Isnin, 30 Ogos 2010

Penang Balemark Series 1786



Syiling yang ada lihat ini merupakan syiling yang pernah digunakan di Pulau Pinang suatu ketika dahulu.Syiling ini dalam kategori Rare.Harganya agak mahal,lebih mahal dari harga yang tercatat kat buku katalog. Kenapa syiling ini begitu mahal,kerana ianya sukar diperolehi dan jika ada,mungkin kualiti syiling tersebut tidak berapa cantik. Syiling ini diperbuat dari copper dan ianya mudah dioksidakan.Syiling ini juga menjadi buruan para kolektor diluar negara kerana nilai sejarahnya. Nilai syiling ini One Pice dan dikeluarkan pada tahun 1786.Ini adalalah sedikit maklumat yang boleh diperolehi dari buku katalog Saran Singh:
Observe: Within a double plain line circle with balemark of the United East India Company (VEIC)
Reverse :Blank
Weight: 14.25 - 15.55 grammes
Diameter: 29 mm
Composition: Copper (struck at The Calcutta Mint)
Harga yang saya beli untuk coin nie dalam RM250++,beli kat Bonden. Kualiti syiling nie saya leh katakan dalam gFine.

Isnin, 23 Ogos 2010

Malaya & British Borneo $10 Big A, Duit Kerbau Bajak 1961.








Wang yang anda lihat ini merupakan wang yang dikeluarkan pada tahun 1961.Sebelum ini saya telah pun post tentang wang ini sebanyak dua kali.Namun pada kali nie,ianya agak berbeza sedikit kerana pada kali nie prefix notes ini ialah BIG A. Bilangan notes Malaya dan British Borneo yang mempunyai prefix Big A adalah amat sedikit cetakannya. Jadi ianya dikatakan dalan kategori Rare. Harga sekeping pun agak mahal,yang paling murah pernah saya jumpa ialah RM700 sekeping untuk kualiti Fine atau gFine. Tapi notes yang anda lihat ini ada kesan koyak pada sebelah bawahnya,jadi saya dapat dengan harga yang murah,cuma RM280 jer..murah bukan..untung..untung..sebelum nie,saya pernah beli yang small "a" dengan harga RM200..jadi anda fikir fikirkan lah,betapa murahnya notes nie..memang sukar nak dapat dengan harga sedemikian rupa..inilah dikatakan rezeki. Buat masa nie,saya nak cari yang BIG B la pulak..tapi harga masih lagi ribu ribuan..mana la tau,kot2 ada rezeki jumpa yang ratus-ratus je.


Isnin, 16 Ogos 2010

syiling 10 Sen 1971 Rare



Syiling 10 sen tahun 1971 ini merupakan syiling yang paling mahal antara semua keluaran bagi syiling 10 sen. Ianya dikeluarkan sebanyak 30,000 ++ jer. Berbanding syiling dari tahun yang lain dimana jumlah ialah berjuta juta. Kenapa paling sedikit?? mengikut cerita pada tahun tersebut berlaku banjir besar kat Kuala Lumpur.Maka tempat dok cetak duit tu,mengalami masalah,maybe mesin yang dok cetak duit itu rosak kot..so cetakan pada tahun tersebut adalah amat sedikit sekali. Syiling yang saya tunjuk ini kualiti UNC. Sekarang harga coin ini amat mahal,dalam RM250 -RM300 sekeping.
Sebelum ini saya penah nak beli daripada beberapa orang seller kat Mudah.Tapi harga yang meraka tawarkan adalah tidak munasabah langsung la..harga sekeping mencecah ribuan ringgit.Jadi bila saya tanya kenapa harga mahal sangat,bermacam macam cerita mereka bagi tau kat saya..jadi saya mengiakan jelah..malas nak cakap banyak,walaupun saya tahu cerita sebenarnya.

Isnin, 9 Ogos 2010

Minor Error $1 6th Series RN






Apa yang anda lihat ini adalah duit yang mempunyai lebihan kertas pada salah satu hujung. Disebabkan lebihan kertas tu agak sikit jer,so kiranya minor error lah. Wang satu ringgit ini merupakan siri ke 6 yang ditandatangani oleh gabenor Tan Sri Dato Jaafar Hassan. Minor error ini boleh dilihat pada ke empat empat keping,running number lak tu.Memang sukar nak dapat kalau error yang mempunyai no siri berturut turut (RN). So leh katakan untuk dapat wang yang macam nie agak jarang la juga.
Wang ini saya beli dari Lunaticg..harga tak mahal sangat,lagipun dan lama saya dok berurusan ngan dia.So dapat harga special la juga..hehehehehe..Kualiti duit ini dalam aUNC coz ada kesan lipatan skit pada bahagian yang error tu.

Isnin, 2 Ogos 2010

Token Lama Eong Hong 1891



Ini merupakan token lama yang digunaka di Indonesia pada tahun 1891. Area mana tu saya tak pasti lah.Token ini digunakan sebagai upah atau gaji bagi buruh buruh yang bekerja di ladang pada ketika itu. Nilai token ini 10 cents. Ada tulisan cina,dan saya pun tak faham apa yang ditulis tu. Kualiti token ini masih lagi cantik, harga pun tak mahal sangat. Ada bermacam macam jenis token,dan kadang kala agar sukar gak la nak jumpa token nie.
Related Posts with Thumbnails