Rabu, 25 November 2009

RM50 Polymer Commonwealth Games 1998





Duit polimer ini merupakan pemberian arwah datuk kepada saya. Duit sukan Komanvel ini dikeluarkan pada tahun 1998.Ianya dicetak sebanyak 500,000 keping,memang banyak betul. Harga kalau nak beli pada hari ni dalam lingkungan RM150. Notes yang saya ada ini,masih lagi cantik disimpan didalam folder.

Rabu, 18 November 2009

RM 50 12TH Series Special Edition



Notes RM50 nie merupakan koleksi yang agak istimewa. Ianya hanya dikeluarkan sebanyak 20,000 keping jer. Memang tarlalu sikit pengeluarannya,sebab tu lah harganya melambung tinggi ketika nie. Kalau anda tengok kat katalog KN Boon,harga untuk UNC adalah RM250. Notes nie didatangkan bersama folder yang cantik. No siri bermula dari AA 0000001 - AA 0020000. Saya dapat notes nie pun,coz atas pertolongan sifu Fazil..dialah yang belikan notes nie untuk saya. Dia pun ader sekeping gak,dan No siri kami berturutan. Sebagai tanda persahabatan antara Sifu dan anak murid..hehehehehe...

Isnin, 16 November 2009

Rm 10 Uncut





Notes bercantum Rm10 nie dikeluarkan sebanyak 20,000 keping. Harga kalau nak beli la nie pun,tak le mahal sangat..bawah Rm150 dah leh dapat. Yang sebenarnya notes nie,adalah pemberian arwah datuk saya..notes nie pernah hilang dalam simpanan hampir setahun. Lupa kat mana letak..so dah puas cari,tak jumpa gak..tapi dah rezeki tu tetap rezeki kan..akhirnya jumpa gak...hehehehehe..syukur..syukur..ye lah pemberian arwah datuk..mmg sayang la.

Khamis, 12 November 2009

Club Blog Bicara Sempoi



Saya dok tgk blog yang ni http://blog-blog-bicara-sempoi.blogspot.com , memang menarik,ader ramai blogger kat sana dan Cara nak join pun agak mudah..ikut jer 3 langkah yang telah ditetapkan.
a) Pasang link atau banner Kelab Bicara kat blog sendiri
b) Buat "posting Review" mcm yang sya tgh buat ni
c) Buat sikit ulasan kena buat blog
dan last sekali...register pastu tunggu untuk pengesahan


Banyak forum kat sini, ramai pengikut, so maknanya kita boleh naikkan rangking blog kita serta menambah bilangan pengunjung ke blog kita. Yang penting sekali,kita dapat kongsikan minat kita nie dengan member-member yang lain..

selamat join club blog bicara sempoi

Selasa, 10 November 2009

Coin Yassin



Syiling nie,selalunya dikenali dengan syiling yassin..kalau kita tengok kat katalog,memang takde pun coin nie..coin nie,kalau mengikut sifu saya,digunakan untuk tangkal atau "charm". Dengan bahasa yang mudah,digunakan oleh mereka yang yang berkenaan dalam upacara "menurun" atau tarik duit. Coin nie memang menjadi buruan kaki nombor ekor.
Tapi apa yang saya nak ceritakan ialah kenangan disebalik coin nie. walaupun coin nie tidak bernilai sangat,namun ia merupakan permulaan kepada saya untuk menjadi seorang numis.Coin nie merupakan pemberian arwak nenek saya.Waktu dapat coin nie,saya memang suka betui.yelah,kalau tgk tarikh kat coin tu..mengambarkan yang coin ini berusia seribu tahun lebih. Waktu tu pulak,saya mmg takde ilmu tentang numis,ye lah..waktu saya hanya berumur 14 tahun..masih lagi muder remaja...hehehehehe
Bertitik tolak dari itulah,saya mula kumpul coin2 lama..tapi yang saya leh jumpa kat dalam rumah la..dulu kat perlis nie,mana ader kedai antik. Saya start beli wang kertas pun,waktu blajar dulu..notes 1 cents 1941 kat Pasar Larkin, Johor. Beli skit2 jer..lagipun modal takde time tu..Sejak hampir 3 tahun lepas,barulah saya benar serius dalam mengumpulkan koleksi syiling,wang kertas dan setem.Itulah serba sikit,mcm mana ianya bermula.

Isnin, 2 November 2009

Straits Settlements 10 Cents 1919 Acting Treasurer


Notes straits nie dikeluarkan pada 14 Oktober 1919,notes nie dalam kategori Rare sebab tandatangan Acting Treasurer. Memang sukar nak cari notes nie,selama lebih 2 tahun saya dalam bidang numis nie,inilah kali pertama saya jumpa notes nie dijual di malaysia,kat dalam internet. kalau kat kedai atau flea market tu,saya tak pasti la..lagipun dah lama saya dok cari notes nie. kalau nak beli yg elok leh pi Singapore,beli kat Marvin auction. Mmg ader kat sana,tapi harga mahal la..maybe beribu ribu.kualiti notes nie dalam VG jer.

Related Posts with Thumbnails