Isnin, 30 Mei 2011

FMS War Loan Bond Coupon $15

Ini merupakan kupon terbaru yang berada dalam simpanan saya. Saya mempunyai beberapa jenis yang berlainan,nanti saya akan masukkan satu persatu. Jika nak tahu tentang sejarah War Loan Bond Coupon nie,saya pun tak reti sangat. Lagipun tak sempat nak cari maklumat tentang kupon nie. Tapi jika antara sahabat kolektor yang tahu,boleh la kita kongsi bersama sama. Mungkin ianya sama konsep dengan bon yang diterbitkan oleh pihak kerajaan pada masa ini. Bon ini pun diterbitkan selepas merdeka. Nilai bon ini $15 dollars dan dirterbitkan pada 15 jun 1961. Kalau nak tahu lanjut,leh la tengok kat katalan Steven Tan. Ada la maklumat kat situ tentang bon ini.

Khamis, 26 Mei 2011

Straits Settlements $10 Dolar 1929



Wang yang saya masukkan dalam entry kali nie merupakan salah satu koleksi yang agak sukar diperolehi yang berada dalam simpanan saya. Wang Straits Settlements $10 dolar 1929 yang ditandatangani oleh Luis Shelley. Cuma kualiti notes ini agak kurang memuaskan la.Kalau takde sebarang koyakan atau lubang,tentu saya pun tak mampu nak membeli notes nie. Kualiti notes nie bolehlah dikatakan Very Good. Harga beli tu,biarlah saya rahsiakan..hehehehehe. Waktu nak beli tu,terpaksa berfikir banyak kali juga la..coz harga agak mahal dan budget pun kurang waktu tu..Tapi kalau tak ambik peluang beli waktu tu,tentu saya takkan jumpa lagi dengan tawaran yang menarik seperti tu, Jadi pejam mata,beli je lah...hehehehehehe..Mungkin lepas nie,saya nak cari yang $5 dolar lak. Kalau dapat yang murah murah leh la beli. Notes straits dulu,memang saya suka kerana corak yang di paparkan pada notes tersebut. Ianya memaparkan pemandangan sebuah kampung yang berdekatan dengan sungai. Kat bahagian belakang lak,gambar kereta lembu. Walaupun notes nie di keluarkan oleh penjajah.Namun lukisan pada notes tersebut menggambarkan suasana kat Tanah Malayu pada ketika itu.
Saya terfikir,dengan wang $10 dolar pada zaman tersebut.Tentu banyak yang boleh dibelikan..entah-entah,nilai $10 dolar ini cukup untuk menampung kos sara hidup selama sebulan pada masa itu. Tapi jika RM10 pada masa kini,ianya hanya cukup untuk belanja makan tengahhari jer...huhuhuhuhu..

Isnin, 23 Mei 2011

Duit Pohon Pitis Terengganu @ Tin Treemoney II


Entry kali ini sama jer dengan entry yang terakhir minggu lepas. Cuma yang ini merupakan pohon pitis Terengganu yang kedua berada dalam koleksi saya. Cuma pohon ini,warna timahnya agak hitam sikit berbanding yang dahulu tu.Mungkin kerana menggunakan timah hitam agaknya. Memandangkan saya mempunyai dua pohon pitis Terengganu,mungkin yang sepohon tu saya akan jualkan pada kolektor yang berminat. Tapi ianya bukan untuk dijual sekarang,jadi kena la bersabar dulu.Masanya akan tiba.

Isnin, 9 Mei 2011

Duit Pohon Pitis Terengganu @ Tin Treemoney



Catatan kali ini agak menarik bagi mereka yang meminati sejarah matawang Tanah Melayu. Seperti yang anda lihat kat atas tu, ini ialah pohon pitis Terengganu yang lengkap, ada 13 cabang kesemuanya. Pohon pitis ini diperbuat dari timah. Usia pohon pitis nie,ratusan tahun. Pada zaman dahulu,duit pitis nie ditempa seperti ini,setelah siap. Ianya akan dipotong dari pohon pitis ini,dan lebihan timah itu akan digunakan untuk menempa pitis yang lain lak. Jika anda semua perasan,pohon pitis ini agak sama dengan logo Bank Simpanan Nasional. Tapi logo BSN itu,menggunakan pohon pitis Kelantan.
Namun yang peliknya,pohon pitis Terengganu ini takde pun dalam katalog Saran Singh. Tapi ianya memang wujud,kerana saya pun penah tengok kat satu laman web, pohon pitis Johor. Memang cantik betul. Jika tak salah saya,kat Muzium Kota Kayang Perlis pun ada gak..tapi cuma gambar la. Yang ori takde,tapi kat muzium itu ada acuan pohon pitis Perlis yang diperbuat dari batu kawi. Namun acuan ini dalam keadaan separuh siap.
Jika anda nak tahu harga pohon pitis nie,tentulah lebih dari RM2k. Pohon pitis ini,saya ada 2 pohon. Yang satu lagi akan saya masukkan kat dalam blog tak lama lagi.
Related Posts with Thumbnails