Selasa, 26 Mac 2013

Duit Malaya & British Borneo $100 Dollars 1953





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya nie.Terima kasih kerana sokongan anda semua dan kesudian anda untuk membaca blog saya yang tak seberapa ini.Lagipun saya ini tak pandai sangat nak susun kata kata atau bait bait indah kat blog saya nie..semuanya straight to the point!! Biasalah tu,"engineers memang tak romantik"..itulah kata kata yang pernah diucapkan oleh seorang pensyarah saya sewaktu belajar kat UTM Skudai dulu..dan saya akui yang saya ini memang tak romantik..hehehehehehe..

So rasanya tak perlulah saya melalut lagi..Entry kali ini merupakan entry yang agak menarik kerana keistimewaan duit atau notes yang saya upload kat atas tu. $100 Dollar Malaya And British Borneo ini merupakan salah satu notes yang berada dalam wish list saya yang teratas. Memang sukar nak dapatkan notes ini kerana harganya yang agak mahal dan jumlah keping yang dikeluarkan pada masa tersebut. Memang dah lama saya idamkan duit ini..sebelum ini hanya mampu tengok je lah kat laman ebay atau kat FB.Memang tak mampu nak beli..harganya memang keras!!..notes yang saya ada ini,boleh dikatakan gFine jer.Sayang skit kerana ada kesan contengan pen.Jika tak salah saya la,notes ini memang terhad.Kebanyakkan notes ini bermula dengan prefix A/1.Hanya kolektor jer yang tahu betapa bernilainya notes ini.Yang sebenarnya ada kisah disebalik notes $100 dollars nie..disebabkan keinginan yang mendalam untuk memiliki notes nie,saya pernah ditipu oleh seorang kolektor dari xxxxx. Tapi sebagai seorang kolektor yang membeli notes secara tanpa bersua muka.Inilah cabaran dan risiko yang perlu saya hadapi. Berapa banyak yang saya rugi tu,biarlah menjadi rahsia.Seller ini saya kenal dari mudah.my sebelum saya ditipu.Saya telah pun berurus niaga dengannya sebanyak dua kali..memang takde apa apa masalah pun. Saya pun puas hati.Tapi bila tiba ke urusniaga yang ke tiga,di situlah masalahnya terjadi.Pembayaran dah dibuat.Tapi barang tak diterima..bila saya minta treking no pos laju..dia cakap yang dia pos guna pos biasa jer..Hairan bin ajaib gak..naper dia guna pos biasa jer..sebelum ini memang guna pos laju..tetiba jer pos guna pos biasa jer..so alasannya,pejabat pos kehabisan borang pos laju!!..memang tak boleh terima langsung alasan tu..menang tak munasabah..kalau kehabisan borang pos laju,guna la pos daftar..takkan borang abis gak kot..dan dipendekkan cerita,memang saya tak notes itu..dan si seller tu tak nak bertanggungjawab kerana katanya dia dah pos notes tersebut.Malas lah nak berbalah ngan seller tu...harap nanti dia kena langgar ngan lori trelerlah..kekekekekekeke..
Tapi itulah asam garam seorang kolektor...memang kena berhati hati..tapi kadang kadang tu,terkena gak..nasib badan,nak buat macam mana..huhuhuhuhu...

