Isnin, 26 April 2010

Duit Ayam, Singapore Merchant Token



Duit syiling nie,lazimnya orang panggil duit ayam kerana ada gambar ayam jantan kat coin tu. Ianya digunakan kat Singapore sebagai satu matawang untuk perdagangan. Kalau ikut katalog Saran Singh,label coin nie SS26. Berikut adalah maklumat berkenaan coin tersebut:
Observe : A spurred fighting cook facing right. In Jawi "Tanah Melayu". Last two tail feathers of
cock crossed.
Reverse: In Jawi "satu keping 1247AH" (one keping 1831)
Weight: 1.49 -1.68 grammes
Diameter: 21 mm
Composition: copper
Mintage: 4,286,778
Mint: Soho Mint, Birmingham
kualti coin yang saya dapat ini,masih lagi cantik. Beli kat luar negara. Kualiti boleh dikatakan VF. Harga yang saya beli pun tak mahal, jika tak salah bawah RM5o jer. Coin ini tak la rare. Anda semua boleh dapat coin ini dengan senang kat ebay atau mudah. Cuma harga dan kualiti jer yg kurang berkenang, kerana agak sukar nak jumpa yang cantik. Dengan harga yang murah.

Selasa, 20 April 2010

Duit syiling East India Company 4 Keping



Coin British East India Company ini dikeluarkan pada tahun 1804. Ia merupakan coin rasmi untuk Sumatra dan Singapore. Ianya dibezakan pada Flan..samaada Thin atau Thick. Rasanya yang coin ini Thin Flan..kalau tak salah lah.Lagipun ianya mempunyai berat yang berbeza.
Ini adalah serba sedikit maklumat yang boleh diperolehi dari buku Saran Singh :
Observe : Arms of the British East India Company in centre. The legend "EAST INDIA COMPANY" above, the year date 1804 below.
Reverse: In Jawi "Empat Keping 1219AH"
Weight: 8.55 grammes
Diameter: 30.5 mm
Composition: copper
Mint: Soho Mint,Birmingham
Mintage: 1,612,498
Coin ini tak la rare sangat,cuma kalau nak cari tu agak sukar la skit.Maklumlah dah berusia lebih dari 200 tahun. Coin ni saya perolehi dari luar negara dengan bantuan Sifu Fazil. kalau kat dalam mudah tu,tak pernah jumpa la pulak.Jika satu keping tu,memang ada kat ebay malaysia.Harga saya beli pun tak mahal sangat.Kalau tak salah bawah RM50.

Jumaat, 16 April 2010

Duit Syiling Pulau Pinang



Apa yang anda lihat ini ialah duit yang di keluarkan di Pulang Pinang hampir 200 tahun yang lalu.Nilainya satu sen atau 1 pice. Cuma syiling ini dah teruk terhakis,ianya diperbuat dari Copper. Sebelum ini saya penah terbitkan citer ttg coin yang sama. Kualiti coin ni dalam VG jer. Mungkin ada diantara pembaca yang tidak pernah mengetahui bahawa pada zaman dahulu,Pulau Pinang mempunyai mata wangnya sendiri.
saya masih lagi inga,dulu saya pernah nak beli coin yg sama kat sorang seller dari Penang. Seller tu ingat yg saya nie,takde ilmu dalam numismatic nie..so bila jer tanya untuk coin yang kualiti dalam Fine..dia cakap harga lebih dari RM2000.....hahahahahaha. Macam la coin nie mahal sangat.Coin nie pun saya dapat dengan harga yg murah,kurang dari Rm50 jer...harga sebenar dah lupa la..

Rabu, 14 April 2010

Duit Kerajaan Lama Terengganu 10 Keping



Duit lama Kerajaan Terengganu ini berusia lebih dari 100 tahun. Ianya dikeluarkan pada 1310 Hijrah atau sekitar tahun 1892/93 Masihi. Berikut adalah info ttg duit ini yang diambik kat kalalog Saran Singh :
Observe: In arabic "duriba fi Trekanu 1310" (struck in terengganu 1310 AH = 1892/93)
Reverse: In Arabic "Sepuloh keping 10" (Ten Keping 10).A Wreath of leaves in the border
Weight: 5.60 grammes
Diameter: 28 mm
Composition: Tin
cuma bila tgk coin ni,ada sedikit kecacatan waktu ianya ditempa. Pada gambar yang pertama,ianya tak berapa center. Coin ini boleh dikatakan agak rare la juga. Memang sukar nak jumpa,kalau yang elok tu..lagi la payah nak jumpa. Kalo sepuluh keping zaman tu,leh beli apa yer...mesti nilainya besar kan.Coin ini dibeli dari luar negara,tima kasih atas pertolongan Sifu Fazil. Kalau ada sesiapa ada coin kerajaan lama yang cantik cantik tu,boleh la contact saya.

Selasa, 6 April 2010

Duit Negeri Selat $1 Dolar 1931-1935 (Straits Settlements)

TAHUN 1935


TAHUN 1934






TAHUN 1933




TAHUN 1932

















Tahun 1931











Duit yang anda lihat sekarang adalah duit yang digunakan di negeri-negeri selat pada tahun 1930an. Terdapat 5 tahun cetakan yang berbeza iaitu bermula dari tahun 1931,32,33,34 dan 35. Dengan itu,koleksi yang anda lihat ini adalah lengkap untuk semua tahun keluaran. Saya mengambil masa hampir 3 tahun untuk melengkapkan koleksi ini. Tahun cetakan 1935 merupakan yang paling mudah di perolehi berbanding tahun-tahun yang lain. Yang paling rare adalah tahun 1932. Tahun 1931,33 dan 34 boleh dikatakan rare juga lah sebab sukar nak perolehi duit cetakan pada tahun tersebut. Jika anda tak percaya anda leh sufr kat ebay atau mudah. Cuba lah cari duit cetakan apa tahun 31 hingga 34. Memang sukar nak jumpa, kalau ader pun. Harganya mencecah lebih dari RM1000. Anda boleh lihat sendiri harga duit cetakan tahun 1933,berapakah harga sekeping bagi kualiti yang boleh dikatakan Fine.
Dengan lengkapnya koleksi ini,saya telah pun mempunyai 2 koleksi lengkap duit $1 dolar straits settlements. Memang ianya satu kepuasan bagi saya. Jadi lepas nie dok fikir lak nak kumpul duit apa lak nak bagi lengkap. Kalau notes $5 atau $10 dolar,saya tak mampu beli la..harga mencecah ribuan ringgit sekeping..tak cukup sen nak beli la..huhuhuhuhu.





Jumaat, 2 April 2010

Wang Gantian $50 Siri Ke 4



Wang gantian atau replacemets notes nie agak jarang dijumpai pada ketika ini. Kalau ada,jangan lepaskan peluang untuk memiliki duit ini. Harga yang saya dapat untuk sekeping duit ini agak mahal juga,dalam RM600 ++ kualitinya gVF. Wang ini pun diperolehi atas pertolongan sahabat saya, Cik Putri. So terima kasihlah coz sudi tolong saya lagi. Wang $50 ini adalah keluaran yang ke 4.Kalo tengok kat katalog pun,harga agak mahal untuk wang jenis ini. Bagi yang meminati wang gantian,siri ke 4 adalah menarik untuk dikumpul. Lagipun harga tak la mahal sangat berbanding dengan siri 1 hingga ke 3. Sebelum ini,saya dah pun ada wang gantian $10 siri ke 4. so kena la cari wang gantian $100 siri ke 4 lak..harga rasanya lebih dari RM1000 sekeping..mana la nak cari duit sebanyak tu kan..huhuhuhuhu..

Khamis, 1 April 2010

New Labuan Tobacco Company ( Estate token )



Token ini merupakan private money atau token yang digunakan di Borneo satu masa dulu. Token ni agak sukar nak dapat,kalau ader pun.Harga mmg RM100++.. Token ini saya beli dari Sifu Fazil. Blurguyz pun nak gak,tapi saya yang deal dulu.Waktu tu Guyz bercuti,so tak sempat nak tgk blog2 yang lain. Tarikh token ni tidak diketahui,bilangan keluaran pun tak dapat diketahui juga. Berat 4.1 gram manakala diameter 24mm. Nilai token ini 1 cent dan diperbuat dari Brass.Kualiti leh dikatakan hampir VF.Kalo saper2 nak token ini kena la contact Sifu Fazil.
Related Posts with Thumbnails