Isnin, 22 Ogos 2011

Pohon Katun Johor @ Katun Tin Treemoney




Entry kali ini agak menarik juga. Kepada sesiapa yang tidak pernah melihat pohon katun johor,maka boleh tengok gambar kat atas tu. Pohon katun ini memang agak rare dan amat sukar di perolehi. Setakat yang saya ketahui,cuma ada 3 pohon sahaja pada tangan kolektor. Kolektor yang saya kenal la..kalau tak kenal tu,maca mana nak tahu kan..heheheheh...pohon ini diperbuat daripada timah dan mempunyai 17 cabang kesemuanya.Harga saya beli ini,lebih dari RM1000. Ianya dibeli dari sorang sahabat saya,kat mana dia dapat tu..tak pasti la pulak. Tapi kadang kadang,orang tua tua dulu memang ada simpan sebagai harta pusaka diaorang. Yelah,bukan senang nak dapat satu pohon yang lengkap macam ni. Kecualilah anda sorang pembesar atau orang kaya-kaya pada zaman kesultanan johor dulu. Apa pun,ianya satu artifak sejarah yang perlu dihargai dan dipelihara.

Isnin, 8 Ogos 2011

Sarawak $1 Dolar 1940



Notes Sarawak tahun 1940 ini merupakan antara koleksi saya yang terbaru. Dah lama mencari notes sarawak yang bertarikh 1940 nie. Ianya agak sukar ditemui berbanding tahun 1935.Kenapa ianya agak sukar diperolehi,dari cerita yang saya perolehi dari kolektor yang senior aka otai. Ianya berlaku kerana zaman penaklukan oleh Jepun. Disebabkan jepun memperkenalkan mata wang mereka sendiri,maka wang yang sedia ada ini telah pun dirampas dan dibakar...jadi yang tinggal hanya abu jer....Jika anda perasan notes sarawak yang tahun 1940 ini,harga agak mahal berbanding dengan tahun yang lain. Kalau nak tau,leh intai-intai harga kat ebay malaysia. Jika tak salah ada sekeping notes sarawak $1 dolar tahun 1940. Tapi bila tengok harganya,memang tak mampu la..harga dah cecah 4 angka!!! Memang mahal bukan. Dengan adanya notes sarawak $1 1940 ini,maka lengkaplah koleksi notes Sarawak saya untuk yang bernilai $1 dolar. Bermula dari tahun 1929,1935 dan 1940. Makan tahun juga la nak lengkapkan keleksi nie,tapi akhirnya berjaya juga la..memang puas hati.

Jumaat, 5 Ogos 2011

FMS War Loan Bond Coupon $7.50



Entry kali nie tentang war loan bond lagi. Yang kali nie nilainya $7.50 lak.. ada lagi beberapa siri atau nilai yang belum lengkap lagi.Nak beli pun harga mahal dan agak sukar nak cari. Kat ebay ada seller yang jual,satu set lengkap dengan harga RM650..harga terlalu mahal la.rasa macam tak berbaloi jika nak beli. So tengok je lah..tapi ada juga kupon yang seperti ini yang mahal harganya. Cuma jarang jarang kita leh jumpa,contohnya yang macam Ahmad Fyrose punya kat dalam Facebooknya. Yang tu memang agak rare,harga sekeping pun dah cecah ratusan ringgit.

Isnin, 1 Ogos 2011

$100 Siri ke 4

Assalamualaikum,mula-mula tu nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung.Maaflah agak sibuk sejak kebelakangan ini,tak sempat nak update blog. Dah la kamera pulak rosak,tak dapat la nak ambik gambar notes yang cantik.Pakai hset jer ambik gambar,so kualiti gambar kali nie.Tak berapa cantik la.
Notes $100 siri ke 4 ini dah lama saya dok cari.Kali nie baru la leh beli,harga beli pun agak murah.Bawah RM700 jer.Memang agak sukar nak dapat harga yang murah.Kalau nak cari notes yang dah berlubang atau koyak pun,memang tak penah jumpa la..Tak tahu kenapa,semuanya kualiti yang cantik cantik jer diaorang nak jual. Kalau kualiti cantik tu,harga pun cantik la..huhuhuhuhu
Related Posts with Thumbnails