Isnin, 31 Mei 2010

Syiling Lama Negeri Kedah, Tin Tra 1768



Duit syiling lama yang anda lihat ini ialah syiling yang digunakan dinegeri Kedah suatu masa dahulu. Ianya digelar Tin Tra. Duit syiling yang saya ada ini,kualitinya memang tak cantik,banyak kesan terhakis. Syiling ini diperbuat daripada timah,sebab itulah ianya senang terhakis. Pada bahagian depan coin ini tertulis "belanja kedah" dan bahagian belakang "darul aman sanat 1180". Syiling ini dikeluarkan pada tahun 1180H atau 1768M. Diameter 19 mm.
Syiling ini jika kualitinya masih lagi cantik,harga confirm akan beratus-ratus. Syiling ini agak sukar nak jumpa. Maybe boleh tengok kat muzium jer. Saya rasa bertuah coz dapat memiliki sekeping syiling lama negeri kedah ini. Maybe nanti nak pi jengok kat muzium kedah kot kot leh tengok coin yang lebih cantik dari yang saya ada ini. Coin ini saya beli dari sorang kolektor cina di Melaka.Koleksinya memang hebat.

Isnin, 24 Mei 2010

Telefon Bimbit Lama, Generasi ??






















Apa yang anda lihat ini adalah telefon bimbit yang pernah ada kat negara kita dulu. Mungkin ada diantara pembaca yang pernah melihat atau memiliki telefon bimbit jenis ini. Jika tak salah saya,mungkin ini merupakan antara generasi terawal telefon bimbit kat malaysia. saya dah try tanya kat pakcik google...tapi takde maklumat pun,tak jumpa kot. Dulu telefon bimbit kat malaysia bermula dengan nombor 010. Selalunya orang panggil ngan panggilan telefon atur. Jika para pembaca tarikh kat telefon tu. Ianya bertarikh bulan Mei 1988, jadi telefon ini telah pun berusia 22 tahun. Teknologi makin berkembang,dulu telefon bimbit,bukan setakat leh baling anjing.Gajah pun leh mati..hehehehehe. Selalunya telefon bimbit nie diletakkan di atas kereta coz ianya menggunakan elektrik yang banyak kot. Ianya ada mempunyai arial yang agak panjang,tapi yang saya punya ini dah hilang entah ke mana. Jika ada pembaca yang mempunyai sebarang maklumat,leh la kongsi ngan saya. Rasanya harga telefon ini waktu dulu,memang agak mahal.Berapa harga sebenar,saya pun tak tau la..ada sapa sapa yang tahu tak??

Selasa, 18 Mei 2010

Duit $1 Z/1 Siri Ke 3 ( Wang Gantian)



Wang ini merupakan wang gantian @ replacement notes siri ke 3. Gabenor Tun Ismail Mohamed Ali. Bermula dengan prifix Z/1,dan no siri pun cantik gak. Radar number. Duit nie agak sukar nak dapat. Harga yang saya bayar untuk duit ini agak mahal juga, hampir RM300.Kualiti duit nie dalam goodVF. Dulu ada sorang seller nak jual dalam harga bawah RM200,tapi tak sempat nak beli.Ada buyer lain dah sambar,so terlepas la..jadi bila dah jumpa semula..kena beli gak la. Lagipun duit ini agak sukar juga nak jumpa kat pasaran. Jarang-jarang muncul.

Isnin, 10 Mei 2010

Duit $100 Z/1 Siri Ke 2 (Wang Gantian)




Apa yang anda lihat ini ialah wang gantian $100 siri ke 2 prefix bermula dengan Z/1. Boleh dikatakan yang wang dari siri ini agak rare. kalau ader pun,confirm harga lebih dari Rm1000 ke atas. Memang agak sukar nak dapat yang murah la. Tapi yang menariknya duit ini saya perolehi dengan harga cuma RM500 jer...memang murah kan..mana nak cari harga semurah ni.kalau tgk dalam ebay malaysia pun,harga dalam RM1500 kot.dah rezeki saya nak dapat murah.Tapi ini semua adalah hasil bantuan dan pertolongan dari Cik Putri.dialah yang tolong dapatkan duit ini untuk saya.Ramai gak buyer yang nakkan duit ini,tapi Cik Putri yang berjaya membelinya.Tima kasih Cik Putri.Kualiti leh dikatakan Fine.
Lepas ni kalo ader modal nak cari replacement yang lain lak.Tapi kadang-kadang tu,harga mahal bebenor.So kalau nak cari yang murah,kena sabar menunggu la. Rasanya tak ramai collector yang dok kumpul wang gantian ini,harga agak mahal dan sukar nak cari. Kalau wang gantian yang baru,masih lagi ok la,.harga tak mahal lagi..cuma nak tau gak harga untuk RM1 ZAA zetty nie,katanya harga akan naik giler2..so kena la dapatkan gak sekeping dua...hehehehehe.Jadi kalo ada sesiapa yang nak jual duit gantian nie,leh la hubungi saya yer.ok.

Isnin, 3 Mei 2010

Cocos Keeling Island Token 25 cents




Token atau coin yang anda lihat ini digunakan di Pulau Cocos. Ianya dikeluarkan pada tahun 1913 oleh John Sidney. Clunies Ross. Tuan punya pulau tersebut. Token ini digunakan untuk pembayaran gaji para pekerja. Saiz ukuran token ini 25mm x 25mm dan nilainya 25 cents.Berat cuma 1.40 grammes.keluaran yg agak sedikit cuma 5000 keping jer.Ianya diperbuat dari tulang atau GADING GAJAH...memang menarik. No siri mintage ada kat sebelah atas huruf C.25 tu.jadi token ini keluaran yang ke 4178.

Token ini memang dalam kategori RARE.Kalau tengok harga kat katalog K.N Boon.Memang dah agak mahal..tu harga kat katalog,kalau harga kat pasaran lagi mahal.Sepanjang saya jadi kolektor dah lebih 3 tahun,belum pernah lagi jumpa token ini kat lelong.mudah atau ebay malaysia. so jadi token ini memang sukar nak jumpa,mintage pun terhad cuma 5000 keping jer.Cuma sayang skit jer,token yg saya ada nie berlubang skit.tapi kiranya ok la,tetap ada gak dari takde langsung.
Related Posts with Thumbnails