Isnin, 9 Mei 2011

Duit Pohon Pitis Terengganu @ Tin Treemoney



Catatan kali ini agak menarik bagi mereka yang meminati sejarah matawang Tanah Melayu. Seperti yang anda lihat kat atas tu, ini ialah pohon pitis Terengganu yang lengkap, ada 13 cabang kesemuanya. Pohon pitis ini diperbuat dari timah. Usia pohon pitis nie,ratusan tahun. Pada zaman dahulu,duit pitis nie ditempa seperti ini,setelah siap. Ianya akan dipotong dari pohon pitis ini,dan lebihan timah itu akan digunakan untuk menempa pitis yang lain lak. Jika anda semua perasan,pohon pitis ini agak sama dengan logo Bank Simpanan Nasional. Tapi logo BSN itu,menggunakan pohon pitis Kelantan.
Namun yang peliknya,pohon pitis Terengganu ini takde pun dalam katalog Saran Singh. Tapi ianya memang wujud,kerana saya pun penah tengok kat satu laman web, pohon pitis Johor. Memang cantik betul. Jika tak salah saya,kat Muzium Kota Kayang Perlis pun ada gak..tapi cuma gambar la. Yang ori takde,tapi kat muzium itu ada acuan pohon pitis Perlis yang diperbuat dari batu kawi. Namun acuan ini dalam keadaan separuh siap.
Jika anda nak tahu harga pohon pitis nie,tentulah lebih dari RM2k. Pohon pitis ini,saya ada 2 pohon. Yang satu lagi akan saya masukkan kat dalam blog tak lama lagi.

6 ulasan:

  1. Wah Nazri!
    Ini dah masuk tahap koleksi muzium! Tahniah!

    BalasPadam
  2. hehehehe..baru nak berjinak jinak ngan khazanah tanah melayu..lagipun item sukar nak jumpa,tak rugi simpan.

    BalasPadam
  3. salam, sy ada coin yg antik gakla..nenek suami sy ckap coin tu dh berape keturunan dah..dapat dri mekah..jadi sy nk thu la kao nk jual agak2 dpt berape la..mmg tulisan xberape nmpak..warna gold..nk update gmbr j=kt cni xleh.. hopefully dpt tlg sy eh..
    hanin_babyirman@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Encik Nazri,
    Pohon pitis Johor yang you tengok tu kat laman web mana yea? Saya nak tengok gak. Sebab pohon katun Johor yang saya ada lain bentuk nya. Sila lihat pautan ke web saya di bawah.
    http://abudervish.blogspot.com/2010/01/ancient-coin-review-03-pohon-katun-tin.html

    Dan juga saya belum ada pohon Terenggau lagi. Mungkin berminat untuk beli pohon spare awak. Insyallah

    BalasPadam
  5. mohon copy untuk rujukan assignment .....

    BalasPadam
  6. mohon copy untuk tugasan

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails