Khamis, 28 Februari 2013

Kupon Getah Sarawak 1 Pikul 30 Sept 1941





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry kali ini nak bercerita tentang kupon getah lagi.Maaflah jika ada pembaca yang berasa bosan,ye lah...asyik-asyik cerita kupon getah jer..takde citer lain ker?? Insyaallah lepas nie saya akan masukkan entry notes yang rare rare lak..Kupon getah Sarawak ini yang menariknya cuma pada tarikhnya sahaja, 30 September 1941.Oleh kerana tarikh itulah yang membuatkan kupon ini dicari cari oleh para kolektor kupon getah.Tarikh termasuk dalam kategori rare date la juga.Tapi biasanya harga kupon ini tak la mahal mana pun.Cuma kesukaran nak cari tarikh tarikh yang tertentu sahaja.Kupon getah Sarawak pada masa kini masih lagi mudah di dapati kat laman jualan di internet.Kat ebay malaysia atau pun kat mudah.Jadi sementara ianya masih mudah diperolehi,tak rugi untuk mengumpulnya.

Ahad, 24 Februari 2013

Kupang Kijang Kelantan Replika



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Entry kali ini biasa jer..Coin kupang kijang emas replika..Coin ini saya beli sewaktu pergi bercuti ngan family kat KL.So pagi Sabtu tu sempat la ke Amcorp Mall,tu pun pergi sekejap jer kerana dah janji nak ke Sunway Lagoon ngan anak-anak saya. Rasanya cuma lepak kat situ sejam jer.Tak banyak yang sempat saya beli lagi hari sabtu,seller pun tak ramai sangat.Jadi sebagai buah tangan,saya beli replika kupang kijang kelantan nie.Mampu beli yang replika jer yang original tu....insyaallah akan menyusul kemudian..beli yang replika buat denak dulu..hehehehehe..nanti mana tau,kot-kot ada rezeki dapat menjerat seekor kijang kelantan yang original..hehehehe...harga coin replika nie murah jer,kalau tak salah la RM70 kot..saya pun dah lupa la.

Selasa, 19 Februari 2013

Kupon Getah FMS 5 Pikul




Assalamualaikum dan salam sejahtera..entry kali ini kisahnya tentang kupon getah lagi.Rasanya bulan Februari ini saya akan masukkan entry tentang koleksi kupon getah@rubber coupon yang ada dalam simpanan saya. Kupon ini untuk eksport getah kering sebanyak 5 pikul atau lebih kurang 300 kilogram. Kupon ini bertarikh 31 Disember 1941.Jika kita tengok pada no siri kupon ini,ada lebih dari 76,000 keping kupon ini telah dicetak.tapi yang menghairankan,kenapa terlalu sukar nak jumpa kupon ini kat luar..adalah kupon-kupon ini semua telah musnah ketika perang Dunia Ke 2 ??? entahlah,saya sendiri pun tak dapat memberikan jawapan yang tepat..ini cuma spekulasi jer.Kualiti kupon ini boleh dikatakan EF..masih lagi cantik.Tapi kupon getah yang nilai muka 5 Pikul memang sukar untuk dijumpai pada masa kini.Jika ada pun,harganya agak mahal juga.

Rabu, 13 Februari 2013

Menimba Telaga aka Tangkap Ikan Darat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Saya ucapkan terima kasih kerana anda semua telah menyokong dan sudi membaca nukilan saya yang tak seberapa ini. Kali ini saya takkan bercerita tentang wang lama.Nak offtopic jap tentang wang lama ini. Kali ini nak citer tentang aktiviti yang menjadi sebahagian dari hidup saya. Mungkin ramai yang tak kenal siapa sebenarnya saya ini.Member kat facebook pun hanya beberapa orang sahaja yang pernah berjumpa dengan saya.Itu pun ada yang sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengan saya ini.Saya ini cuma sorang budak kampung jer,tak lebih dari itu. So kali ini saya akan ceritakan tentang diri saya skit. Bila para pembaca tengok tajuk tu,mungkin tertanya tanya la...apa yang saya nak ceritakan kali ini...pada ketika ini kat negeri Perlis dan Kedah merupakan musim Timur atau pun lebih dikenali dengan musim kemarau.Tapi kena panggil musim Timur lak? ini kerana waktu ini,angin bertiup dari arah timur..angin yang agak kencang.Pada musim ini,kadar hujan amat sedikit jer.Jadi sawah akan kering kontang.Pada waktu inilah padi akan dituai.Lepas tu akan berlakulah pembakaran jerami secara besar besaran..heheheheheheh...kadang-kadang tu akan menyebabkan berlaku kebakaran jerami padi yang tidak terkawal..maka kesian lah pada pakcik pakcik bomba nak kawal kebakaran tu.Bila sawah dah kering,maka waktu ini lah aktiviti menimba telaga akan dilaksanakan. Mungkin ada yang akan panggil kolam.Tapi kat sebelah kampung saya ini dipanggil telaga.Mungkin kerana telaga ini dikorek pada bahagian tepi sawah.Jadi bila air sawah kering,semua ikan ikan akan mencari kawasan yang masih lagi berair.Maka semua ikan ikan itu akan  berkumpul kat dalam telaga tu.

