Isnin, 26 Julai 2010

Syiling Lama Kerajaan Johor Katun



Ini adalah antara koleksi duit johor katun(cash) yang ada dalam simpanan saya. Mengikut buku Saran Singh ianya dikelaskan dalam Group D-Octatogal Class IIX ( small coins. Inscription on observe and reverse.
Berikut adalah maklumat yang boleh diperolehi melalui katalog Saran Singh.
Observe and reverse : In arabic "Malik Al Adil" (The just Ruler)
Edge: Plain
Weight: 0.94 grammes (average)
Diameter : 15 - 18mm
Composition : Tin
SS 37
Mengikut katalog Saran Singh, coin ini diberi kan penarafan sebagai RR @ very rare. Namun saya memohon maaf jika apa yg saya nyatakan ini tidak betul kerana agak sukar nak kelaskan duit ini walaupun saya mempunyai katalog. Agak sukar nak pastikan identiti sebenar coin lama lama nie..Jika salah,mohon diperbetulkan.

Isnin, 19 Julai 2010

Syiling Lama Kerajaan Johor Katun Pusat



Syiling yang ada lihat ini ialah syiling lama kerajaan Johor. Ianya berbentuk haxagon,jika ikut katalog Saran Singh. Ia dari kumpulan C, dari kelas V. Ini merupakan maklumat yang diperolehi dari katalaog tersebut.
Observe : A large central dot,sometimes alone and on other surrounded by further dots or a
circle.
Reverse : Usually blank,but some show faint markings or small dots.
Edge : Plain
weight : 1.09 grammes (average)
Diameter : 16 - 17 mm
Composition : Tin (Hexagonal)
Saya mempunyai banyak lagi koleski syiling syiling lama yang belum diterbitkan ke dalam blog lagi. Jadi nanti saya akan berkongsi dengan pembaca semua. Lagipun kalau nak kumpul coin2 lama nie kena ada rujukan yang lengkap.Jika tidak agak sukar nak kenal pasti identiti syiling tersebut. Minggu lepas saya antar sms kepada sorang seller. Dia nak jual syiling lama negeri Kelantan,tapi dia tak tau identiti sebenar syiling tersebut. Dia kata syiling itu dari Arab dan berusia ratusan tahun..yang sebenarnya coin tu dalam tak sampai seratus tahun pun..tapi dah tarikh kat syiling itu menunjukkan tahun hijrah..memang beratus tahun pun la..hehehehehe..
syiling itu dijual kepada sorang buyer dengan harga RM400...memang mahal betui,sedangkan harganya dalam RM70 jer...itu harga kalo saya nak beli la...jadi saper yang rugi dalam hal ini..fikir fikirkan lah.....Moralnya,jika nak beli syiling yang tak pasti tu,kena la ada sikit ilmu..kalau tak nanti rugi..

Isnin, 12 Julai 2010

Syiling 50 sen "DOT" 1988






Apa yang anda lihat ini ialah duit syiling 50 sen yang ada "dot" kat atas bangunan parlimen..anda boleh lihat dengan jelas 'dot' tersebut. Kualiti coin ini choice uncirculated. Luster masih lagi bersinar sinar. Harga coin ini saya dah lupa la berapa..dah lama beli kat Prof007. Macam mana ada dot tu maybe ada sedikit kecacatan pada acuan duit syiling tu kot..agak agak la..saya nie tak berapa reti sangat..mungkin ada sahabat lain yang boleh bantu.

Selasa, 6 Julai 2010

Suria Apartment @ Bukit Merah Laketown Resort

Salam semua..kali nie nak tukar citer skit,ye lah dok asyik citer pasai duit lama dan syiling jer..so kali nie nak entry kisah selingan skit. Cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga pergi bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort. Tentu ada diantara pembaca yang pernah pergi kan. Kalau ikutkan tu malas nak pergi bercuti,keje kat ofis berlambak.Tapi bila terkenangkan pujukan isteri supaya bawa anak anak pergi bercuti..so aku terpaksa akur la...hehehehehe...bukan takut bini tau!! tapi kesian kat anak anak,last pergi bercuti kat Pulau Langkawi bulan 4 tahun lepas. Dah lama tu. So gambar kat atas gambar family saya la..ada 3 org anak,yang sulong lelaki dan ke 2 dan ke 3, perempuan. Kat sana kami sewa kat Suria Apartment, harga sewa ok la juga..ambik bilik besar.Harga untuk 2 malam dalam RM540 kot. Suria apartment nie,kalau lalu kat highway tu dah leh nampak..memang kat sebelah highway.Kat belakang R&R Bukit Semanggol.
Tengah melayan anak anak mandi manda.

