Khamis, 23 Jun 2011

FMS War Loan Bond Coupon $1.50



War loan bond kupon ini bernilai $1.50 sekeping dan bertarikh 1 April 1951,kiranya zaman sebelum merdeka la. Bila terfikir semula,pada masa ini apa yang boleh dibeli dengan RM1.50?? Duit belanja yang saya bagi kat anak sulong pun dan RM3 sehari!!  baru darjah 1 tu..kalau dah makin besar,kena bagi banyak lagi la. Tapi pada tahun 1951,nilai $1.50 memang agak besar gak la,sampai ada war loan bond bernilai sedemikian. Aapa sebenarnya kegunaan war loan bond ini pun,saya kurang pasti. Mungkin ianya merupakan dana untuk menampung peperangan yang tertentu...entahlah,saya pun kurang pasti. Tapi kat luar sana,tentu ada insan yang lebih arif dan tahu tentang FMS war loan bond coupon ini !

Selasa, 7 Jun 2011

British North Borneo 50 Cents 1920




Notes British North Borneo ini merupakan koleksi BNB saya yang terbaru. Dah lama juga mencari variety jenis nie,jadi bila dapat yang koyak pun.Kira dah puas hati la. Nak dapat yang tak koyak,memang agak sukar dan harga pun akan mencecah ribuan ringgit. Notes ini bertarikh 24 Feb 1920. Dan berusia lebih 90 tahun..jika dah terkoyak pun,memang biasa la tu..kalau manusia yang berumur 90 tahun pun..macam mana la keadaannya..entah-entah,tak sempat umur 90 tahun dan pun meninggalkan dunia. Jika nak kumpul notes jenis British North Borneo,tak leh gunakan harga dalam katalog sangat. Kerana harga pasaran lebih mahal la..kalau terlalu ikut harga katalog,jawabnya memang tak dapat la nak pegang notes BNB nie.Saiz notes ini memang agak besar juga..tapi saya lupa nak ambikkan ukurannya.Mungkin notes seperti ini masih lagi ada banyak kat negeri sabah dan sarawak!!..
Related Posts with Thumbnails