Khamis, 27 Oktober 2011

$1 Error Folds





Dah agak lama tak kemaskini blog ini,terlalu sibuk dengan tugas seharian.Ini pun boleh kemaskini kerana bercuti menjaga anak yang sakit kat rumah.Kalau nak difikirkan keje kat ofis tu memang tak pernah habis pun. Duit yang saya upload kat atas tu dinama error folds.Ianya terjadi kerana kertas yang digunakan untuk cetakan duit itu terlipat semasa dicetak. Maka jadi error yang seperti kat dalam gambar tu. Error yang macam nie,agak selalu juga kita jumpa.Kadang2 ada seller yang jual kat ebay atau mudah.Cuma harga jer yang tak berapa berkenan di hati.Ada kalanya harga terlalu mahal,macam takl berbaloi jer kalau nak beli. Notes yang nie,jika tak salah saya la..harga saya beli bawah RM150..harga sebenar dah lupa la.

Khamis, 6 Oktober 2011

Rubber Coupon Penang Island 1 Picul



Kupon getah kali ini agak menarik kerana ianya dari Pulau Pinang. Boleh dikatakan yang kupon Penang Island ini agak rare la juga. Memang sukar nak dapat,dan harga pun agak mahal la juga berbanding kupon kupon getah yang lain. Lagipun pada masa ini, rasa kat penang takde lagi ladang-ladang getah. Itu yang menyebabkan kupon getah penang ini menarik tu.Saya raya amat bertuah gak kerana dapat memiliki sekaping kupon getah Penang nie. Lepas nie kena la cari yang negeri lain pulak,seperti Kelantan dan Terengganu. Jika sesiapa yang ada kupon tu,boleh lah hubungi saya..jika harga mampu di beli,confirm saya akan beli. Walaupun kupon getah ini bukanlah matawang namun saya tetap nak kumpul juga kerana ia satu koleksi yang menarik untuk tatapan generasi yang akan datang.

Isnin, 3 Oktober 2011

Rubber Coupon Sarawak 25 Katis 30/9/1942



Dah lebih sebulan saya tak update blog,tentu para pengunjung blog saya dah bosan kan..ye lah,bila klik masuk blog saya...entry tetap yang lama gak,takde pun entry yang baru.Apa apa pun,saya minta maaflah. Saya agak sibuk dengan tugasan seharian. Sekarang nie baru la reda skit. Entry kali ini,agak biasa jer. Cuma tentang kupon getah Sarawak 25 kati.Namun apa yang menariknya ialah tarikh pada kupon getah tu jer, bertarikh 30 september 1941. Tarikh itu agak sukar nak dapat la. Tapi tak la rare sangat. Sekarang ini,saya agak aktif mencari kupon getah. Banyak wang telah digunakan,sebelum ini. Kupon getah ini,tak la popular sangat.Tapi sekarang ni,harga dah makin ramai,peminat pun bertambah. Itu yang seronok kumpul tu.
Related Posts with Thumbnails