Isnin, 10 Mac 2014

Kupon Getah Straits Settlements Mainland 10 Kati RN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya.Malam ini saya gagahi juga untuk mengupdate entry baru kat blog saya,walaupun mata saya dah nak tertutup...agak keletihan hari ini,menyelesaikan tugas untuk audit dari DOSH dan juga pada masa yang sama kena gi training peralatan baru..
Oleh sebelum saya cerita lebih lanjut...mohon para pembaca semua dapat berdoa agar flight MH370 dapat ditemui dengan kadar segera.Sekarang ini,berbagai bagai spekulasi boleh kita dengar terutamannya kat laman sosial,whatsapp dan sebagainya....udah-udah la sebar khabar angin..lebih baik kita berdoa agar semuanya dapat diselesaikan dengan kadar segera..aminnn..
 Kali ini,saya nak berkongsi tentang kupon getah straits settlements mainland 10 kati.Hari itu ada perbincangan tentang,negeri manakah straits settlements mainland tu...banyak gak hujah2 yang diutarakan..tapi buat masa ini,saya agak keletihan untuk nak taip itu semua..insyaallah,saya akan nukilkan pada entry yang akan datang.Apa yang menariknnya kupon ini? jawapannya hanya satu,kerana ianya kupon straits settlements mainland.Kupon ini sukar diperolehi,tambahan pula ianya masih lagi berkeadaan yang baik dan mempunyai no yang berturutan..itulah keistimewaan kupon ini..bagaimana pula tentang harganya?? harganya tak la mahal sangat..cuma boleh mencapai ratusan ringgit juga la..oklah,hanya setakat itu jer buat malam ini..mata dah pun makin tertutup...semoga kita bertemu kembali,wassalamm..


Ahad, 2 Mac 2014

Post Bill 10 Dollars, Chartered Bank of India,Australia & China.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya.Mohon maaf kerana hampi sebulan setengah saya tak update blog ini.Tentu ramai dah bosan kerana menunggu entry terbaru kan.Saya agak sibuk skit sejak dua menjak ini.Agak penat pada malam hari,jadi tak sempat nak update blog saya ini.Insyaallah,lepas ini saya akan selalu menupdate blog saya ini,,saya akan cuba yang terbaik.
Hari ini saya sajikan kepada anda semua notes Private Issues dari Bank of India,Australia dan China.Post Bill yang bernilai 10 Dollars.Post bill yang jenis ini diedarkan kat Temasik.Saiznya berukuran 240mm x 123mm. Memang agak besar. Ianya dikeluarkan pada tahun 1859!! dan hanya mempunyai 200 keping sahaja.Yang saya punya ini bilangan yang ke 81. Tapi persoalannya,pada masa kini berapa kepingkah yang masih lagi tinggal kat tangan kolektor. Yang pasti tak ramai kolektor kat Malaysia yang mempunyai post bill ini. Dan tak ramai kolektor yang pernah melihatnya di depan mata...jadi saya boleh katakan yang post bill ini memang agak rare..rasanya leh kasi RRR agaknya...itu cuma pandangan saya jer..Harga?? harganya memang agak mahal...tapi tak ler sampai 5 digit punya harga..




Related Posts with Thumbnails