Telaga ini bentuknya seakan akan kolam la juga..tapi ada gak yang bentuknya bulat.Tapi telaga warisan keluarga saya ini bentuknya empat segi.Telaga ini milik arwah nenek saya.Jika tak salah,telaga ini dah dikorek sejak saya kat sekolah rendah lagi.Tapi dah tak ingat waktu darjah berapa tapi rasanya waktu tahap 2.Sejak dari itulah,saya tak pernah ketinggalan untuk bersama sama tangkap ikan darat waktu menimba telaga nie.Memang syok giler walaupun penat. Tapi telaga ini semakin lama semakin cetek.Anda boleh tengok gambar kat bawah nanti.Dulu telaga ini dalam,tapi oleh kerana berlakunya tanah runtuh dan pemendapan lumpur.Maka telaga ini makin cetek. Tapi kalau anda nak turun dalam telaga ini,kerana kuat semangat skit.Keleboq atau lumpurnya amat dalam,hampir paras pinggang la juga..itu yang seksa tu.So kalau nak tangkap ikan tu,kena buang dulu lanyau ataupun lumpur yang amat lembik.Ikan yang dapat tu agak banyak juga.Tapi bukan ikan yang saya nak,tapi keseronokan menangkap ikan tu..itulah yang paling best.

Cuma disebalik aktiviti menimba telaga ini,ada pengajaran buat diri saya sendiri.Sekurang kurangnya saya tahu bahawa saya ini asalnya cuma seorang budak kampung.Yang bergelumang dengan sawah padi,sungai,ikan darat dan sebagainya.Jadi walaupun setinggi mana pangkat atau kedudukan yang saya perolehi,saya tak boleh lupa yang saya ini asalnya budak kampung.Maka tak boleh la nak berlagak sombong ngan orang lain.Ye lah,bila dok dalam lumpur yang hampir paras pinggang.Nanti bau badan akan berbau macam lumpur la.Walaupun mandi sabun 4 atau 5 kali.Bau lumpur itu takkan hilang.Lazimnya ambik masa sehari dua gak la baru la akan hilang sepenuhnya.Bila tangkap ikan itu,memang satu badan akan terpalit ngan lumpur la...hehehehehehe
 Ikan keli yang berjaya ditangkap pada kali ini..Ikan keli ini kalau buat ikan kering memang sedap.Tapi jemur tu jangan bagi kering sepenuhnya.Kena bagi ada lembap lembap skit..goreng ikan keli kering,makan dengan pulut campur kelapa parut....perghhhhh..memang sedap tak terkata..hehehehehe
 Ikan puyu yang berjaya ditangkap,saiz memang besar.Kalau orang kampung kata saiz tiga jari orang dewasa.Ini ikan puyu padang bukan ikan puyu bela.Ikan puyu bela saiznya memang besar besar.Tapi isinya tak masin coz makan dedak.Ikan puyu padang ini makan cari sendiri..kalau ikan puyu saiz besar macam ini,bakar bara memang sedap.Tapi bakar atau panggang ngan sabut kelapa la..bukan ngan arang.Memang ada kelainan jika panggang ikan guna sabut kelapa atau dengan arang.Guna sabut kelapa lagi terbaikkk...
 Cuma kali ini,tak banyak ikan puyu yang diperolehi.Mungkin kerana ramai sangat orang yang dok memancing kat telaga arwah nenek saya ini.Lagipun makcik saya tak kisah sangat kalau ada orang nak mancing,rezeki tu Allah yang kasi..so kalau nak mancing tu,sila lah..jangan letak pukat dah la...heheheheh
 Inilah telaga arwah nenek saya tu...dah macam kolam la..dulu memang dalam sangat.Tapi sekarang dah makin cetek.Kalau nak buang semua lumpur tu kena guna excavator la..kalau guna backhoe memang tak boleh..
 Suasana kat tepi telaga tu.semuanya yang datang tu ada hubungan kekeluargaan.So paling kurang pun boleh eratkan tali persaudaraan.Makanan dan minuman panas dan sejuk memang disediakan.Cuma kena pejam mata la skit..Biasalah,tangan dan disaluti ngan lumpur..main basuh macam tu jer..sabun memang takde..lepas basuh ala kadar..terus jamah makanan....bukan aku sorang jer yang kotor...hampir semua yang hadir kotor ngan lumpur..tapi biasalah,budak kampung..ada kukisah!! hehehehehehe
 Keleboq@lumpur ini dikaut guna backhoe..mudah la skit keje keja nak tangkap ikan.Backhoe kaut sekali ngan ikan,so tangkap ikan kat atas darat jer....hehehehe...memang mudah..
                                          Kalau anda lapar,boleh makan atau minum dulu..
 Gambar kat atas dan beberapa gambar kat bawah ini,merupakan aktiviti bedaq@membahagikan ikan ikan yang diperolehi.Ikan yang biasanya ditangkap, ikan haruan,ikan keli,ikan puyu,ikan sepat buta,ikan selat (macam ikan belida), ikan sepat benua.





