Jumaat, 27 Januari 2012

Projek Biodiversiti @ Sg Chuchuh,Padang Besar Siri 1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca blogku.Maaflah,rupanya dah hampir 2 bulan blog nie bersawang.Tentu ramai yang tertanya-tanya,kenapa tuan punya blog nie tak update blognya..apa cerita??..semua ini kerana tuan punya blog nie,agak sibuk ngan tugasan yang diberikan. Jadi nak cerita la sikit tentang keje luar nie.Tapi semuanya gambar hutan ngan ladang getah la..Kawasan ini merupakan kawasan hak milik Unimap. Jadi aku dan beberapa sahabat yang lain telah ditugaskan untuk menjadikan kawasan biodiversiti. Kalau nak tau,apa biodiversiti tu.Pandai-pandai semak kat mana mana,,tuan punya blog pun tak tau gak..hehehehehe..kawasan ini seluas lebih 200 ekar atau pun 350 relong.Tugas yang dipertanggungjawabkan ialah membina jalan masuk dan membina semula rumah yang telah ditinggalkan..senang citer,untuk projek ni..tuan blog kena jadi kepala la..tu yang bz memanjang tu..
 Inilah laluan yang dibina..nanti nak taruk ngan crusher run lak...
 Kat area nie ada dua batang sungai kecik..so kena buat culvert la pulak...lepas siap culvert tu..kena la buat laluan baru..cuba la tengok kat pemandangan lepas culvert tu..memang takde pedoman untuk nak buat laluan menuju kemana..hanya berbekalkan map dari google jer...huhuhuhuhu..dah la pulak kawasan ini,banyak lembah..so banyak laluan yang kena divert la..kawasan ini memang banyak binatang berbisa..kalau setakat lipan dan kala jengking tu..memang banyak la...ular tu..memang ada la,.,
 inilah rumah yang ditinggalkan..bos bagi arahan untuk mencantikkan semula rumah nie...so aku la yang kena cari kontraktor untuk kerja-kerja pembaikkan...
 inilah hasilnya....tapi belum siap sepenuhnya lagi..yang buat rumah ini,pekerja dari Thailand..cakap melayu pun tak reti...so guna bahasa isyarat la..tapi tokeh diaorang tu,orang melayu..so takde masalah la..
 kat kasawan semak samun nie,adalah kebun ciku...ada lebih dari 20 pokok kesemuanya..aku pun tak sempat suruh kontraktor bersihkan kawasan nie..nanti,kalau semuanya dah clear..leh la ajak member2 lepak kat sini..

 Inilah kenderaan rasmi aku waktu buat keje tu...naik ATV..memang best giler..leh buat macam harta sendiri..nak terjun ker..nak lompat ker..ikut suka aku la kan...hahahahaha..lagipun kalau naik ATV,agak selamat sikit..kat area nie banyak sangat 'kerbau pendek' aka khinzir hutan..hahahahahaha...nanti,tak pasai pasai kena sondol ngan babi hutan....huhuhuhuhu
Ini salah satu anak sungai yang ada kat area tu..airnya memang sejuk..puncanya dari hutan Simpan Mata Ayer..so nanti cadang nak buat empangan sikit..so leh la mandi manda....bos aku pun dah setuju..aku ada fully authorized untuk nak bangunkan tempat nie..kat sebelah sungai ini,aku nak buat tapak perkhemahan...baru jer siap 60%.Oklahah,nanti tuan punya blog akan sambung citer la...banyak lagi citer pasai projek nie,..lepas tu,barulah akan dimulakan dengan citer duit antik la..dan insayaallah,untuk first citer tu.ada syiling yang memang hebat reputasinya..so tungguuu je lahhhh..yerrrrrr..wassalam..

3 ulasan:

  1. Salam bro.
    Ni projek baik ni, duit masyuk banyak....
    yang hari tu ada nampak gambar dari udara bro post kat Facebook ke?

    BalasPadam
  2. wsalam lunaticg..
    mmg projek ini,duit masyuk banyak..bos kasi RM100k...so pandai2 la aku belanja untuk projek nie...hehehehehe..gambar dr udara tu mmg ambik untuk projek ini la..nak tinjau dari udara.

    BalasPadam
  3. Tuan tumpang tanya, kat jalan ke padang besar sekarang ni tengah dok ratakan tanah nak buat apa pulak

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails