Isnin, 31 Januari 2011

Duit Emas Sultan Ala'uddin Riayat Shah I 1527/28 - 1564 ( 1/2 Mas)


Ini merupakan duit emas yang kedua ada dalam simpanan saya. Cuma duit emas ini tiada dalam katalog (unlisted). Namun bentuk dan coraknya sama dengan coin emas yang telah saya terbitkan pada minggu lepas. Pada muka hadapan tercacat tulisan jawi " Sultan Ala'uddin". Manakala pada bahagian belakang pula tercatat tulisan jawi " Khalifatul Muminin". Berat coin ini 1.3031 grammes atau dua kupang atau setengah mas (mace). Bentuknya octagonal dan diperbuat dari emas. Namun saya belum dapat pastikan ketulenan coin emas ini lagi. Kena bertemu dengan kolektor yang banyak ilmu tentang coin emas. Memang pelik juga,kena boleh wujud coin setengah mas ini. Jika nak buat duit emas palsu,adalah lebih baik palsukan yang sedia ada seperti satu kupang atau satu mas.Hairan gak yer..Tapi saya pun tak pasti apakan yang telah berlaku pada 500 tahun yang lalu..mungkin Sultan Ala'uddin pada ketika itu memerintah tukang emas untuk tempa coin bernilai setengah emas..tapi ianya tidak diedarkan pada umum..itu hanyalah anggapan saya jer.Bukan fakta sejarah. Jadi jika ada para kolektor yang mempunyai pengetahuan tentang coin emas ini,bolehlah berkongsi dengan saya. Coin emas ini saya perolehi dari sorang kolektor dari Terengganu. Coin emas ini adalah peninggalan arwah ayahnya,juga seorang kolektor otai kat sana.

Jumaat, 28 Januari 2011

Duit Emas Sultan Ala'uddin Riayat Shah I 1527/28 - 1564 (Mas)



Coin yang anda lihat ini berusia ratusan tahun, coin ini merupakan coin emas saya yang kedua..yang pertama akan saya listkan tak lama lagi. ianya dikeluarkan semasa zaman kesultanan Johor. Dah lebih 500 tahun dahulu. Coin emas ini saya perolehi dari sahabat saya dari Terengganu. Coin ini beratnya 2.4870 gram dan ianya di panggil satu Mas atau mace. Atau 4 kupang. satu kupang beratnya 0.60 gram. Jika mengikut apa yang tercacat kat katalog Saran Singh:

Pada muka hadapan: tulisan jawi "Sultan Ala'uddin"
Belakang : tuklisan jawi " Khalifatul muminin"
Berat : 2.59 gram
Komposisi: Emas ( octagonal)

Saran Singh kategorikan coin emas ini sebagai RRRR atau teramat jarang untuk ditemui. Harga yang saya perolehi agak berpatutan. Jika harga pasaran antara RM4000 - RM5000 sekeping. Bila bercakap tentang ketulenan coin ini,saya pun agak pening sikit la. Bila dah tanya beberapa otai yang mahir tentang coin emas nie. Ada yang cakap coin ini original dan ada yang cakap ianya palsu. Jadi saya terpaksa la pergi jumpa dengan sorang kolektor kat Kedah,Dr Ibrahim Langkawi. Tapi belum buat temujanji lagi dengan Dr tu. Bila dah bertemu,baru la leh tau sama ada coin emas ini palsu atau tidak. Tapi jika ada para kolektor atau sesiapa sahaja yang mempunyai sebarang maklumat tengtang coin emas ini,boleh berkongsi dengan saya. saya pun kurang ilmu tentang coin lama kerajaan lama Melayu ini.

Khamis, 20 Januari 2011

Duit Sa Puloh Gambar atau Watermark Agong

 Tajuk entri kali ini memang agak menarik juga. Lagipun dah lebih satu minggu saya tak sempat nak update blog ini. Terlalu sibuk dengan tugasan dan keje yang diamanahkan. Jadi terpaksa lupakan untuk berblogging untuk sementara waktu.Ini pun nak rehat jap,dah malas nak mengadap keje..penat.
Duit sapuloh gambar agong ini memang menjadi idaman dan kegilaan sesetengah orang. Ramai sangat yang mencari wang yang semacam ini. Sebelum ini pun saya pernah juga menerima panggilan bertanyakan wang ini,namun pada ketika itu saya takde lagi koleksi wang ini. Jadi sekarang saya dan pun memperolehi sekeping wang sapuloh gambar agong. Ianya menrupakan pemberian seorang sahabat dari Terengganu. Beliau ada 2 keping wang ini. Saya dapat sekeping. Tapi ingin saya jelaskan disini,bahawa wang ini adalah PALSU dan PALSU. Bank Negara Malaysia tak pernah pun keluarkan wang jenis nie yang mempunyai watermark atau tera air gambar agong. Bila wang ini dah sampai kat tangan saya,sekali tengok pun dah tau yang wang ini memang sah PALSU!!
watermark gambar agong pun tak berapa jelas disebabkan ianya palsu. Dengar kata wang ini boleh digunakan untuk upacara tarik duit. Entah betul ke tidak,saya pun tak pasti la.
 Gambar atau watermark agong tu leh nampak pada sebelah kanan gambar kat atas ini. Tapi memang kurang jelas kerana ianya duit PALSU.
Silver tread atau benang perak tu,memang lain dari duit sapuloh yang asli.

Sabtu, 8 Januari 2011

Malaya Japaness Occupation Propaganda Issues 100 Dolars


Entri kali ini masih lagi berkisah mengenai wang lama tentera Jepun. Tapi saya nak minta maaf terlebih dahulu kerana sebelum ini saya menjanjikan entri yang gempar..namun tak sempat nak update kerana kesibukan tahap gaban...harap dimaafkan. Insyaallah minggu depan saya akan terbitkan entri yang lagi hebat dan akan membuka mata semua para kolektor.

Wang yang anda tengok ini merupakan siri yang agak menarik. Sukar nak dapat wang yang macam ini dan harganya memang mahal. Wang yang saya dapat ini kualitinya boleh di katakan Good,namun harganya mencecah ratusan ringgit lak. Ianya unik kerana adanya tulisan merah tu "MALAYAN VJ WAR SOUVENIR" dan " Grim Memories of 1941-1945". Namun awas,terdapat juga yang cetakan yang palsu dan selalunya yang palsu ini kualitinya aUNC atau UNC.
Related Posts with Thumbnails