 Lihatlah betapa besarnya ikan haruan yang dapat ditangkap ini.Tengok saiz cawan polistren tu dah la.Ada antara ikan haruan ini,beratnya lebih dari 1 kilo.Ada diantara ikan haruan yang besar besar ini saya tangkap sendiri dengan tangan kosong jer.Cuma risiko bila terjun dalam telaga nak tangkap ikan tu.Tangan atau kaki akan luka-luka la..Ye lah,tangkap ikan ngan tangan kosong dan berkaki ayam jer kat dalam telaga tu..mana tak cedera.Kali ini tanganku kena sengat ikan keli..darah bercucuran..tapi biasalah tu..walaupun ketika dok menaip entry ini,Tapak tangan ku masih lagi terasa sakit.Telan ubat tahan sakit je lah..hehehehehe.
Rasanya hanya setakat itulah saja citer saya pada kali ini.Kalau ikutkan hati tu,ada banyak lagi yang nak ceritakan.Insyaallah kita akan bersambung di lain kali.Wassalam..


Selasa, 5 Februari 2013

Malaya and British Borneo $10 Dollar Big B aka Duit Kerbau





Assalamualaikum semua.Dikesempatan yang agak singkat ini saya cuba juga untuk update blog saya ini.Kalau boleh tu,setiap minggu saya akan update blog ini,harap harap berhasillah. Duit Malaya and British Borneo ini lazimnya para kolektor gelar duit ini duit kerbau.Kenapa duit kerbau,tentu para pembaca dah boleh agakkan.Rasanya tak perlulah saya bercerita pangjang lagi.Duit kerbau ini ada 3 variety iaitu A kecil, A besar dan B besar. Yang paling sukar nak dapat ialah B besar seperti kat dalam gambar tu.Duit ini saya perolehi dari sahabat baik saya dari Johor. Harganya boleh tahan juga la..dah barang baik.Kenapa sukar nak dapat?? Prefix B besar ini cuma bermula dari B/1 hingga B/6 jer. Sebab tu lah harga agak mahal jika nak dibandingkan dengan A kecik dan A besar.
Rasanya hanya setakat itu jer info yang saya boleh berikan pada para pembaca.Saya ini masih lagi kurang ilmu tentang dunia numismatik ini.Banyak lagi yang saya kena belajar.Salah satu hobi saya ialah beli buku katalog auction dan buku tentang wang lama ini.Kalau nak jadi seorang kolektor yang berilmu,bukan setakat hanya beli buku katalog harga yang ada kat pasaran jer. Banyak lagi yang nak kena beli.Paling mudah ialah berguru dengan mereka yang lebih arif.Saya ini,jika ada yang bertanya tentang duit syiling,memang saya tak tahu.Ilmu saya terlalu kurang,banyak lagi yang perlu saya belajar.Saya ini seorang pengumpul tegar,tapi bukan otai tentang duit lama ini.Saya selalu juga rujuk kepada mereka yang pakar jika saya tak tahu tentang sesuatu.Tak perlulah kita malu mengakuinya jika kita tak tahu..jangan nanti jadi bodoh sombong..tak elok tu..hehehehehehehe..
Related Posts with Thumbnails