Isnin, 22 Februari 2010

Duit RM50 Error??



Duit RM50 nie nak kata ader error pun tak pasti la..tapi kalau anda tengok pada no sirinya. Ada beberapa nombor dan huruf tidak kelihatan. Saya pun tak pasti samada ia hilang semasa cetakan atau pun disengajakan oleh pihak tertentu. Yang saya tau,jika terdapat duit di dalam poket seluar semasa kita membasuh baju menggunakan mesin. Mmg ader cetakan yang akan hilang,tapi ianya pada keseluruhan duit tersebut. Ader satu artikel dalam blog,yang membicarakan tentang masalah ini. Saya lupa lak,maybe Lunaticg kot..citer ttg sorang mamat yang tertinggal duit didalam kocek. Dan didapati wang RM50 rekaan terbaru,luntur sama sekali.Tapi wang RM50 rekaan lama ,masih lagi elok.
Wang ini saya dapat ketika keluarkan duit dari ATM. So bila dah jumpa tu,simpan je lah. Jika ianya berlaku semasa cetakan wang tersebut. Leh dikatakan yang wang ini sukar diremui lah..coz beberapa no sirinya tiada..kalau ader pembaca yang ada idea ttg duit nie,leh la kongsi ngan saya.

Rabu, 17 Februari 2010

Duit RM50 Replacement

Wang gantian nie saya dapat waktu keluarkan duit kat ATM..ada prefix ZE dan ZF. So dah rezeki kan leh dapat dua keping wang gantian sekali gus..cuma la nie saya masih lagi takde prefix ZA,ZB dan ZC. Ada gak seller yg jual kat ebay malaysia. Tapi malas lak nak beli. Buat masa la,duit nie harga dalam pasaran tak mahal mana pun.. Yelah,masih dikira baru lagi. Maybe 10 atau 20 tahun lagi,baru la harga akan mencanak naik..jenuh la nak tunggu. Namun apa salahnya kita simpan waktu harga masih lagi murah. Bila harga dah naik nanti,tak pening kepala nak beli.

Jumaat, 12 Februari 2010

Syiling Yassin




Duit syiling Yassin nie saya pun tak pasti sama ada ianya Original atau Palsu. Mungkin ianya diperbuat dari campuran tembaga kerana warna yang seakan akan warna tembaga. Apa kegunaan coin ini pun saya tak pasti..mungkin leh dijadikan ibu duit.
syiling yang ader gambar objek macam lembaga tu pun saya tak pasti akan Ketulenannya. Mungkin ianya diperbuat dari timah coz ianya agak lembut. Kegunaan coin ini pun saya tak pasti.
kedua dua coin ini telah saya simpan lebih dari 8 tahun. saya beli dari penjual ubat tradisional. Rasanya saya akan jual ke dua dua syiling nie coz dah malas nak simpan. So kalau ader yang berminat nak beli,bg tau la..Lepas saya nak list kat mudah lak..kat sana tentu ader yg berminat nak beli sduit syiling nie.

Khamis, 11 Februari 2010

Duit Kerbau Bajak $10 1961



Duit nie selalu org kata duit kerbau bajak. Sebelum nie saya dah pun buat catatan ttg notes nie.Tapi notes yg saya ader tu,ader lubang lubang. Jadi duit nie adalah nak upgrade duit yang dah ada tu. Duit nie saya beli dari sorang seller dari Kelantan. Pada mulanya harga buka duit nie agak mahal la juga,dan saya pun tak nak beli. so saya tawarkan la harga yang agak murah untuk duit tu.Pada mulanya saya rasa seller tu takkan setuju nak jual dengan harga tersebut. Tapi pada keesokkan harinya seller antar sms dan setuju nak jual pada harga tersebut...so dah rezeki la tu..maka tak berlengah saya pun buat la pembayaran kat seller tu. berapa harga jual,biarlah rahsia. tapi memang murah..hehehehehe. Duit yang lama tu,tak pasti lagi nak simpan atau nak jual..kena fikir dulu la...
Tentu ada pembaca pernah tgk duit yang sama,cuma nilainya adalah $1 dolar..duit tu ada warna merah dan biru..tahun 1961 gak. yang sebenarnya duit tu tak wujud la. Cuma ianya digunakan untuk upacara tertentu..dengan kata lain, ibu duit la...hehehehehe..harga pun agak mahal gak..tapi kalau ada pembaca nak beli untuk disimpan sebagai kenangan,apa salahnya.

Khamis, 4 Februari 2010

Estate Token III



Token ini merupakan yang terakhir saya ader..kalau ader rezeki leh la beli lagi. Kat muka depan token ni tercatat " ONDERNEMING RUBBER VAN BOHORQ' bernilai 1 Dollar, dikeluarkan pada tahun 1897. ianya diperbuat dari Tembaga. Yang tulisan cina tu saya tak pasti apa maksudnya, mungkin ada yang boleh bantu kot. tapi segala token token ini memang takde dalam katalog,so pasai harga ini kena ikut kemampuan la..kalau ada yang rasa terlalu mahal tu..tak perlulah beli..token ini nak kata rare tu,saya pun tak pasti la..tapi agak sukar gak nak jumpa.
Related Posts with Thumbnails