Anak yang kecik sekali baru 3 bulan lebih.Kami dalam waterpark ini,aku sewa Cabana atau mcm wakaf la.Harga agak mahal skit la,minimum sewa 3 jam.1 jam diaorang charge RM20..so min RM60 la,tapi aku sewa dalam 4 jam.Tapi kena letak deposit dulu RM100. walaupun mahal,memang berbaloi kalau nak selesa.memang privacy,ada kipas,loker berkunci,kerusi.So memang selesa untuk mereka yang bawa family,biarlah abis duit skit,janji family happy. Sebelum nie aku asyik do abiskan duit untuk beli coin dan duit kertas lama jer,so kali nie kena le perabiskan untuk family lak..hehehehehhe


Tengok anak aku mandi sambil mencuci mata..awek ramai la..hehehehehhe..kalau nak best lagi leh naik skychair kot,,dah lupa la namanya.Korang leh nampak la,orang yang naik kerusi kabel warna hijau tu..leh tgk pemandangan dari atas.



Anak aku yang sulong,tengah buat aksi otromen la tu..


Anak aku yang no 2.




Kolam renang kat Suria Apartment. kat sebelah kiri adalah R&R Bukit Semanggol.So kalau nak makan sedap leh la pi makan kat situ. Ada jalan belakang,tak jauh pun tak sampai 5 minit naik kereta. Bukan apa kalau katR&R banyak skit pilihan makanan,aku lak suka makan ikan patin masak tempoyak..memang sedap betui,kalau mertua lalu belakang memang tak sedar la. Tapi kalau nak sedap lagi,kena ke R&R Sungai Perak..kat sana lagi sedap..hehehehehehe..




Kolam mandi kat Suria Apartment nie memang besar. Sesuai la kalau nak menginap kat sini.Tambahan pulak anak aku suka mandi kolam.


anak kedua aku ngan aksinya.Mandi kolam sampai biru mulut..sejuk..dah la mandi waktu pagi,lepas sarapan.

Ni gambar pemandangan dari atas apartment tu.Aku dok kat tingkat lapan..so leh la menikmati pemandangan kat tasik merah. Tapi kalau nak lawat semua kat Bukit Merah nie,kena dok lama skit la.Coz pulau Orang Utan aku tak sempat pegi,anak aku mandi kolam lama sangat. So maybe lepas nie leh pegi sana lagi kot..memang sesuia untuk percutian keluarga,cuma harga makana kat dalam Water park tu memang mahal la..biasalah tempat tumpuan orang ramai.









Isnin, 5 Julai 2010

Syiling Kerajaan Johor Lama



Syiling ini merupakan syiling kerajaan Johor Lama atau lebih dikenali sebagai Katun. Ianya berbentuk hexagon. Kalau tak salah saya,mengikut katalog Saran singh ianya di label sebagai SS30. Kalau salah,maaflah.Kadang2 tu agak sukar nak kenal pasti identiti syiling lama lama nie coz coraknya dah makin haus di makan zaman. Ini adalah sedikit info tentang syiling tersebut.
Observe : In arabic "Haza al masruf" (This is petty money)
Reverse : In arabic "Dar al johora" (of city of johor)
weight: 1.71 grammes
Diameter : 18 -20 mm
Composition : Tin
Ianya dikategorikan sebagai Rare kat dalam katalog,pada masa sekarang ini.agak sukar nak jumpa coin2 lama nie..so kalau dah jumpa tu,memang wajib beli la.Itupun kalau harga tak mahal. Syiling ini harga saya beli tak mahal sangat,bawah RM50 jer sekeping.
Related Posts with Thumbnails