Khamis, 31 Disember 2009

RM 50 & RM 1 With Nice number


Notes yang saya siarkan kali nie...cuma menarik kerana mempunyai no siri yang menarik jer..tapi bukan radar number atau solid number. Notes nie pun terjumpa ketika dok tukar duit kat kedai,so bila dah jumpa tu..simpan je lah..apa nombor menarik tu,leh tgk sendiri kat imej yang terpapar tu lah..mungkin ader insan yang berminat ngan nombor tersebut..kalau nak beli tu,saya takde masalah untuk menjualnya...hehehehehe..

Isnin, 28 Disember 2009

British Armed Forces Voucher II


















Ini merupakan sambungan kepada rencana yang lalu..dulu tak sempat nak upload voucher 1 Pound nie..Voucher satu pound nie,bermula dari siri ke 2 hingga 4. Yang siri Pertama,saya takde lagi. Saya baru dapat tahu yang voucher ini digunakan di Jerman,Austria dan Jepun. Ianya digunakan sebagai gaji untuk askar. Voucher ini dicetak oleh Thomas De La Rue Company,London. Semua voucher ini kualitinya UNC.



Khamis, 24 Disember 2009

British Armed Forces Voucher

















British Armed Forces voucher nie saya beli dari sorang seller dari singapore beberapa tahun yang lalu. Semua voucher nie kualitinya UNC. Beli pun harga murah jer..ader lagi voucher 1 pound yang tak sempat nak upload..nanti saya akan uploadkan. Cuma nak citer banyak tentang voucher nie,saya pun takde ilmu..yang pasti ianya digunakan oleh askar british waktu nak beli makanan kat kantin dalam kem mereka.Kalau leh baca kat bahagian belakang voucher tu,ader keterangan sikit tentang rule nak guna voucher nie. Saya pun tak pasti sama ada voucher ini digunakan di Malaysia atau tak.Mungkin ader member yang ader ilmu leh kongsi kongsi skit. Kalau tgk kat dalam katalog pun takde citer pasai voucher nie. Voucher ini,tak la rare sangat. Dulu saya beli pun harga dalam RM20 jer untuk 7 keping,murahkan...hehehehehe




Selasa, 22 Disember 2009

Coin Kompeni India Timur Belanda




Coin nie rasanya digunakan waktu zaman Benlanda kat Melaka dulu..kalau tak silap la..VOC tu bermaksud Vereenigde Oost-Indische Compagnie. kualiti coin nie tak ler elok sangat,maklumlah ianya dah pun berusia ratusan tahun. Sebenarnya saya pun tak tau nak citer apa lagi tentang coin nie,coz ilmu tentang coin lama lama,tak banyak sangat la. kalau ader yang leh kongsi tu, harap harap sudilah berkongsi ngan saya nie. Harga tak mahal sangat coin nie, bawah RM50 jer.

Isnin, 21 Disember 2009

Book Paper Currency of Malaysia






Buku ini saya beli kat sorang seller dari Singapore. Ia diterbitkan pada tahun 1971,keluaran Muzium Negara Malaysia.Ada beberapa siri buku yang diterbitkan tapi saya cuma sempat beli 2 buah sahaja.Sebuah lagi masih lagi belum sampai.Harga buku ini pun tak la mahal sangat,dah buku second hand la katakan..Tapi buku nie agak menarik coz ader banyak citer tentang sejarah duit kat negara kita,so leh la tambah ilmu skit.Rasanya penulis buku nie kakitangan muzium negara kot,saya pun tak pasti. Sebagai pengumpul wang dan coin lama,kita memang la kena cari buku dan katalog untuk tambah ilmu. kalau tak,kita tak tahu menilai wang dan coin yang kita simpan tu.

Khamis, 17 Disember 2009

Estate Token



Yang nie adalah estate atau plantation token yang digunakan di Sumatera..BEGERPANG ESTATE SERDANG, 5 CENTS 1875. Token nie boleh dikatakan rare la juga coz sukar nak cari la nie..cuma harga setakat nie masih lagi murah la..cuma sukar nak diperolehi jer. Token nie digunakan sebagai gaji pekerja yg boleh ditukarkan ngan makanan rugi atau keperluan harian kat estate tu.Cuma setakat tu jer yg saya tau..tak pun anda leh tgk kat blog Sifu fazil,kat situ..ader banyak lagi la citer ttg token nie.

Rabu, 16 Disember 2009

Coin Sumatera



Coin nie kalau sekali pandang macam coin Penang Balemark..tapi yang membezakan ia adalah angka "7' tu..kalau coin penang balemark,angka tujuhnya ader iras-iras huruf "j" skit..
Coin ini adalah seangkatan ngan penang balemark,tapi ianya digunakan kat Sumatera.Info tentang coin ini,tak banyak yang saya tahu..kalau nak tau lebih banyak,kena la refer kat katalog Saran Singh.

Rabu, 2 Disember 2009

$1 1st Series Replacement Notes








Wang gantian siri Pertama ini dikeluarkan pada tahun 1967. Wang ini boleh dikategorikan sebagai Rare coz sukar nak dapatkan notes nie..harga pun agak mahal juga. Kualiti notes nie adalah VF. Cuma nominasi $1 jer yang mampu saya beli. Kalau nominasi $10 untuk wang gantian harganya mencecah ribuan ringgit. Memang tak mampu la. Pada masa kini wang gantian ini memang manjadi buruan para pengumpul wang lama nie, coz ianya sukar diperolehi dan harga akan naik pada setiap tahun.
Related Posts with Thumbnails