Isnin, 29 Mac 2010

Terengganu Jokoh 1907



Apa yang anda lihat sekarang adalah private token terengganu jokoh. Kualitinya UNC.
Ini adalah penerangan ttg jokoh ini yang di ambik dari katalog Saran Singh.
Observe : within a circle of dots in Chinese " Teck Soon Kongsi" (Teck Soon Company) and "Peng Ngo" (cyclical year 1907). Two dotted circles with a central dot at left and right below. around the border "WEE SIN HEE 1907".
Reverse : within a circle of dots in jawi "Sin" and "Hee" (issuer's nama Sin Hee) above and below the hole. To the left and right of the central hole are lions rampant holding a trident.
Weight: 9.5 grammes
Diameter: 32 mm
Composition : tin (square central hole)
Jokoh ini saya beli kat luar negara dengan bantuan sifu Fazil.Bukan senang nak dapat yang kualiti UNC nie..harga pun tak mahal,cuma USD50. Tapi kalau kualiti sebegini,harga pasaran lebih dari RM500 la. Memang sukar nak dapat kualiti yang cantik. Kalau tak percaya,cuba masuk ebay us. Dan taip jokoh dan search,tgk berapa harga jokoh ni. Yang tanda merah mcm lilin tu,saya pun tak tau apa..

Jumaat, 26 Mac 2010

Duit Lama, Johor Katun 1750






Ini merupakan duit lama kerajaan Johor, ianya di kenali sebagai Katun. Ianya diperbuat dari timah.Berat purata dalam 1.03 gram. Terdapat corak bar dan pusat yang besar pada muka hadapannya. Pada bahagian belakang,takde apa apa corak. Duit ini agak rare la juga,sukar nak dapat pada masa kini. Harga tu,tak la mahal sangat,leh dapat bawah RM100 sekeping.

Selasa, 23 Mac 2010

RM 5 Cutting Error Siri Ke 7




Duit keluaran siri ke 7 nie jika dilihat pada muka hadapannya,mmg seperti duit yang biasa. Tapi kalo dilihat pada sebelah belakangnya,memang terdapat kecacatan skit. Potongan yang silap,anda boleh lihat pada anak panah tu. Cetakannya agak ke bawah sedikit. Duit ini saya perolehi dari sorang seller dari Melaka.Harga kalo tak salah kurang dari RM100 kot,saya pun dah ingat-ingat lupa. Lagipun dah hampir 2 minggu saya tak update blog nie.Bukan apa,sibuk ngan keje peribadi. malam nie saya curi masa skit untuk update blog nie,bukan apa.kalau boleh setiap minggu saya akan update blog ini. So setiap kali ader member yg ziarah blog saya,ader la artikel baru yang boleh dibaca. Insyaallah,saya akan update lagi blog saya nie ngan item yang lebi menarik..jadi diharapkan semua bersabar yer.ok.

Rabu, 10 Mac 2010

Buku " Panduan Mengumpul Duit Lama"






Buku bertajuk Panduan Mengumpul Duit Lama ni saya beli dari sorang seller kat JB. Buku ini dalam bahasa malaysia,so senang la skit nak baca..hehehehe. Banyak yang kita leh belajar dari buku nie ttg penjagaan dan penyimpanan duit syiling. Penulisnya adalah staf Muzium Negara,so diaorang memang expert la ngan duit syiling.Buku ini di terbitkan pada tahun 70an. Harga buku nie tak mahal pun dalam RM20++ jer. Saya pun dok menambah koleksi buku buku yang ader, la nie dok cari buku " Coins of North Malaya' dan juga "Sejarah Matawang Kedah dan Perlis". Kalo ada sapa2 yang ada info tentang buku buku ini leh la bg tau kat saya yer.

Isnin, 8 Mac 2010

Duit $100 Siri Pertama ( Sa-Ratus)



Wang kertas ini merupakan wang kertas $100 keluaran pertama negara kita. Ianya dikeluarkan pada tahun 1967. Perhatikan penggunaan bahasa lama kat muka depan duit terserbut, Sa-Ratus. Memang unik kan. Saya dah lama dok cari duit nie,biasanya harga notes nie tak kurang dari RM600. Memang sukar nak dapat murah,tapi yang ini saya hanya beli dengan harga cuma RM400 jer. Murah bukan..dan jutaan terima kasih kepada sahabat saya, Cik Putri coz tolong dapatkan notes nie kat saya. Kualiti notes nie dalam Fine jer. Ader kesan celulosetape kat bahagian bawah notes tu. Yang lain semuanya ok.
Dengan berjayanya saya mendapatkan duit nie. Maka lengkaplah koleksi duit $50 dan $100 saya dari siri pertama hingga ke 3. La nie saya kena mulakan pemburuan untuk mendapatkan duit $50 dan $100 siri ke empat lak.Yang $50 tak le mahal sangat..tapi kalau $100,harga agak memeningkan kepala la..mcm mana nak cari yang murah yer...huhuhuhu..tapi kalo ader sapa apa yg nak jual murah2 tu,harap bg tau kat saya lah yer..saya akan beli jika sesuai dengan harganya.

Rabu, 3 Mac 2010

Duit Kerajaan Lama Terengganu



Coin lama Terengganu nie kalau ikut katalog Saran Singh ada mcm berat dan diameter (SS33). Pada bahagian depan coin nie ditulis tulisan arab yang bermaksud " Kali Malik Al Adil". Jika kita tengok pada duit duit lama kerajaan lama yang lain pun.Kebanyakkanya pun ditulis tulisan yang sama gak.Maybe ada pengaruh arab agaknya. Coin ini diperbuat dari timah. So senang la nak terhakis coz timah nie logam yang lembut. Memang agak sukar nak dapatkan coin nie.Harga sekeping pun agak sukar nak cakap..tapi saya dapat sekeping nie dengan harga RM45 jer.
Kalau nak dapatkan coin,leh la contact dealer nie. Nama Bonden, Hp : 0127148844.

Isnin, 1 Mac 2010

Duit Kerajaan Lama Terengganu, Keping atau Pitis.




Duit syiling yang anda lihat ini ialah duit yang digunakan kerajaan lama Terengganu beberapa ratus tahun yang lalu. Kalau tak salah saya nilai duit nie satu pitis. Pada bahagian depan tertulis "Kali Malik Al Adil"(The reign of the Just Ruler). Bahagian belakang,plain jer. Duit ini diperbuat dari timah. Berat dalam 1.10 gram jer.Diameter 18 mm. Duit nie agak sukar nak dapat,yang saya dapat ini pun dah ader patah skit. Biasalah duit dah lama katakan.
Kalau nak dapatkan duit syiling yang menarik,para sahabat leh contact seller yang jual coin nie. Nickname nya Bonden, H/p : 0127148844.
Related Posts with Thumbnails