Isnin, 28 Jun 2010

RM 10 Wang Gantian RN



Wang gantian ini saya beli dari Sifu Fazil..sifu jual murah jer.Jika tak silap saya 4 keping RN Unc ini dengan harga cuma RM50 kot.Memang murah betui,sukar nak dapat harga yang semurah nie. Bagi sesetengah pengumpul,wang gantian ini memang menarik kerana bilangan keluaran yang agak sedikit berbanding prefix yang lain. Jika dilihat kat dalam katalog,harga wang gantian ini agak mahal berbanding wang lain. Bagi wang gantian untuk siri pertama hingga ke 4. Memang sukar nak cari,dan harga memang mahal. Adakalanya lebih mahal dari harga yang tercatat kat dalam katalog. Jika anda amati sendiri,agak sukar nak jumpa wang gantian ini dalam edaran biasa. Cuma kadang2 jer leh termasuk kat dompet kita.

Isnin, 21 Jun 2010

RM 50 Error Printing "shifted"





Apa yang menarik tentang duit ini ialah ader skit minor printing,dimana cetakannya agak ke bawah sedikit dari biasa. Para pembaca boleh tengok sendiri dan bandingkan dengan duit RM50 yang biasa. Tentu leh nampakkan!! yang bertambah menariknya,wang ini ialah wang gantian dan ada minor error lak..Tapi harga yang saya beli wang nie tak mahal pun...kalau tak dalah cuma RM70 kot. Kualiti UNC,beli kat sifu Fazil..thanks sifu!! Mana nak cari duit dengan harga yang sebegitu murah kan..Dulu ada sorang seller jual RM1 ZW ada shifted printing..harga RM100++.

Isnin, 14 Jun 2010

Wang Gantian RM1 Zetti ZAA



Apa yang anda lihat sekarang ialah wang gantian yang perfixnya ada 3 huruf, ZAA. Apa yang diberitahu oleh sahabat numis yang lain,dipercayai harga duit ini akan naik mendadak..harap betul lah telahan mereka itu coz harga nak beli dua keping wang gantian ini agak mahal juga.Cuma sayang sekali,ianya bukan running number..coz yg nombor 24 tu,orang bank dah rembat dulu..huhuhuhuhu..nak buat macam mana.
Wang ini saya dapat dari cik Putri,dia yang tolong dapatkan. Seller yang jual wang ini kat dia pun bagi tau,yang harga akan naik pada bulan Jun nanti.Waktu tu,dalam bulan 4 kalao tak salah la.Tapi la nie saya masih lagi tak tau berapa kah harga sebenar wang gantian ini. Mungkin kena tunggu katalong baru keluat kot,maybe leh semak harga kat dalam katalog tu. Tapi jarang gak leh jumpa seller yang jual wang gantian ini kat mana mana laman web..sebulan yang lalu ada la juga,tapi la nie dah tak jumpa la..adakah harga wang gantian ini akan naik mendadak ??? kita tunggu dah lihat je lah..

Ahad, 6 Jun 2010

Duit RM 5 Error ???







Sekilas pandang,anda akan mengatakan bahawa duit kertas ini ada kesilapan dalam cetakan.Itulah tanggapan saya,sewaktu mula mula memperolehi wang kertas ini.Wang ini saya perolehi ketika membeli barang kat pasar malam di Kangar. Memang menjadi kelaziman saya untuk membelek setiap keping wang kertas yg diperolehi ketika tukaran sebarang urusan. Malam tu,memang teruja coz dapat duit ini. Tapi hanya tengok sekilas pandang jer..so terus simpan kat dalam wallet. Nak belek lama lama,tak boleh la..kat pasar malam,orang ramai..

Jadi cepat cepat la balik ke rumah,dah tak sabar nak tengok semula wang tersebut.
Bila sampai kat umah,terus la ambik wang tersebut dan akhirnya saya ketawa sendirian...hehehehehe.."tipah tertipu"..huhuhuhu.. Tak sangka,ada gak insan yang sanggup tampal wang RM5 ini dengan wang RM5 yang lain..semata-mata untuk memastikan wang tersebut boleh digunakan untuk urusniaga. Ye lah,kalau dah kemaruk sangat pun,pergi la tukar kat bank..senang citer.Mungkin juga "mamat" ini terlalu kreatif.Tak perlu lah nak mengubahsuai wang kertas tu..Tapi inilah kali pertama saya jumpa wang sebegitu,namun wang ini saya simpan juga.sebagai tanda kenangan hehehehehehe



Related Posts with Thumbnails