Khamis, 31 Mei 2012

Kupon Petrol 5 Unit




Entry kali ini akan bercerita tentang kupon juga.Tapi kupon kali nie agak unit sikit la.kupon minyak. Kupon minyak ini digunakan untuk membeli minyak pada zaman 40an.Kupon ini boleh beli 5 units petrol..tapi tak pasti la 5 units tu berapa liter..maybe 5 liters kot..agak2 la..kalau salah info tu,maaflah..atau 5 gelen...ini hanya tekaan semata mata...kupon nie ada tarikh mati iaitu bermula bulan Julai hingga September 1949. saiz kupon nie,cuma besar skit jer dari setem.Kalau nak tengok saiz yg sebenarnya atau variety yang berbeza,kena la berkunjung ke Sasana Kijang..kat sana ada dipamerkan kupon petrol seperti ini.Harga beli kupon nie pun agak mahal la juga..tapi dah minat ngan kupon,so kena la beli gak walaupun mahal..Kalau tengok kat katalog Steven Tan atau KN Boon,memang takde pun kupon nie..tapi ianya item yang agak sukar nak dapat..so kalau dah jumpa tu,kena la simpan.

Selasa, 29 Mei 2012

One unit Coagulant Unit FMS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Maaflah kerana dah lebih sebulan blog ini bersawang.Tuan punya blog tak sempat nak update apa apa, kerana kesibukan yang berpanjangan. Ni pun stop keja jap...dah bosan..lagipun nak tunggu member yang entah ke mana untuk menyambung kan keje yang belum siap. Sepanjang beberapa bulan ini banyak juga koleksi terbaru yang masuk dalam koleksi peribadi tuan punya blog,cuma masih takde masa untuk memasukkan entry kat blog ini. kalau ada kelapangan,insyaallah banyak entry menarik yang akan di paparkan. Entry kali ini,agak biasa jer. Cuma sekeping Coagulant Unit Federated Malay State. kupon ini digunakan pada masa dahulu untuk membeli cuka getah. Tarikh lakunya bergantung pada bulan tertentu. Yang nie bulan November. Kalau nak kumpul setiap bulan,jenuh la jugak..agak sukar nak jumpa bulan yang berbeza..tapi kalau leh jumpa tu,memang rezeki la.
Related Posts with Thumbnails