Isnin, 8 Ogos 2011

Sarawak $1 Dolar 1940



Notes Sarawak tahun 1940 ini merupakan antara koleksi saya yang terbaru. Dah lama mencari notes sarawak yang bertarikh 1940 nie. Ianya agak sukar ditemui berbanding tahun 1935.Kenapa ianya agak sukar diperolehi,dari cerita yang saya perolehi dari kolektor yang senior aka otai. Ianya berlaku kerana zaman penaklukan oleh Jepun. Disebabkan jepun memperkenalkan mata wang mereka sendiri,maka wang yang sedia ada ini telah pun dirampas dan dibakar...jadi yang tinggal hanya abu jer....Jika anda perasan notes sarawak yang tahun 1940 ini,harga agak mahal berbanding dengan tahun yang lain. Kalau nak tau,leh intai-intai harga kat ebay malaysia. Jika tak salah ada sekeping notes sarawak $1 dolar tahun 1940. Tapi bila tengok harganya,memang tak mampu la..harga dah cecah 4 angka!!! Memang mahal bukan. Dengan adanya notes sarawak $1 1940 ini,maka lengkaplah koleksi notes Sarawak saya untuk yang bernilai $1 dolar. Bermula dari tahun 1929,1935 dan 1940. Makan tahun juga la nak lengkapkan keleksi nie,tapi akhirnya berjaya juga la..memang puas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails