Jumaat, 29 Januari 2010

Estate Token II



Apa yang anda lihat ini adalah sambungan kepada citer saya tempoh hari. Ini merupakan salah satu token ladang yang ada pada saya. Pada bahagian hadapan tercatat " DISKIE ESTATE 1 Dolar 1887" yang tulisan cina tu,saya tak tau apa maksudnya. kalau ada yang tahu tu leh la kita kongsi bersama. Kalau tak salah,token ini diperbuat dari tembaga. Kat bahagian belakang,plain jer. saya masih ada lagi satu token..minggu depan saya akan upload lagi. Token ni digunakan di sumatera,gunanya sabagai gaji pekerja ladang. Ladang apa tu saya tak pasti la..ladang getah kot.waktu zaman belanda. token nie nak kata rare pun...saya kurang pasti..tapi sukar gak nak dapat..harga saya dapat nie murah jer dalam RM40 jer sekeping.

Isnin, 25 Januari 2010

Duit $10 Siri Ke 3 Cutting Error


Wang kertas $10 siri ke 3 nie terdapat kesilapan pada percetakkannya. Anda semua boleh tengok kat muka hadapan tu,cetakkannya tak betul betul center. Sebelum nie saya cuma ada duit $1 yang cutting error jer. Notes nie saya beli kat sorang seller dari Penang rasanya,lupa la pulak. Kualitinya boleh dikatakan F. Cuma ader kesan lipatan..

Khamis, 21 Januari 2010

Coin Penang



Syiling merupakan dari jenis Coat Of Arms series-East India Company. Dikeluarkan pada tahun 1810 sebanyak 1,720,320 keping. Nilainya half cent (half pice). Coin yang saya ada nie,kualitinya rendah skit,dan harga beli pun agak murah la juga. Dulu saya penah deal ngan sorang seller dari penang, dia nak jual coin yang sama..tapi harga yg si seller tu tawarkan mahal giler..ader ker kualiti dalam gF harga sampai mencecah ribuan ringgit!! alasannya coin nie dah berusia ratusan tahun..so saya pun apa lagi,cakaplah tima kasih coz tak mampu nak beli...hehehehehe..Coin nie nak kata rare tu, tak la rare sangat. Pada pendapat saya la..kalau sahabat tgk kat ebay malaysia,ader sorang seller yg jual coin penang nie..kualiti mcm saya gak la..leh buy it now harga dalam RM80 rasanya.

Selasa, 12 Januari 2010

Coin Terengganu






Duit syiling yang anda lihat ni adalah syiling emergency issue Sultan Badrul Alam Shah,tahun 1920 rasanya.. Coin yang saya ada ini diperbuat daripada timah.So kualiti yang ada nie,mmg tak elok la. Coz bila diperbuat daripada timah,ianya senang rosak. sebelum ini,saya ada tanya sorang seller dari terengganu,dia ader sekeping coin nie.Bila tanya harga nak jual,memang terkejut giler. Katanya dia dapat coin tersebut dengan menukarnya dengan 60 keping Silver Trade Dolar. Harga sekeping silver trade dolar paling murah pun dalam RM150..so sahabat2 darabkan la dengan 60..mahal betui!!! tapi coin yang saya dapat nie memang murah,hanya RM70 jer..untuk rare item mcm nie..hehehehehe..memang berbaloi. Coin nie mmg sukar nak dapat,seller tu bg tau yang dia ader beratus jenis coin..tapi cuma ader satu jer coin terengganu nie,,so mmg rare item la. Gambar kat bawah tu adalah 'dies' yang digunakan untuk membuat coin tersebut. Coin yang saya ader tu dah kurang jelas.
saya agak hairan dengan harga coin nie,kelmarin (21/01/10) saya ader sms sorang seller dari terengganu. Dia nak jual coin yg sama..cuma kualiti cantik skit la. nak tahu berapa harga dia letak?? RM5000...perghhhhhh...mcm tak percaya la pulak..katanya ader sorang buyer dari Singapore nak beli..dah tawar harga RM3500..tapi dia nak RM5K gak...hairan betui,naper harga coin nie mahal sangat!!!!

Isnin, 4 Januari 2010

Straits Settlements $1 Dolar 1906



Wang kertas ini merupakan wang kertas yang sangat jarang dan amat sukar untuk diperolehi. Oleh yang demikian ia diketegorikan sebagai VERY VERY RARE. Ia merupakan wang kertas $1 dolar yang pertama di keluarkan di Negeri-negeri Selat. Anda semua leh rujuk katalog yang ader, wang kertas dari Straits Settlements akan bermula ngan wang ini. Menerusi pembacaan saya dari buku Paper Currency Of Malaysia, keluaran Bank Negara. Notes ini mula dikeluarkan kerana pihak Inggeris pada ketika itu,risau akan kekurangan coin $1 dolar berikutan peningkatan harga perak di pasaran. Maka dengan itu,mereka telah mencetak wang kertas $1 dolar yang pertama untuk Negeri2 Selat.
Wang ini dicetak pada tarikh 1 September 1906, cetakkan oleh Thomas De La Rue. Cetakan warna hitan di atas kertas white cream. Notes ini tidak ada figure "1" pada kedua dua belah hadapannya. Anda semua boleh refer kat kataloh K.N Boon. Ianya ditandatangai oleh 3 orang iaitu E.L. Trochman, J.O. Anthonioz & G.J. Saunders.Cuba sahabat bayangkan,pada waktu nie..duit RM100 pun,cuma sorang jer gabenor yang sain. Tapi pada waktu dulu,ader 3 orang yang akan tandatangan pada notes tersebut. Ini menunjukkan bahawa betapa bernilainya wang pada ketika itu.
Mungkin ada diantara pembaca kurang puas hati kerana wang kertas ini dan pun koyak2 dan berlubang.Tapi wang ini berusia 103 tahun,so macam ini lah keadaan wang kertas yang telah diedarkan. Mana nak cari kalau nak kualiti UNC. Notes nie saya boleh katakan dalam kualiti VG.
Ada seorang blogger mengatakan notes nie "Crying Banknotes". kat dalam blog dia ader notes $1 dolar tahun 1909. Tu pun notesnya berlubang lubang gak. Harga notes nie,agak mahal juga.tapi berbaloi la coz ia merupakan notes yang amat sukar di perolehi. Dah 3 tahun saya kat dalam dunia numis nie,nielah kali pertama saya jumpa notes nie.
Notes nie saya perolehi dengan bantuan sifu Fazil. Kalau tanpa dia,tentu saya tak dapat nak beli notes nie.Jutaan terima kasih kat dia. Notes nie kami beli dari oversea. Fazil pun tak penah tengok duit nie secara berdepan..so kalau sifu dah kata mcm tu,memang sah la yg notes nie mmg betul very very rare..hehehehehehe...
Related Posts with Thumbnails