Ahad, 24 Mac 2013

Kupon Getah British Malaya 10 Kati





Kupon getah,salah satu kupon yang memang saya gemari.Mungkin ada yang memandang sinis tentang koleksi kupon getah ini,tapi sebenarnya ia merupakan koleksi yang agak menarik juga.Nak kata kupon getah ini takde harga pasaran,tak juga..harganya macam duit lama guna,tetap naik dari tahun ke tahun.Kupon getah  yang saya pamerkan ini masih lagi cantik kualitinya..boleh dikatakan EF lagi..Kertas masih lagi keras.Kupon ini digunakan di Batu Gajah dan terdapat cop satu tempat yang dinamakan Pusing.Kupon ini ditandatangani oleh J.E Natthan.Jika tak salah saya,beliau merupakan penguasa yang mengawal getah pada masa itu.Jika tak silap saya kupon ini dikeluarkan pada zaman awal 30an.Sebenarnya agak sukar untuk memperoleh kupon getah dari era British Malaya yang masih lagi berkeadaan baik seperti ini.Selalunya,yang ada dalam simpanan saya.Kupon tersebut dah koyak atau berlubang sana sini.Tapi kali ini saya dapat yang berkualiti tinggi.Kupon ini saya perolehi dari Johor dengan bantuan Sifu saya.Sebenarnya kupon ini ada dua keping,saya ambik sekeping manakala Sifu saya ambik sekeping.Yang sekeping lagi,kualitinya seperti ini juga.Cuma ditandatangani oleh seorang penguasa getah yang lain.Mungkinkah lagi 10 tahun,kupon getah seperti ini akan menjadi rebutan pada pengumpul??? entahlah....tapi beberapa tahun yang lalu,kupon getah seperti ini memang tiada harga pun.Cuma sejak beberapa tahun ini,ianya semakin ramai diminati oleh para pengumpul.Harga pun semakin mahal..jenuh gak la nak dapat.MNS juga penah mengeluarkan buku tentang kupon getah yang pernah berada di Tanah Melayu,buku itu ditulis oleh Saran Singh.

Selasa, 12 Mac 2013

Duit Malaya $50 Dollars 1942





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Kali ini saya nak bercerita tentang duit Malaya $50 Dolar lak.Duit ini dah lama menjadi idaman saya,cuma baru baru nie jer ada rezeki lebih skit.Jadi boleh la beli notes ini sekeping sebagai sebahagian koleksi yang disayangi. Untuk mereka yang tidak pernah melihat duit ini,duit ini tersangatlah besar.Ukurannya lebih kurang setengah dari kertas A4.,besarkan..hehehehe..Oleh sebab duit ini terlalu besar,maka kita sering kali jumpa duit ini mempunyai kesan lipatan.Termasuklah duit yang menjadi koleksi saya ini.Para pembaca boleh melihat dengan jelas kesan lipatan yang ada pada notes tersebut.Duit ini masih lagi first prefix, A/1. Jadi memang berbaloi la nak beli.Berapa harganya notes ini?? biarlah ianya menjadi rahsia..Kualiti notes ini saya boleh kasi Fine jer..Cuma terfikir gak la,dengan nilai duit yang sebegini tinggi pada tahun itu..agak agaknya apakah benda yang boleh dibeli yer..teringin gak nak tahu..hehehehehehe..entah-entah dah cukup untuk buat modal perkahwinan..hehehehehehe..sekarang ini,saya masih lagi memburu kembar notes nie lak..iaitu Malaya $100 dollars..entahlah bila boleh beli agaknya..harga pun dah makin mahal,harap harap tu.dapat la beli dengan harga yang murah.

Selasa, 5 Mac 2013

Malaya Japanese Occupation 1000 Dollars "MA" Black





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Seperti yang saya janjikan,kali ini entry untuk blog saya akan bertambah menarik kerana anda semua akan disajikan dengan notes-notes lama yang agak sukar diperolehi. Untuk kali ini,saya mempersembahkan notes Jepun 1000 dollars yang mana ada dua huruf iaitu "MA" yang berwarna hitam.Apa istimewanya duit ini,kebiasaannya huruf yang terdapat pada notes 1000 dollars Malaya Japanese ini ialah huruf "MU" yang berwarna merah. Tapi jika huruf "MA" yang berwarna hitam ini.Memang agak sukar nak perolehi di mana mana.Jika dilihat pada notes ini,ialah dah pun koyak rabak..dah macam roti jala dah....huhuhuhuhu....tapi disebabkan notes ini sukar diperolehi,maka nilainya tetap ada pada mata seorang kolektor seperti saya ini.Jika nak tengok harga pasaran,boleh la rujuk pada mana mana katalog..notes ini saya perolehi dari sorang teman baik saya dari Johor.Thanks sahabat.Inillah yang dikatakan semangat sorang kolektor,jika kita ada koleksi yang lebih.Adalah lebih baik kita tawarkan pada rakan seperjuang agar kita tahu bahawa koleksi yang kita jual itu,memang akan tersimpan rapi kat tangan seorang kolektor yang seperti kita juga.
Related Posts with Thumbnails