcm nie leh lepas ke dalam edaran umum. Notes nie,aku beli dari sorang seller dari KL.

$1 1st Series Error Cutting


Notes nie cuma ader error cutting jer,so dalam kategori freak la..notes mcm nie aku ader 2 keping,tapi yang lagi satu tu..kualiti dalam VG jer..yang nie boleh dikatakan VF. Nak kata notes mcm nie rare atau tidak,tak pasti la pulak...yang pasti sukar gak nak dapat notes 1st series yang ader error nie..kalau series yang lain tu,tak pasti la pulak.

Isnin, 27 Julai 2009

British North Borneo $1 dolar 19XX


Notes nie merupakan koleksi aku yang paling istimewa sekali..notes nie dah memang dalam kategori RARE...sukar nak dapat notes nie.British North Borneo $1 dolar Tahun 19xx. Mmg notes nie takde catatan tarikh.Mengikut pandangan sorang seller dari Singapore,notes nie merupakan BLANK COPY. maksudnya notes nie selalu ader kat dalam bank,bila nak diedarkan barulah akan di cop tarikh nya. Mmg notes nie takde tarikh,dah check betul...no siri mmg ader cuma dah pudar,namun leh baca lagi. Saiz notes nie lak mmg besar 197 mm x 91 mm. Korang bayangkan la,berapa besar beg duit orang dulu dulu. Notes nie dalam kategori Fine. Mengikut tandatangan pada notes tersebut,boleh di katakan ia bertarikh 1910..dah hampir seratus tahun!! tapi tarikh sebenarnya mmg tak diketahui la..harga lak....susah nak cakap la...kalau ader duit pun,belum tentu leh jumpa notes yang macam nie..

Japanese Occupation $1000 Propaganda Issue




Notes Jepun nie merupakan salah satu koleksi kesayangan aku..notes nie mmg dah rare pun..susah nak dapat.harga sekeping pun dah leh cecah ribu ribu.aku pun ader sekeping jer..dapat dari seller kat kedah.kalau nak tau lebih lanjut pasai notes nie,leh baca kat standard catalogue of banknotes la.

British North Borneo $1 dolar 1940


Notes British North Borneo $1 dolar tahun 1940 nie,boleh dikatakan agak rare la juga. Harga paling murah leh dapat dalam RM500 sekeping untuk kualiti F. Notes yg aku ader nie,koyak agak banyak gak..dah beli mcm tu..tapi kertasnya masih lagi keras..

British North Borneo $1 dolar 1936

Notes British North Borneo $1 dolar 1936 merupakan notes yang biasanya agak mudah diperolehi. Kualiti notes nie dalam F jer.


Notes 50 cents British North Borneo


notes nie dikeluarkan pada tahun 1938.kualiti dalam VG jer.notes nie boleh dikatakan rare la juga.sukar nak dapatkan notes nie.nie pun aku dapat sekeping dari collector cina kat KL.

Selamat datang semua..

Ucapan selamat datang untuk semua..

saya mmg mmg tak pandai dan kreatif nak buat blog..so kalau blog nie tak cantik dan tersusun tu,maaf lah yer..tapi apa yang penting,kita semua dapat kongsi hobi mengumpul notes dan coin nie sama-sama.memang best,bila ader ramai collector melayu nie..at least boleh la kita bertukar pendapat atau apa saja melalui blog-blog nie..ok.thank
Related Posts with Thumbnails